Sunday 17 March 2019

TRAVEL MEDAN 21 FEB - 24 FEB 2019 PART 1

Assalamualaikum

Semua yang bijaksana..hari ni akak nak kongsi sikit travel ke Medan Indonesia untuk pertama kalinya. Trip ni akak booking tiket bersama kawan- kawan, mak dan adik. Tapi at last yang tinggalnya berempat ja yang pergi. Sepatutnya 6 orang tapi kawan akak tu ada masalah lain, so kami adik beradik je la yang pergi. Maklumlah booking tiket setahun yang lalu kan. Tiket murah, pergi balik Medan Indonesia cuma RM124 ja seorang. Memang nak murah harga camtu kena booking awal la kan. So akak pulak jenis yang dah biasa booking bertahun ni. Kalau ada rezeki sampai la ke tempat tu.

So kali ni memang planning semua last minit sebab harapkan adik yang buat. Akak pulak sibuk dan rasa macam takder la susah sangat nak planning pun. Tapi tu lah..kesannya planning last minit ni ada ja la yang tak kena kan...apapun kami enjoy the trip. Seronok jugak tempatnya.



Kami pergi naik kapalterbang dari Penang ja, sebab Medan dekat dari arah Penang berbanding Kuala Lumpur. So masa perjalanan pun cuma 45 minit ja. Tak sempat panas punggung pun duduk dalam kapal terbang.


Hari pertama pergi tu kami naik kapal terbang pukul 11.45 pagi dan apa lagi, drive la kereta dari rumah, letak kereta di Penang International Airport. Letak kereta di Zon B Penang Airport dan jalan kaki tak jauh sangat ke dalam. Kami sarapan dulu di gerai dekat dengan airport.

So perjalanan kejap sangat. Sampai sana pun 11.45 jugak...hihi..waktu Medan Indonesia cuma lewat 1 jam dari Malaysia. Jadi kami sampai Kualanamu Airport waktu 11.45 pagi juga la...

Sampai ja sana kami dah ada supir yang dibooking awal melalui travel agent company. Kami cuma booking supir sahaja untuk perjalanan 3 hari di sana. Kos tempah kereta, supir, bayaran tol dan bayaran hotel supir untuk 2 malam adalah RM605 untuk 4 orang kami. Yang lain- lain macam makan, hotel dan tiket masuk kami tempah sendiri. So supir akan bawak jer ke mana kami nak pergi. Tapi sebab kami tak study sangat jadi pak supir juga la yang guide kami jalan- jalan.

So sampai ja di sana, minta pak supir bawa kami singgah kedai phone dulu untuk beli simkad sana. Akak beli yang 6GB ja RP113,000. Mahal jugak sebenarnya sebab dok baca blog cuma RP90,000. Kami nak beli di airport tapi wakil supir tu kata mahal. Silap tak tanya dulu sebelum keluar dari airport situ. 1st time kan..hahah..Kami share ja 4 orang. Tak habis pun data sebab masing- masing bukak bila perlu..

Then pak supir bawa kami pergi makan dulu. Kami lunch dengan nasi ayam penyet pedas Cindelaras. Kedai yang selalu orang Malaysia pergi tu...Kos makan tengahari kami kat sini RP 187,000. Menu 3 nasi ayam penyet, 1 set ayam penyet sahaja dan 1 satay kerang, 4 air jeruk (Limau ais). sana banyak air jeruk. Manis- manis camtu.



Nasi Ayam Penyet pedas. memang pedas giler

Satay kerang
So lepas makan, kami solat di kedai makan tu jugak. Then kami teruskan perjalanan ke Parapat. Sebab perjalanan ke sana akan mengambil masa 6 jam. Hari pertama kami planning untuk tidur di Parapat dulu. So sepanjang perjalanan memang kami singgah dibeberapa tempat untuk tengok dan habiskan duit, Dalam perjalanan yang penuh sesak tu kami singgah di satu tempat akak tak ingat namanya tapi ada orang jual lemang bamboo sepanjang jalan. Dia jenis bakar siap- siap di rumah dan bawak tepi jalan tu cuma panaskan atas kaunter. Akak berhenti juga cuba beli. Harga 1 lemang dan jugak pencicah manis dia tu RP24,000. harganya lebih kurang Malaysia ja. Rasa pun sama juga. Bolehla nak rasa makanan yang Indonesia jual tu. hihi



Then kami teruskan perjalanan sehingga jumpa lagi perhentian yang nama dia Teng-teng, Ting- ting, Tang-tang, Tong-tong, Tung-tung, Pang-pang, Ping-ping. Pelik kan nama kedai dia. Kami beli jugak skit sebab pulun merasa masa sampai tu kan. Mak akak la beli paling banyak. Kawan- kawan dia ramai katanya. Satu kotak teng- teng tu RP30,000. 




So lepas tu kami teruskan lagi perjalanan ke Parapat. Keadaan jalan tu tak payah la nak kata sangat. Memang kereta banyak. lori banyak. So supir tu bawak punya laju dan memotong- motong la kau. Kalau tak buat camtu akak rasa 8 jam baru sampai. Jalan kecil, bengkang- bengkok, sempit, kenderaan banyak dan laluan tu ja ada. Kami pulak mendaki ke tempat yang sejuk dan di kawasan pulau, gunung- ganang, so memang macam tu la keadaan. Berbaloi nasi ayam penyet tu pedaih tadi. 

Bayangkan sepanjang perjalanan tu akak tekan brek ja la...lenguh kaki tolong tekan brek tepi pemandu. Akhirnya jam 6petang kami sampai dekat hotel kami nak tidur malam tu.kami ambil hotel berdekatan tasik sebab esoknya kami nak ke Samosir Island, Danau Toba.

Hotel tu nama Pandu Lakeside Parapat, Jumlah 1 malam RP 613,000.00 mahal jugak antara semua hotel. Kami tempah 1 bilik besar untuk 4 orang. Sekali sarapan. So kami sampai hotel, check in dan mandi- mandi. Siap semua pukul 8.00 malam baru kami keluar makan. Pak supir pun stay di situ juga. Malamnya kami makan makanan padang. Namanya Rumah Makan Islam Murni dekat area Parapat tu jugak. Kawasan tu banyak masakan padang dan minang. 

Apa yang kelakarnya, kami sampai ja kedai tu, sorang budak mencedok lauk punya la banyak. berpinggang- pinggan. Padahal kami tak tempah apa pun. 2 kali akak bangun cakap tak perlu bubuh semua lauk sebab kami nak makan sikit ja. Tapi dia tak kisah, cedok je semua lauk dalam pinggan. 

Lepas tu bos kedai tu datang hantar air, dia kata jenis itu rupanya, hidang kesemua dan pilih nak makan yang mana ambil ja. Nanti kira yang makan ja..ooooooo...hahahaha..sebab tu dalam gambar punya panjang lauk dari kami berempat. Kos makan malam tu RP 140,000

Cuba tengok tu lauknya

Muka tak tahan tengok makanan banyak

Lepas ja makan kami minta pak supir bawak ke kedai runcit sebelah kedai makan tu. Kami beli roti dan lain- lain makanan. Hahah bukan sebab tak kenyang tapi sebab nak mengunyah dalam kereta esok. So malam tu kami rehat ja. Sejuk nya biasa saja. Sejuk lagi Cameron Highland. Tapi sekitar hotel tu rupanya belambak hotel lain. Kami yang pilih ja ikut dalam gambar kat booking.com.

So malam tu lena dengan nyenyak sebab nak rehat dan esok teruskan perjalanan lagi. Jumpa esok ya akak story lagi. babai...