Tuesday 19 September 2017

TRAVELLING IS MY HOBBY

aku dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan..dan sebab tu la aku byk sgt terkesan dan suka berbisnes..dari kecik mak aku ajar untuk menyimpan..so aku mmg suka menyimpan...tp aku suka juga travel..perkara paling aku ingat pasal tabung ni..dulu masa kecik aku simpan duit sekolah dalam tabung bentuk teko..teko kaca..penuh la duit aku ,,...hihi ingat lagi pindah rumah..itu la benda pertama aku angkat pindah..kenangan tu xpernah lupa...then lepastu arwah tok hadiahkan aku tabung ayam..korang mesti pernah tengok tabung ayam dulu2 kan..haha aku ada yg tu..penuh gak tabung tu..tapi lepas tu tabung tu pecah sbb malam tu pencuri masuk umah dan curi tabung tu..then pencuri tu pecahkan tabung aku dalam kebun tokwan aku di belakang umah...

hahah citer pasal tabung la pulak..melalut karut marut ..adoii...takpela..sambung balik bab travel..aku suka travel sbb suka tgk negara orang..impian aku mmg nak sambung belajr ke luar negara tp sbb xberapa nak pandai..aku belajar kat malaysia jer..tu pun pinjam PTPTN..hahah

seingat aku dah banyak negara aku pergi..tp aku xpernah rekodkan atau tulis..nyesal gak..sbb story tu semua kenangan pada aku..huhu nyesal tak guna...

first trip luar negara aku mestila pegi THAILAND..haha sbb umah dekat jew...masa tu mula nak masuk universiti tahun 2000..pegi beli beg kat negara sebelah..time dulu2 pegi pun takut2...haha tp masih segar diingatan..beg tu warna biru..besaq yang amat..aku sendri pun boleh masuk dok dalam tu..itu la negara luar yang 1st aku pegi..lain negara aku story nnti...

NEW ZEALAND ------------------------------------------->>>> 2009
BEIJING------------------------------------------------------>>>> 2011
KOREA ------------------------------------------------------>>>> 2013
GUANGZHOU --------------------------------------------->>>> 2014
PARIS -BELGIUM -AMSTERDAM -------------------->>>> 2015
OSAKA ------------------------------------------------------>>>> 2017
PERTH ------------------------------------------------------->>>> 2018

inshaAllah lepas ni aku cuba korek balik story aku untuk trip2 ni..setakat gambar dan apa yg aku ingatla..lokasi tu lupa ghaib dah..haha....saja untuk kenangan aku...utk ingatakan anak2 aku...mana tau aku nak tgk masa gigi takder lepas ni..haha

babai..nak kena keluar pi tgk projek pulak..

Dunia Bisnes Aku..Kisah Suka Duka

Dari kecil lagi aku jenis suka berbisnes dan suka menyimpan duit..so bila takder bisnes mmg boring yang amatlah..haha.. yang segar diingatan tahun 2012 sampai 2014 aku buat bisnes MLM syarikat Hai-O... mmg mahsyuk jugakla.. dapat pergi Guangzhou tahun 2014 rasanya..dah tak ingat sgt..






                                                            GUANGZHOU 2014

hasil biz ni jugak aku berjaya tambahkan duit simpanan aku dan berjalan ke korea dengan anak2 dan suami pada tahun 2013.. bisnes ni sistem bagus..tapi aku yang makin lama makin malas dan cepat boring..silap aku..haha bukan silap MLM tau...so korang semua jangan la nak salahkan sistem atau bisnes tu..kekadang kena tengok balik kemampuan diri kita...sejauh mana kita boleh commit dengan biz tu...kalau mcm aku 2tahun jer trend..lps tu aku mula alih arah sbb boring dan nak sesuatu yang baru...haha poyo punya ayat ...










                                                     FAMILY TRIP KOREA TAHUN 2013

Then tahun 2014 sampai 2016 aku join bisnes lain pulak..dengan geng yang sama..tapi nama dia Phytoscience..mmg mahsyuk..aku dapatla menyimpan bulan2 duit tu dan yang paling best dapat hantar mak dgn ayah pergi umrah dengan duit biz tu....syukur..system bagus..org yang mengajar aku buat biz ni pun bagus..tapi sebb aku yang malas dah dan boring..aku stop..ada la skit masalah kecik..tp semua tu aku silap...hahaha sentot jap buat biz ni..bagus tp aku yg tak bagus..ok so  aku xsalahkan sesape kecuali aku...aku dan aku...



                                              KENANAN BIZ PHYTO.. HUHU RINDU

lepas tu aku stop semua biznes sepanjang tahun 2016 sehingga lah Mac 2017...setahun gak la aku rest kan otak aku dan kemasukan duit simpanan ke akaun aku..hahah ngok kan..then aku mula rasa boring yang amat...sampaikan aku balik keje aku letak phone tah mana2..esok pagi nak gi keje baru aku cari phone aku..punya la tak buat biz..facebook pun aku jarang tengok sbb taktahu nak update ape..kesian kat aku kan...then aku dgn partner sebelah bilik kat pejabat mula pikir apa nak buat pulak yer..biz ape..so aku scroll la fb kawan2 aku yg lain..yg buat biz sesama phyto dulu..rupanya mereka pun beralih arah..tp aku pun xtau kenapa geng2 ni stop that biz..sbb aku dah tak amik tahu lepas tu..mmg aku off semua biz aku sbb dah xmau semak2 otak aku dgn duit jer..haha

tau tak apa biz yng aku jumpa???hahah....next story aku karang yer...sbb aku tau korang dah boring baca..hahahaaaaa.babai...


Blog Lama Yang Tak Dapat Log In

Hai kengkawan semua...

Tetiba rasa nak update balik blog lama..

tapi apakan daya penyakit lupa dan makan semut byk..lupa la apa email yang aku log in utk blog tersebut..hoho..

kalau korang tengok blog lama tu..satu je niat aku nak jadi jutawan tahun 2015..tapi Allah belum bagi lagi..takpe doakan..tahun ke depan pulak..haha

Blog lama rossajutawanbiz.blogspot.my

kalau di tengok kisahku mmg bertahun- tahun buat bisnes dapat menyimpan duit..tapi tak bertahan sbb mcm2 hal aku jumpa..tapi alhamdulillah semua tu pengalaman yang aku dapat...

So hari ni...19 September 2017 aku buat lagi blog baru dengan nama DuniaJemKrem..haha xder maksud apa2..cuma kekeringan idea..so dalam blog ni aku boleh tulis ape aku nak..bisnes..sharing ilmu bisnes..tips2 ustazah..merepek2 pasal makan..dunia anak2..dan apa jua yang aku suka..bila aku jumpa sesuatu manfaat aku sharing la..ok tak..hahah syok2 jer...

bye..jumpa lgi siri aku beletiaq lepas ni...babai