Tuesday 14 November 2017

TRIP BEIJING PART 4 (30 & 31 Oktober 2011)

30 Oktober 2011..second last day kami di Beijing..banyak betul benda kami belajar..banyak betul kenangan kami cipta dengan geng2 office..dengan harapan kami balik kerja lagi semangat..kami kenal each other..jadi rapat..yang sebelum ni kata tak sembang rupanya rabung..bila cakap kalah murai..yang selama ni ingat sombong rupanya kaki melawak..haha semua kami kenal masa ni...alhamdulillah...teguh PKNK...so that day kami masih lagi pi beberapa tempat untuk habiskan poket yang dah nak kering..hihi...

Sepatutnya dalam trip kami akan dibawa ke Tianjin masa hari ni..tp travel agent kata cuaca di sana tak elok dan kabus tebal..so kemungkinan tak sempat sampai awal dan perjalanan amik masa yang panjang..so kami cancel ke Tianjin dan meneruskan lawatan di lokasi sekitar Beijing aja....

Driver bas kami


















Then kami ke satu tempat bangunan ala2 enggeris di Beijing..kawasan yang mcm shopping centre tp design bangunan bentuk Chinese semua..kat tengah tu ada track keretapi lama...kami byk posing kat keretapi tu ja..tp apa yang paling ingat masa ni, kami hilang sorang budak kecik yang sesat...hahah..izmir..dah la dia xdak line phone..so mmg xdpt nak call.kami semua tunggu dalam bas punya la lama..en din keluar cari pun tak jumpa..rupanya dia sesat keluar ikut tempat lain sorang2..haha ..kenangan sungguh..boleh sesat..



















Then lepas izmir dijumpai..kami semua gerak..pergi ke masjid untuk solat..masjid lawa..lanskap pun lawa ..Beijing Niujie Mosque terletak di Daerah Xuanwu Beijing. Masjid Niujie adalah masjid terbesar dan tertua di Beijing.

Masjid Beijing Niujie pada asalnya dibina oleh Nasruddin, anak seorang imam Arab yang datang ke China untuk memberitakan kepercayaan Islam pada tahun 996 (Dinasti Song Utara). Projek-projek pengubahsuaian utama telah dijalankan pada tahun 1442, semasa zaman Maharaja Kangxi (1662-1722). Selepas penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949, Masjid Niujie Beijing sepenuhnya dicat dan dihias semula.

Bangunan-bangunan di dalam masjid Beijing Niujie disusun secara simetri. Bangunan-bangunan utama termasuk Minaret yang ada dalam gaya Cina tradisional, Dewan Doa, Stele Pavilion, dan sebagainya. Banyak peninggalan budaya penting, seperti stel dari Dinasti Ming (1368-1644) dan hollowware gelas dari Dinasti Qing (1644-1911), dipelihara di masjid. Dari masa lalu hingga saat ini, umat Islam datang ke sini untuk berdoa setiap hari. Sekarang kawasan Niujie di luar masjid adalah tempat kediaman bagi lebih daripada 13,000 umat Islam di Beijing.

kami sempatla bergambar..haha..gambar lagikkk..















Sempat bergambar dgn ajk masjid..






singgah beli makanan halal...kami beli gak..
Sugar Coated Haws...ceri/apple bersalut karamel..
Last day...31 Oktober 2011..kami siap packing semua barang yang dibeli..bertolak awal ke airport sebab nak balik dah Malaysia..ni part kami semua menunggu di airport..




MH 370 dalam kenangan




masing2 ada helikopter..cuma xleh naik











Jom balik..selesai semua part untuk kengkawan yang rindukan Beijing..lain kali kalau ada rezeki kita ke sana lagi ya kawan2..yang mana nak set itenary boleh ja follow itenary kami..cuma korang kena la study skit..blog aku ni lebih pada nak review kenangan masa silam..tp boleh jer tengok tempat2 best kami pergi..mohon maap la kalau xder nama tempat...xjumpa dah nama ...even mr google pun kdg2 xjumpa..hihi..babai.......


TRIP BEIJING 2011- PART 3

KENANGAN TRIP BEIJING 2011- PART 2
KENANGAN TRIP BEIJING 2011 -PART 1

Friday 10 November 2017

KENANGAN TRIP BEIJING 2011- PART 2


 Beijing merupakan negara yang pesat membangun..aku punya ingatla kan..besar mana pun bandar dia..kesesakan jalan tu amatlah teruk..korang bayangkan kereta penuh jalan..ini kalau nak backpackers taktau la mcm mana..nasib baik aku tak masukkan dalam senarai negara backpackers aku dan suami...aku sambung balik hari kedua kami semua kat Beijing 27 Oktober 2011..kami bangun awal sebab nak join bas ..hari ni mmg penuh aktiviti..byk tempat kami nak pergi..tapi apa yang best..hotel kami stay tu banyak betul org yang jual jalanan mai dekat dengan bas..mana kami pergi mesti ada org datang jual dekat bas..so nak beli cenderamata mmg mudah la sgt...murah2 pulak tu..berkodi- kodi kami shopping..ahahaha....kering poket ooi...

kami naik bas ke salah satu kilang pembuatan batu jed terbesar di China..so kami beli jugakla..terpengaruh punya pasal...tp beli yang murah2 ja la..hihi...





Posing lg byk dr membeli..haha


Buat2 paham apa dia explain tahla..hihi
kilang pembuatan batu jed yang kami lawat
Then abis ja lawatan kilang kami pegi makan..restoran dekat dengan kawasan jualan barang2 China gak..atas tu tempat makan..bawah ada jualan dalam kedai..




Lepas ja makan kami pi tempat yang patut kena lawat bila ke Beijing..hampa nak tau mana??haha mestila boleh teka kan...Tembok Besar China..memang kagum ngan tempat ni..aku paling kagum..meh aku explain skit pasal sejarah dia... Tembok ni merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.

Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km..sumber Wikipedia...kagum kan..kami masuk melalui pintu utama dan amik gambar..tak jalan pun sampai jauh...ada jugak geng yang jalan jauh ...kami tengok dr jauh ja..haha..meh tengok skit gambar kami posing...








Banyak ni ja geng kami..jejaka skit sbb tu muka depa ja dlm gambar kami


Best giler..muka excited..

lokasi sama ja..tak jalan pun walaupun 1 km drpd 6400km..haha
Semua yang ada dalam trip kami


Letih dah..tunggu kawan2 yg jalan jauh ke sanaaaa...

Suka gambaq ni..sorry cik nani..hihi comei dan sempoi

lama jugak kami stay di tembok besar china ni..lepas tu kami ke tempat makan la..haha..xdak gambar rekod kami makan..sbb makan bukan lg keutamaan kami semua...tp aku jumpa gambar ni..confius lokasi kat mana..tp rasanya baru lepas makan dan shopping..sebab tgk ada yang dah shopping beg besaq tu...hihih



okla..baru habis Part 2..nnti sambung writing part 3 dan 4 na..ataupun sekalikan ja bab ni..sebab panjang pulak story..ahahaha...masih ada baki 3 hari sebelum balik Malaysia...tapi apapun..this is the best trip yang kami enjoy..thank you PKNK...

Baca Trip Beijing Part 1 Klik Sini
TRIP BEIJING 2011- PART 3