Monday 26 February 2018

KENANGAN VISIT EUROPE - PART 3

21 Februari 2015..

Akak sambung bangun awal..masak siap2 nasi dalam periuk letrik comel yang akak bawak..bangun pagi dah sarapan abang Brahim..haha..gilos lapar sbb sejuk..so hari ni kami akan berjalan jauh jugak..Kami akan ke Bruges- Hague - Amsterdam..Perjalanan makan masa 3 jam lebih jugak..tapi sepanjang tu kami singgah jugak beberapa tempat..ni kira check out terus dari hotel sebab kami akan bermalam di Amsterdam pulak..





Gambar sepanjang perjalanan Brussel- Bruges- Hague- Amsterdam

So sampai ja di Bruges tu kami berjalan dalam kawasan taman dan bangunan yang sgt unik..siap ada jambatan dan air yang bak cermin..Subhanallah..hujan pun jalan jugak..mmg sgt best...org kata tempat ni kalau musim bunga atau autumn mmg lawa sgt2.. Tempat tu nama Market Square, Belfry Tower dan St. Salvators Cathedral..

The Markt ("Market Square") Bruges terletak di tengah-tengah kota dan meliputi kawasan seluas kira-kira 1 hektar. Sesetengah kemuncak sejarah di sekitar dataran termasuk belfry abad ke-12 dan Mahkamah Wilayah (yang asalnya Waterhall, yang pada 1787 telah dirobohkan dan digantikan oleh bangunan klasik yang dari 1850 berkhidmat sebagai mahkamah wilayah dan selepas kebakaran pada tahun 1878 dibina semula dalam neo -Gothic gaya pada tahun 1887. Di tengah-tengah pasar berdiri patung Jan Breydel dan Pieter de Coninck.

Pada tahun 1995 pasaran telah diubahsuai sepenuhnya. Tempat letak kereta di alun-alun telah dialih keluar dan kawasan menjadi sebahagian besarnya bebas trafik, dengan itu menjadi lebih mesra perayaan. Pasar yang telah diubahsuai itu dibuka semula pada tahun 1996 dengan konsert oleh Helmut Lotti.

mmg lawa tempatnyer..kami jalan jer..tak ketahuan pun mana satu belfry tower tu..gereja.yang kami tau kedai-kedai jual mcm2 barang souvenir..hihi teruk gak kami ni....kami beli jugakla sebagai kenangan sebelum bertolak ke Amsterdam..akak beli Nougat, Macaron dan chocolate..haha..hentam je la..katanya tak letak arak..so amik..



















Kedai yang kami beli barang 













Pokok yang menarik minat tu




Then kami proceed ke Hague. Kami singgah bergambar di Peace Palace. Istana Keamanan adalah bangunan pentadbiran undang-undang antarabangsa di The Hague, Belanda yang menempatkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (yang merupakan badan kehakiman utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), Mahkamah Tetap Pengadilan (PCA), Akademi Undang-undang Antarabangsa Hague dan Perpustakaan Istana Keamanan.

Istana ini secara rasmi dibuka pada 28 Ogos 1913, dan pada asalnya dibina untuk menyediakan rumah untuk PCA, sebuah mahkamah yang dibuat untuk mengakhiri perang oleh Konvensi Den Haag pada tahun 1899. Andrew Dickson White, yang usaha-usahanya memainkan peranan dalam mewujudkan mahkamah Diperolehi dari Andrew Carnegie, seorang usahawan Scotland-Amerika Andrew Carnegie US $ 1.5 juta ($ 40,000,000, diselaraskan untuk inflasi) untuk membina Istana Keamanan. Label Warisan Eropah telah dianugerahkan kepada Peace Palace pada 8 April 2014.









Then bas kami bertolak ke Amsterdam.Kami stay di Zaan Inn, Amsterdam..lawa tempat..ingatkan malam nyer akan ada rezeki kami tengok salji sbb sejuk betoi..tengok air sungai mcm nak beku..huhu..tapi bukan rezeki kami tengok salji..so malam tu makan kat hotel ja..mcm biasa akak masak untuk habiskan stok sbb esok nya ke amsterdam..taknak bawak byk makanan malaysia balik ke malaysia..hahaha....ok nnti akak sambung yang ke Amsterdam..tempat paling akak kagum dan nak bawak suami dan anak2 pergi jugak satu hari nanti...

Klik link ni untuk Kenangan Europe Part 1

Klik link ni untuk Kenangan Europe Part 2

KENANGAN VISIT EUROPE -PART 2

20 Februari 2015...3 tahun yang lalu..

hai..akak sambung lagi kenangan ke Europe sebab bulan ni mmg bulan mengingati 3 tahun ke sana...
pagi tu kami bangun awal sbb perjalanan jauh lagi..kami kena packing bag sebab nak tukar hotel.. so mmg pakej ni tak sekali dengan makan..kami bawak sendiri beras, abang Brahim, ikan bilis, sambal itam pahang dan jugak segala periuk..haha..akak mmg pakar masak dalam hotel ...

So pagi tu kami akan bertolak ke Brussels..Jauh perjalanan..kami naik bas hampir 3 jam 30 minit..memang sepanjang perjalanan mmg akak lelap skit2 camtu jer sebab rasa rugi kalau tak tengok view sepanjang ke Brussels tu.. So akak singgah jugak beberapa destinasi sebelum sampai Brussels..

byk betul kincir angin sepanjang jalan..





Sempat posing dengan driver bas kami..









So kami sampai ke destinasi pertama di Brussels, ibu negara Belgium..mmg cuaca sejuk..akak tak tahan..habis muka2 akak nak tutup..so kami sampai ke tempat nama Atomium..kami terus ke monumen unik yang dinamakan Atomium. Ia adalah sebuah monumen berbentuk bulat seperti atom yang bersambung antara satu sama lain setinggi 335 kaki. Ia dibina pada tahun 1958. 






Then kami pusing2 dengan tour guide sekitar Brussels. Selepas bergambar, dan berswafoto sepuashati, kami bergerak ke Grand Place. Grand Place ialah dataran bersaiz 68 X 110 meters yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan tinggi tersergam yang sangat unik senibinanya. Di sini juga terletaknya Muzium Bandaraya Brussel.





Infantry Memorial..






Parc du Cinquantenaire

Sepanjang hari hujan..so kami tak kira hujan..memang jalan jugak dekat area Grand Palace tu..mmg kami byk masuk kedai cari jugak fridge magnet dan juga baju2 bertanda Brussel..haha..byk area kami singgah utk ambil gambar mcm kat atas tu..memang byk bangunan sejarah yang menarik..








Group kami..lepas shopping ..hujan pun jadi..
Kat Brussels banyak patung budak kencing..replika Manneken Pis, patung seorang budak lelaki kecil yang sedang kencing. Makna Manneken Pis tu sendiri dalam bahasa Belanda adalah “budak kecil kencing”… kecil jer patungnya tapi popularitinya sangat menakjubkan. Seluruh dunia datang ke sini semata-mata nak tengok patung yang sedang kencing berdiri ni. Hahaha...akak pun tak amik gmbr tu..malu.hahah ..sejarah menyatakan Dalam abad ke-14, Brussels sedang dikepung oleh kuasa asing. Agak lama bandar ini, tetapi penyerang tak dapat menembusi tembok kota dengan menggunakan bom. Seorang budak lelaki kecil bernama Julianske tanpa sengaja mengintip mereka dan tahu rancangan mereka. Dia membuang air kecil pada fius yang terbakar menyebabkan rancangan itu gagal. 

Gambar akak google semata2 nak tunjuk kat korang...hahah

So kami dah selesai jalan..sampai melecet la kaki..kasut pun masuk air..kami balik ke hotel..malam takder aktiviti sbb masing2 dah tak larat nak pikiq..nnti akak sambung Part 3 na...