Monday 1 October 2018

KEGUGURAN TANPA DISEDARI

Assalamualaikum

Hai..lama betul tak menulis...memang hari2 akak cari idea nak menulis tapi tak jumpa idea..tapi akak cadang nak buat sedikit coretan kisah akak yang keguguran baru- baru ni untuk akak jadikan ingatan masa akan datang.. kes yang panjang dan sangat memberikan pengalaman untuk akak..

Sememangnya akak plan untuk dapat anak ketiga..tiba- tiba pintu hati terbuka setelah 6 tahun akak tutup rapat keinginan tu..semua kerana akak disahkan ada hipertiroidisme/Tirotoksikosis (hormon tiroid berlebihan) dan doktor suggest akak gunakan IUD untuk sementara waktu.. tiroid akak disahkan pada tahun 2013 dan selepas 2 tahun follow up keputusan masih sama..so doktor suggest akak pakai IUD dan mengambil ubat comazole tu..so pemakaian IUD selama 3 tahun. Then alhamdulillah pada tahun 2017 akak punya tiroid bacaan dah stabil dan doktor minta akak stop makan ubat..then pada tahun 2018 bulan Jun cukupla 3 tahun pemakaian IUD tu..sejujurnya akak sihat aja sepanjang tu.. Pada 26 Jun akak decide untuk membuka IUD sebab dah 3 tahun cukup.. Doktor pun pesan nak pakai sambung boleh atau taknak pakai pun boleh dah IUD tu.. semasa hari nak bukak IUD tu akak pi buat di KMC Alor Setar. Macam biasa jumpa Dr Zuraini..Pakar O&G di KMC yang akak suka.. masa nak bukak tu hati masih 50-50 peratus lagi samada nak sambung pakai IUD lagi atau tak..tapi punyala Dr ni macam penasihat kita, dia punya semangat tu menyebabkan akak buka sahaja IUD dan tak sambung pakai.. Encik suami akak tak kisah nak sambung atau tidak ...dia serahkan keputusan pada akak...tapi akak terbukak hati untuk ada lg anak selepas dengar nasihat dari doktor..hahaha...so 26 Jun 2018 hari akak bukak IUD. Masa bukak tu terasa ngilu skit sebab punyala tarik nafas Doktor nak amik benang tak boleh sebab jauh kedalam benang dan pendek jugak benang tu...sakit dan doktor bagi ubat tahan sakit sebiji ja tau..hahaha...Dr cakap darah akan keluar sedikit lepas ni...mulanya ingatkan sikit tu mcm mana..rupanya seminggu jugak akak bleeding lepas bukak IUD.hurmmm...

Memandangkan akak dah decide untuk dapatkan lagi anak ketiga..so akak tak sangka akak mengandung. Mulanya akak tak sangka dan tak tahu pun pregnant sebab akak baru sangat bukak IUD tu. Tapi ikut kiraan mmg dah delay seminggu...then malam tu pada 19 Julai 2018 akak amik pregnant test UPT dan awal tu line 1 sahaja..tapi bila lama2 tengok muncul jadi 2 line tp tak terang sangat..mungkin awal sangat kot..so malam tu akak lena dengan happy lah...Tetapi keesokan harinya akak bangun tengok keluar darah setompok yang banyak dan akak pun terkejut..so akak sangkakan test UPT tu tak betul la result nya..then akak datang bulan la...seminggu...dua minggu...tiga minggu tak abis- abis darahnya..dalam masa 2 minggu tu akak siap buat lanskap tepi rumah tau..siap angkut pasir berkereta sorang penuh..siap angkat konkrit pelapik tu..memang kerja berat la kira..dan akak sangkakan period so memang akak tak berpantang atau apa2 sahaja berkaitan orang keguguran...tapi masuk minggu ketiga hati dah mula pelik..kenapa bleeding lama..then 12 Ogos 2018 akak amik keputusan untuk ke KMC jumpa doktor.

Keputusan scan menunjukkan rahim akak kosong ja..ada cyst sebelah kanan 2 ketul bersaiz 6mm dan 4cm..test UPT menunjukkan low line walaupun double line...so doktor minta akak refer tu Hospital sebab katanya akak mungkin pregnant luar rahim sebab rahim dah clear..tak sangka pulak pregnant luar rahim..tp akak tak sakit apa- apa..macam biasa ja..then petang tu jugak akak direfer ke HSB sebab kos operate buang kandungan tu mahal...sama macam korang bersalin anak secara Caesar..hahaha..ketukkk...so akak pi petang tu ke HSB emergency area..sekali mak ayah..mai tgk akak...menunggu kat HSB tu dari pukul 2.30 petang sampai 8 malam baru turn akak...mula nampak mcm doktor kata kena direct case..tapi lepas tu suruh keluar katanya kes biasa..hurmmm jadi takpaham...punya la menunggu sampai malam...barula test darah ..katanya kena test Beta HCG sebab keputusan UPT menunjukkan line 1 lagi tu samar- samar...so malam tu baru la dapat berjumpa doktor O&G di HSB..punya lama menunggu..doktor pun nak pantau akak..akhirnya baru la masuk wad..hurmm tidoq hospital la jawapnya...padahal rasa sihat sangat2...termenungla tidor hospital dalam keadaan yang sihat..warded pukul 10malam..bayangkanlah dr pukul 2.30 petang menapak..adoiii....so esoknya harap keputusan darah ok la..boleh la balik...tak sakit pun..

Malam yang sepi...bilang jam nak lena di rumah...esoknya 13 Ogos 2018..petang barula keputusan keluar dan menunjukkan bacaan HCG sangat rendah...50.5 sahaja bacaan. So akak dibenarkan balik sebab esok kena check lagi keputusan sebab doktor tak boleh nak decide lagi pregnnt luar rahim ke tak. bacaan HCG kena tinggi untuk orang pregnant...yeayyyyyy...boleh balik..pukul 5.30 petang baru check out dr HSB. tapi 14 Ogos 2018 kena datang amik darah sekali lagi..then khamis datang jumpa doktor pakar. So pada tanggal 14 Ogos tu akak masih lagi bleeding..pelik kan..padahal baru kandungan sebulan..plus dengan sakit2 kat bahagian abdomen..hurmm...hari jumpa doktor pakar tu memang akak banyak tanya..HCG menunjukkan result naik jadi 60.6 tapi masih tak boleh sahkan yang akak ada kandungan luar rahim..cyst menunjukkan semakin kecut kepada saiz 4mm dan doktor kata tu cuma cyst jadi semasa mengandung..so doktor kata mungkin akak pregnant tp dah gugur dan rahim da bersih sebab dah lama...huhu..bayangkan segala makanan akak hadam ..laksa...pulut...durian...allahuakbar..siap buat kerja berat lagi...mungkin sebab tu la bleeding tak abis- abis..bleeding tu tak banyak ..skit2 ja..hurmmmm..doc cuma pesan mai segera hospital kalau bleeding tiba2 jadi banyak..

Pada 20 Ogos bleeding masih lagi tak stop..dan makin banyak..so akak pergi HSB..tapi doktor pakar dah tutup..yang adapun lepas hari raya haji...so akak decide untuk ke KMC saja check..hahaha...pusing sana sini kot..lepas check doktor ambik lagi result UPT memang 2 line tapi sangat samar2..so buat pulak ujian Beta HCG...so doktor bagi ubat berhentikan darah..plus dengan antibiotik sebab takut ada pendarahan dalaman lama sangat bleeding..so akak balik teruskan makan ubat dan lepas raya haji..26 ogos 2018 doktor call menyatakan result HCG bacaan 53..then bleeding mula stop pada 29 Ogos 2018 tapi ada balik pada 9 Sept 2018.. akak makan ubat stop darah tu 4 hari ja..sebab migrain tahap gaban..makan ubat sakit kepala pun tak lega...bleeding stop secara clear adalah pada 12 September 2018....bayangkan akak bleeding selama hampir 60 hari...hurmmm kesannya....

tapi doktor KMC masih nak pantau akak sebab kalau betul betul masih ada kandungan luar rahim..result HCG kena bawah bacaan 50..so pada 10 sept tu akak masih ambil darah utk HCG dan result menyatakan bacaan pada 45..so doktor kata semua dah clear dan sihat dah..so akak rasa sgt lega...bleeding pun dah totally clear...dugaan selama 6 tahun...

Sekarang akak plan untuk ada anak ..so akak tgh ambil clomid untuk pregnant lagi...inshaAllah..doakan kejayaan akak...moga dipermudahkan rezeki kami semua..amin...