Thursday 30 April 2020

PANNA COTTA KIWI

Ummi buat panna cotta kiwi hari ni sebab tetiba teringat encik suami macam nak makan..kesnya dia pernah makan dekat satu cafe tu, sedap tapi bila cari balik dah takda juai..so ummi try cari resepi dan belajar buat..mudah ja..ummi kerap tengok masterchef australia..so ummi boleh agak jugak la caranya.

Orang lain guna gelatin halal tapi masa PKP ni kalau suruh encik suami beli benda pelik gini memang tak jumpa la..so ummi guna serbuk agar- agar ja..



Bahan Sos Kiwi

1. Buah kiwi 2 biji
2. Gula 2 sudu besar
3. Serbuk agar- agar 1/2 sudu kecil
4. Air 1/2 cawan
5. Pewarna hijau

Caranya

1. Buang kulit kiwi dan Potong buah kiwi secara dadu.
2. Masukkan bahan seperti gula, buah kiwi, air, pewarna hijau dan serbuk agar-agar dalam periuk
3. Masak dengan api perlahan sampai pekat skit jer
4. Sejukkan dalam peti

Bahan Panna Cotta

1. Susu full cream/fresh milk 250ml
2. Whipping cream 250ml
3. Serbuk agar- agar 10grm
4. Gula 50grm
5. Esen vanilla 1 sudu kecil

Caranya

1. Campurkan susu, whipping cream, gula dan serbuk agar- agar dalam periuk. Kacau sehingga larut
2. Masakkan atas api yang perlahan dan kacau perlahan sampai larut semua bahan tadi.
3. Tutup api dan pastikan tak mendidih ya.
4. Masukkan esen vanilla
5. Tuang dalam bekas dan sejukkan dalam peti selama 2 jam
6. Hidangkan bila nak makan ya..
7. Tips nak keluarkan panna cotta dari bekas, rendamkan dalam air panas sekejap dan terbalikkan dalam pinggan
8. Hiaskan dengan kiwi yang dimasak tadi..


Ummi buat dalam bekas putih kecil tu dapat 5 bekas dan 1 bekas petak..okla bulan puasa bukan nak makan banyak pun sebab dah kenyang nasi kan..😁😁

Sedap rasa lemak gitu..encik suami suka..anak anak pun suka..😋😋😋

Jangan lupa cuba tau..

Thursday 16 April 2020

COVID -19 DI TAHUN 2020

Nak simpan jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk dibaca di tahun² hadapan 😬
Dan Tak lupa untk diceritakan kepada anak anak..


Takkan sesekali di lupa ....

18 MAC -  31 MAC 2020  fasa 1
01 APR - 14 APR2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾...

📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan

📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. 

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta 

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.

📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.

📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.

📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
🤗🤗🤗

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

#copyNpaste
#forMyReference
#KitaJagaKita
#StayATHome
#2020

Wednesday 8 April 2020

RESEPI ROTI HOMEMADE MUDAH

Assalamualaikum

Hai ...hari  ni ummi rosa nak tunjuk resepi buat roti atau bun atau roti putih ..almaklumlah sekarang waktu PKP semua resepi muncul kat facebook.. lepas tu kena pulak roti putih ala- ala Gardenia tu habis memanjang kat pasaran. Macam emas pulak kan..

So ummi Rosa pujuk suami pi cari tepung roti kat kedai barang kek JH Bakery Ingridients kat Cmart BDI tu..ha..suami ummi Rosa bawak balik 2kilo tepung roti.. mau tak mau kena la rajin uli tepung..

Ok jom ummi Rosa ajar cara nak buat roti..ummi jugak tulis sini supaya ummi tak lupa bila nak buat semula resepi ni.. lagipun ummi pun google ja resepi.. kawan kawan boleh google jer untuk tengok resepi ya.. sebab ummi pun sejenis ingkar resepi..asalkan jadi dan boleh makan plus suami puji sedap...😅😅

Ini bun ummi rosa yang dah siap


Sarapan anak anak ummi dengan bun sosej

Ummi cuba kaedah water roux atau ibu roti atau TangZhong atau nama lain Yu- dane sebab water roux ni melembutkan roti dan buat roti tahan lama lembutnya dan jadi anjal. Teknik ni digunakan oleh orang China dulu untuk buat mee dan kulit dumpling.

Bahan untuk buat water roux

1/3 cawan tepung roti
3/4 cawan air atau susu

Ummi guna air jer sebab susu habis aina minum sembunyi..ummi beli untuk buat kek, tapi dia suka..so habis dia minum..

Cara buat water roux

1. Masukkan air atau susu dan tepung dalam kuali 
2. Kacau dulu bagi adunan bercampur elok
3. Letakkan atas api perlahan dan kacau sehingga pekat dan nampak nak jernih tu..jernih ala berkilat tu. Tapi ummi punya dah tak jernih ..sebab ummi malas 😅😅
4. Biarkan adunan ni sejuk suhu bilik yer
5. Adunan ni boleh simpan dalam peti selama 3 hari selagi tak bertukar warna.
6. Bila nak guna semula keluarkan dan biar lembut skit dan boleh masukkan dalam adunan roti

Water roux yang ummi buat

Bahan buat roti atau bun

1. 3 cawan tepung roti
2. 1 biji telur saiz A
3. 1 1/2 sudu teh yis
4. 1/3 cawan gula castor
5. 1 cawan air/susu
6. 2 sudu besar water roux
7. 2 sudu besar susu tepung
8. 2 sudu besar mentega
9. 1 sudu teh garam

Caranya

1. Campur semua bahan kat atas tu dan mixer sampai adunan sebati
2. Adunan memang melekat dengan tangan yer..roti akan jadi lembut dan gebu
3. Tutup adunan dengan kain lembap atau plastik wrap selama 1 jam untuk doh kembang
4. Selepas 1 jam doh kembang..tumbuk doh dan uli jadi bulat atau boleh buat ikut suka bentuk
5. Leperkan doh dan gulung bagi sama untuk pastikan doh tak berlubang dalam

Buat mcm ni dan gulung

Sebelum doh kembang

Doh yang kembang masuk oven untuk bakar


6. Susun dalam tray dan bertutup selam 40 minit untuk roti tadi kembang skit lagik
7. Sapukan atas roti dengan telur yang dicampur dengan susu untuk cantikkan roti dan jadi lembut
8. Bakar roti tu dengan suhu 180° celcius selama 20minit. Api oven atas bawah yer buka. Suhu dan masa ikut jenis oven korang yer..kena kenal oven korang jenis camner
9. Untuk make sure jadi gelap atas tu..bila dah nk masak korang bukak api atas 2 minit
10. Angkat roti dan glaze atas roti dengan butter untuk kilatkan roti dan roti lembut di bahagian atas
11. Tunggu roti sejuk dulu baru potong yer. Kalau tidak roti jadi berderai atau kasar bahagian dalam
12. Siap dah boleh makan..homemade roti anak mesti suka..

Ni semua pelbagai roti yang ummi buat guna doh yang sama. Buat petang keesokannya pun masih kekal lembut dan anjal.







Ok semua..jangan lupa cuba na..kalau tak takkan jadi ler roti sedap camni..kedai pun tak dapat tau roti sedap camni..😅😅😅






Saturday 4 April 2020

RESEPI APAM BALIK PASAR MALAM

Hai kawan- kawan..dah masuk fasa 2 dah ni untuk PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Masih berbaki lagi 11 hari kita kat rumah. Semoga wabak covid 19 ni berakhir dalam fasa 2 kita berkurung ni la kawan- kawan.
Kalau tidak berpuasa dan beraya di rumah la gamaknya tahun 2020 ni. Dah 17 hari jugak la ibu- ibu memasak macam- macam resepi. Kalau scroll facebook tu resepi segala mak nenek keluar. 

So ibu ibu mencuba macam- macam resepi termasuk la ummi rosa..haha..setiap hari ummi akan buat sarapan dengan cubaan pelbagai resepi termasukla desert minum petang. 

So pagi ni ummi rosa cuba buat apam balik versi pasar malam..ummi memang suka makan apam balik pun..letak jagung banyak..jom tengok cara ummi buat apam balik

Yang hangit tu biasala..ummi buat kerja dengan aatiyah..so sentiasa lajak masa ..haha

Resepi apam balik versi ummi rosa

Bahan- bahan

1. 2 cawan tepung gandum
2. 1 sudu kecil baking powder
3. 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
4. 1 biji telur 
5. 1 1/2 cawan air
6. 1/2 cawan gula pasir
7. 2 sudu besar marjerin yang dicairkan
8. Kacang hancur ikut suka 
9. Jagung manis dalam tin

Cara- cara

1. Campur semua bahan iaitu tepung gandum, gula, soda bikarbonat, baking powder, air, telur dan marjerin 
2. Kacau rata bahan- bahan atas tu
3. Panaskan kuali non stick
4. Tuangkan adunan tadi dalam kuali, adunan tu kena bagi sebesar kuali tau
5. Lepas tu bila nampak adunan tadi muncul buble tu..boleh letak topping
6. Sapu sedikit marjerin, 1 sudu gula tabur atas tu, then tabur lagi 1 sudu kacang dan last letak jagung manis..kalau suka letak lebih. Pastikan jangan letak jagung banyak sangat nanti melebeh apam balik kiter
7. Lipat adunan yg dah masak.
8. Angkat dan boleh makan 

Yang ni ummi tak letak kacang sebab aina tak suka makan kacang

Abaikan kuali ummi yang buruk tu..yang ini ummi lipat tak tunggu dah warna gelap sikit sebab ummi lenguh berdiri dah..😅😅

Hati hati panas tu..melecur lidah

Adunan ni ummi dapat 5 biji apam balik sebab kuali ummi kecik jer..

Sedappp..selamat mencuba tau...