Thursday 8 November 2018

KE MANA HALA TUJU AKAK !!!

Yeayyyy ...alhamdulillah..akhirnya akak berjaya menghabiskan pengajian Master of Public Management akak di Universiti Utara Malaysia selama 2 tahun...alhamdulillah bejaya jugak akak dan kawan- kawan mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran tu...walaupun akak tahu master yang diambil ni takdak kaitan dengan civil engineering tapi tetap berguna dalam bidang kerjaya akak di PKNK ni...alhamdulillah....

Pelbagai dugaan dah diharungi  dengan suka dan duka utk kami semua 21 orang dalam kelas yang belajar di INSPIN Kedah...inshaAllah 12hb November 2018 ni kami semua akan konvokesyen di UUM... dah 12 tahun tak melalui masa ni..so sangat la nervous.. tapi apa yang menarik lagi dari zaman konvo degree dulu kami sempat photoshoot dengan geng gegirl selepas ambik jubah hari ahad (4/11/2018).. hahah lebih meriah dari zaman degree..kan2...nanti akak kongsikan gambar kami photoshoot tu..walaupun muka peluh dan takdak mekap kami still boleh adjust dgn lawa..hahaha...hohooohoho....lawak tapi tetap gembira walaupun masing- masing ada kisah tersendiri....












Ni gambar pre konvo tau...hahah...nanti akak upload lagi yang lain...ada lagi gegirl yang tak join...inshaAllah kekal bersahabat sampai bila- bila...kami semua dari jabatan- jabatan lain dalam negeri kedah dan Malaysia...

Tamat sudah perjalanan 2 tahun kami....perjalanan sesi belajar yang buat akak stop semua perniagaan yang akak buat...then bila dah abis ni..akak mula pikirkan hala tuju akak...sebab selepas 3 bulan habis belajar akak macam takda hala tuju..akak bukanlah seorang yang boleh duduk rumah pada hujung minggu dan pikir kemas rumah..deco rumah...tanam pokok sayur....aduhhhhh...akak tak serajin itu...so kejadian ini menyebabkan akak jadi down dan rasa nak tutup ja akaun facebook akak sebab akak tak suka meroyan dalam fb..post gambar anak2 pun sekali sekala ja...nak post pasal makanan pun suami tak bagi sebab takut mengundang keinginan orang yang tak mampu...so akak asyik share je post orang...macam takdak hala tuju kan...kan???? so selepas berfikir panjang akak mula survey 1 bisnes yang boleh buat akak ada hala tuju dan misi menambah pendapatan akak...

Sememangnya akak dah follow Raffelinna atau kak Felinna ni dah bertahun- tahun..teringin nak mendekati kak fel sebab nak belajar banyak pasal bisnes..tahu kesusahan mereka berusaha sehingga berjaya...so akak decide tahun ni akak nak mula buat 1 bisnes yang akak boleh buat pendapatan sampingan tanpa ganggu kerja akak yang sgt sibuk...

FOUNDER SISFEL

Zaman dulu2 masa bisnes boleh la pergi jumpa orang sana- sini..jual plan marketing...jual produk..buat bisnes MLM...jual produk untung 50 sen (walaupun dikira sebenarnya sgt2 rugi dan tak untung langsung) dan dianiaya...tapi akak bersyukur sebab banyak pengalaman yang akak belajar dalam kehidupan...akak bukan lah jenis orang makan gaji balik rumah rehat dan sebulan ja akak buat macam tu akak dah hilang tujuan...hahaha...otak jadi krem dan terbantut...so akak decide join bisnes SISFEL....

Kenapa SISFEL?????bukan lain2....???? sebab akak dah kaji semuanya dan akak rasa akak mampu buat dan mampu tolong orang lain sama...dalam masa yang sama akak dekat dengan Allah...sebab bila kita berbisnes kita minta direct dari Allah..bukan dari bos..bukan dari manusia...bukan melalui peringkat2 manusia...bisnes adalah satu cabaran yang kau kena usaha dan kau mohon hanya dari Allah.... D.U.I.T...Doa ..Usaha..Istiqamah dan Tawakal..



Itulah yang membawa akak kepada SISFEL..inshaAllah korang yang baca doakan lah akak..support akak...kalau bukan kawan..kalau bukan adik beradik..kalau bukan sedara mara ...siapa lagi nak support...????moga kita sama2 berjuang untuk ke arah akhirat dan syurga Allah...Chewaaaahhh akak jd ustazah pulak...

TEATOX UNTUK MEMBUANG TOKSIN DALAM BADAN DLL KELEBIHAN

SISFEL ni bisnes yang kau tak perlu ke pejabat pos..tak perlu keluarkan duit minyak kereta....semua HQ yang pos...lepas ja jadi agen...akan dapat SisFel Smart Sistem...yang mana kalau nak order barang terus buat dengan guna phone..dan HQ SISFEL akan post ke pelanggan korang yang membeli...Lepas tu ada peluang dapat bonus insentif..ada peluang dapat emas...untung runcit dari jualan dah tentu2 la dapat...Allah hai....banyaknya ganjaran dari usaha kita...Sistem jugak adil dan saksama...bukan kau pulun kerasssss tapi leader kalau curlasssss...leader kau yang kaya.....tidakkkkkk ini bukan SISFEL....

Selain tu kau akan dapat lagi 20 kelebihan bila menjadi agen SISFEL ini..akak tak mau story panjang...nanti korang mencik baca...hahahaha..kalau korang rasa nak buat part time income yang ada slip gaji..yang ada ilmu FREE ..yang ada bimbingan FREE..yang ada segala bagai nikmat kebaikan...korang leh wassap akak.... tekan/copy link ni..... 

http://www.wasap.my/+60124372801/akaksayanaktauinfoSISFEL




ok so habis la cerita bebelan akak...anyway akak melalui fasa kesibukan yang amat memenuhi keperluan hari akak..akak tak suka curlassss...akak suka korang yang rajin baca sampai habis...kalau korang nak berjaya jom jangan curlas....keluar dari zon selesa bersama akak....

*akak nervous nak konvo...lama tak naik pentas

babai...love u all...




Monday 1 October 2018

KEGUGURAN TANPA DISEDARI

Assalamualaikum

Hai..lama betul tak menulis...memang hari2 akak cari idea nak menulis tapi tak jumpa idea..tapi akak cadang nak buat sedikit coretan kisah akak yang keguguran baru- baru ni untuk akak jadikan ingatan masa akan datang.. kes yang panjang dan sangat memberikan pengalaman untuk akak..

Sememangnya akak plan untuk dapat anak ketiga..tiba- tiba pintu hati terbuka setelah 6 tahun akak tutup rapat keinginan tu..semua kerana akak disahkan ada hipertiroidisme/Tirotoksikosis (hormon tiroid berlebihan) dan doktor suggest akak gunakan IUD untuk sementara waktu.. tiroid akak disahkan pada tahun 2013 dan selepas 2 tahun follow up keputusan masih sama..so doktor suggest akak pakai IUD dan mengambil ubat comazole tu..so pemakaian IUD selama 3 tahun. Then alhamdulillah pada tahun 2017 akak punya tiroid bacaan dah stabil dan doktor minta akak stop makan ubat..then pada tahun 2018 bulan Jun cukupla 3 tahun pemakaian IUD tu..sejujurnya akak sihat aja sepanjang tu.. Pada 26 Jun akak decide untuk membuka IUD sebab dah 3 tahun cukup.. Doktor pun pesan nak pakai sambung boleh atau taknak pakai pun boleh dah IUD tu.. semasa hari nak bukak IUD tu akak pi buat di KMC Alor Setar. Macam biasa jumpa Dr Zuraini..Pakar O&G di KMC yang akak suka.. masa nak bukak tu hati masih 50-50 peratus lagi samada nak sambung pakai IUD lagi atau tak..tapi punyala Dr ni macam penasihat kita, dia punya semangat tu menyebabkan akak buka sahaja IUD dan tak sambung pakai.. Encik suami akak tak kisah nak sambung atau tidak ...dia serahkan keputusan pada akak...tapi akak terbukak hati untuk ada lg anak selepas dengar nasihat dari doktor..hahaha...so 26 Jun 2018 hari akak bukak IUD. Masa bukak tu terasa ngilu skit sebab punyala tarik nafas Doktor nak amik benang tak boleh sebab jauh kedalam benang dan pendek jugak benang tu...sakit dan doktor bagi ubat tahan sakit sebiji ja tau..hahaha...Dr cakap darah akan keluar sedikit lepas ni...mulanya ingatkan sikit tu mcm mana..rupanya seminggu jugak akak bleeding lepas bukak IUD.hurmmm...

Memandangkan akak dah decide untuk dapatkan lagi anak ketiga..so akak tak sangka akak mengandung. Mulanya akak tak sangka dan tak tahu pun pregnant sebab akak baru sangat bukak IUD tu. Tapi ikut kiraan mmg dah delay seminggu...then malam tu pada 19 Julai 2018 akak amik pregnant test UPT dan awal tu line 1 sahaja..tapi bila lama2 tengok muncul jadi 2 line tp tak terang sangat..mungkin awal sangat kot..so malam tu akak lena dengan happy lah...Tetapi keesokan harinya akak bangun tengok keluar darah setompok yang banyak dan akak pun terkejut..so akak sangkakan test UPT tu tak betul la result nya..then akak datang bulan la...seminggu...dua minggu...tiga minggu tak abis- abis darahnya..dalam masa 2 minggu tu akak siap buat lanskap tepi rumah tau..siap angkut pasir berkereta sorang penuh..siap angkat konkrit pelapik tu..memang kerja berat la kira..dan akak sangkakan period so memang akak tak berpantang atau apa2 sahaja berkaitan orang keguguran...tapi masuk minggu ketiga hati dah mula pelik..kenapa bleeding lama..then 12 Ogos 2018 akak amik keputusan untuk ke KMC jumpa doktor.

Keputusan scan menunjukkan rahim akak kosong ja..ada cyst sebelah kanan 2 ketul bersaiz 6mm dan 4cm..test UPT menunjukkan low line walaupun double line...so doktor minta akak refer tu Hospital sebab katanya akak mungkin pregnant luar rahim sebab rahim dah clear..tak sangka pulak pregnant luar rahim..tp akak tak sakit apa- apa..macam biasa ja..then petang tu jugak akak direfer ke HSB sebab kos operate buang kandungan tu mahal...sama macam korang bersalin anak secara Caesar..hahaha..ketukkk...so akak pi petang tu ke HSB emergency area..sekali mak ayah..mai tgk akak...menunggu kat HSB tu dari pukul 2.30 petang sampai 8 malam baru turn akak...mula nampak mcm doktor kata kena direct case..tapi lepas tu suruh keluar katanya kes biasa..hurmmm jadi takpaham...punya la menunggu sampai malam...barula test darah ..katanya kena test Beta HCG sebab keputusan UPT menunjukkan line 1 lagi tu samar- samar...so malam tu baru la dapat berjumpa doktor O&G di HSB..punya lama menunggu..doktor pun nak pantau akak..akhirnya baru la masuk wad..hurmm tidoq hospital la jawapnya...padahal rasa sihat sangat2...termenungla tidor hospital dalam keadaan yang sihat..warded pukul 10malam..bayangkanlah dr pukul 2.30 petang menapak..adoiii....so esoknya harap keputusan darah ok la..boleh la balik...tak sakit pun..

Malam yang sepi...bilang jam nak lena di rumah...esoknya 13 Ogos 2018..petang barula keputusan keluar dan menunjukkan bacaan HCG sangat rendah...50.5 sahaja bacaan. So akak dibenarkan balik sebab esok kena check lagi keputusan sebab doktor tak boleh nak decide lagi pregnnt luar rahim ke tak. bacaan HCG kena tinggi untuk orang pregnant...yeayyyyyy...boleh balik..pukul 5.30 petang baru check out dr HSB. tapi 14 Ogos 2018 kena datang amik darah sekali lagi..then khamis datang jumpa doktor pakar. So pada tanggal 14 Ogos tu akak masih lagi bleeding..pelik kan..padahal baru kandungan sebulan..plus dengan sakit2 kat bahagian abdomen..hurmm...hari jumpa doktor pakar tu memang akak banyak tanya..HCG menunjukkan result naik jadi 60.6 tapi masih tak boleh sahkan yang akak ada kandungan luar rahim..cyst menunjukkan semakin kecut kepada saiz 4mm dan doktor kata tu cuma cyst jadi semasa mengandung..so doktor kata mungkin akak pregnant tp dah gugur dan rahim da bersih sebab dah lama...huhu..bayangkan segala makanan akak hadam ..laksa...pulut...durian...allahuakbar..siap buat kerja berat lagi...mungkin sebab tu la bleeding tak abis- abis..bleeding tu tak banyak ..skit2 ja..hurmmmm..doc cuma pesan mai segera hospital kalau bleeding tiba2 jadi banyak..

Pada 20 Ogos bleeding masih lagi tak stop..dan makin banyak..so akak pergi HSB..tapi doktor pakar dah tutup..yang adapun lepas hari raya haji...so akak decide untuk ke KMC saja check..hahaha...pusing sana sini kot..lepas check doktor ambik lagi result UPT memang 2 line tapi sangat samar2..so buat pulak ujian Beta HCG...so doktor bagi ubat berhentikan darah..plus dengan antibiotik sebab takut ada pendarahan dalaman lama sangat bleeding..so akak balik teruskan makan ubat dan lepas raya haji..26 ogos 2018 doktor call menyatakan result HCG bacaan 53..then bleeding mula stop pada 29 Ogos 2018 tapi ada balik pada 9 Sept 2018.. akak makan ubat stop darah tu 4 hari ja..sebab migrain tahap gaban..makan ubat sakit kepala pun tak lega...bleeding stop secara clear adalah pada 12 September 2018....bayangkan akak bleeding selama hampir 60 hari...hurmmm kesannya....

tapi doktor KMC masih nak pantau akak sebab kalau betul betul masih ada kandungan luar rahim..result HCG kena bawah bacaan 50..so pada 10 sept tu akak masih ambil darah utk HCG dan result menyatakan bacaan pada 45..so doktor kata semua dah clear dan sihat dah..so akak rasa sgt lega...bleeding pun dah totally clear...dugaan selama 6 tahun...

Sekarang akak plan untuk ada anak ..so akak tgh ambil clomid untuk pregnant lagi...inshaAllah..doakan kejayaan akak...moga dipermudahkan rezeki kami semua..amin...




Wednesday 4 July 2018

PART 5 : 22 APRIL2018 & 23 APRIL 2018

22 APRIL 2018

Part last sebelum bertolak balik pada 23hb pagi subuh. So dalam itenary akak memang akak sengaja letak part shopping paling last sebab kalau tak buat macam ni hari- hari akan shopping barang nak bawak balik..hihi...so jadual kami hari ni tak padat sangat sebab nak pergi membeli barang- barang souvenir dekat kawan- kawan dan ahli keluarga...So kami jalan- jalan sekitar Fremantle dan Perth City ja..So lepas sarapan pukul 8.30 pagi baru la keluar untuk beli barang. Ramalan cuaca mengatakan hari ni memang akan hujan so memang hujan pun ..Jadi tak best la sangat nak ronda- ronda. Dari awal pagi sampai malam hujan gerimis dan basah jugak la..So kami terus ke E-shade Market dan beli barang.Kedai situ bukak pukul 9.00 pagi. Masa kami sampai tu orang tak ramai lagi so tapak parking memang kosong ja..kami jalan- jalan ronda sementara tunggu kedai dalam tu bukak..

Then kedai 1st bukak dari indonesia...Mulanya tengok blog kata kedai nama Megabes lagi murah tapi makcik indon tu kata kedai dia lagi murah so takperla kami beli ja .. Borong sakan kot ...park kereta 2 jam tak cukup. Suami akak pi tambah pulak time parking 30 minit. Kami orang mula masuk kedai tu dan kamila yang paling lambat bayar..mak beli paling banyak..habis 390 AUD..akak habis dekat 340AUD. Beli untuk family suami, family akak dan kawan- kawan..Banyak jugakla makcik indonesia tu bagi diskaun dan free barang macam beg..akak dapat beg free..hihi mak jeles sebab dia bayar kat kaunter lain tak dapat free apa-apa..





So lepas ja 2jam 30 minit shopping kami bergerak ke Perth City. Mulanya nak pergi jalan- jalan tengok bangunan sekitar tapi sebab hujan tak boleh la nak stop ambil gambar..so kami pergi terus ke kedai minyak wangi. Nama kedai Chemist Fremantle. Banyak kedai ni dan cawangan dia. Orang kata perfume sini original dan murah. So wajib beli banyak2 dan balik jual..hahaha ..mood akak tak baik masa tu so akak cuma beli 1 ja..mak ambil jugak 1 sebab dia tanya pendapat akak yang mana selalu orang pakai dan berjenama..Disebabkan akak jarang ambil tahu pasal perfume dan tak dibenarkan pakai perfume oleh encik suami so akak tak dapat jawab soalan mak tu..kesian mak...tapi mak sempat grab 1 dan encik suami pun grab 1 jugak..jenama dah tak ingat. 









Dalam kedai tu ada lagi barang lain. Orang kata banyak vitamin dan supplement yang murah dari Malaysia boleh shopping situ tapi akak tak beli. Akak tengok jer..jenama Blackmores tu memang dari Aussie pun..So akak baru jer beli kat anak- anak..so akak tengok je la..Balik Malaysia nyesal tak beli perfume dan supplement tu semua banyak- banyak..hahahaha teruk kan akak ni..

So lepas shopping kami jalan- jalan sekitar Perth City dan singgah- singgah ambil gambar la jugak..Hujan..so kami tak berapa nak ada mood sangat..banyak view kawasan pekan tu cantik cuma bila dah masuk time petang orang makin ramai dan susah dapat parking area city tu. So encik suami masuk park area apa tah..mahal giler..kena 10AUD kot..dah la jauh..so kami jalan2 tengok pekan dan tak membeli sangat sebab dah habis banyak td. Then masa jalan tu baru la nampak banyak ja building yang bagi servis park dengan harga lebih murah..hahaha..takperla pengalaman..










Dalam agenda kak tu ada tempat nama K-Mart Belmont Forum tapi kami tak pergi sebab hari sebelumnya akak dah masuk K Mart ni dalam bangunan Coles. Korang yang pergi Perth kena masuk K Mart ni. Banyak barang- barang macam ikea tu dan jugak pakaian ..Akak grab baju t-shirt anak- anak dengan harga 1.50AUD ..baju kain elok sangat dan cantik. Giler murah.Mulanya nak beli banyak tapi mak tak bagi..Haha..ada kasut sport berkualiti, ada baju sejuk lawa- lawa..kasut boot untuk winter tu lawa- lawa sangat..encik suami tunggu dalam kereta tu yang akak tak berani lama- lama,,nanti kena marah..hahaha...










So petang tu kami balik awal ke homestay.. rehat dan kemas barang.  Tapi masa dok kemas tu la baru ingat banyak jugak yang tak beli lagi untuk sedara akak..huhu camno nih..dah nak pukul 7petang kot..dah la Perth ni malam banyak kedai tutup.So akak google tengok kedai mana masih bukak sampai lewat malam. Then ada yang masih bukak tapi di Perth City. Pujuk encik suami jomla pergi beli jugak..Alhamdulillah dia nak pergi tapi kami keluar berdua ja..Sampai ja situ kedai dah nak tutup separuh ja..Kami cakap nak beli skit lg barang. So uncle tu ok dan benarkan kami ambil masa sendiri untuk beli tak perlu kalut...alhamdulillah habis la jugak AUD akak...hahaha...keluar ja dari situ ada ja kedai lain bukak..ramai jugak orang Malaysia jalan- jalan shopping.. Tapi kedai ada yang dah tutup. Jalan sunyi..parking senang dapat la daripada time tengahari tadi...So selesai membeli kami terus balik homestay.

Tapi sebelum tu akak nak story kisah kami keluar ke sini. Ada sebab Allah buat kami teringat souvenir yang masih kena beli tu. Sampai ja kat park dan itula satu- satunya park kosong yang ada area tu..so ada sorang mat pakistan ni bersama anak dan isteri menunggu. Dia bagitau nak minta tolong dan tanya kalau- kalau boleh bantu dia hidupkan kereta..jumper ada..Dah 2 jam lebih menunggu takder sape nak tolong katanya..dia call grab pun takmau datang tolong. So encik suami nampak anak kecik mula nangis dan isteri dalam kereta dan decide takperla tolong sebab bukan kereta kami pun.. Bukannya nak rosak pun kereta tolong orang..kesian pulak tengok..Alhamdulillah memang hidup elok kereta tu dan mat pakistan tu ucap terima kasih sangat2. katanya dah stay Aussie 5 tahun dan mula rindukan pakistan nak balik ke sana..Tapi apa kan daya negara bergolak..kena la stay jugak di Aussie.  So ada hikmah kami keluar beli barang malam tu..ada yang memerlukan pertolongan rupanya..Hepi ending of the day..hihi..walaupun seharian tak dapat jalan- jalan sebab hujan.

So malam tu kami tak keluar ke mana- mana. Pack barang sebab esok pukul 3.30 pagi dah kena keluar. Flight pukul 6.00 pagi. Habis ja pack semua tidor awal..kena awal sebab takut tak bangun pagi..mak tak dapat lena sebab takut tak bangun dan memang dia susah tidor pun..kami sempatla mengeruh....hahaha...nite semua...mimpi indah...

23 APRIL 2018

Babai Aussie...huhu..sedihhhh....hari last di homestay yang seronok...So kami semua bangun bersiap awal sebab dah janji nak hantar kereta pukul 4pagi di airport. Kami pun kena check in awal sebab barang banyak..dan flight tu la yang ramai orang nak balik ke Malaysia. Alhamdulillah urusan kat airport selesai elok dan kami sampai ke Malaysia jam 12.00 tengahari. 

Lepak la kat KLIA2 tu..sebab nak tunggu flight pukul 7.25 malam pulak ke Alor Setar. Alhamdulillah semua selamat sampai ke Alor Setar dan Jitra. Perjalanan yang panjang dan hepi..syukur dapat ke sana...InshaAllah lain tahun pergi pulak Australia...


Klik link ni untuk story sebelum nya...

DAY 1 & 2: TRIP PERTH 18 APRIL DAN 19 APRIL 2018
PERSEDIAAN CUTI- CUTI PERTH 2018 -PART 1

Wednesday 13 June 2018

PART 4: PERTH 21 APRIL 2018

21 APRIL 2018

Assalamualaikum..hai pembaca setia akak..akak hargai korang baca coretan akak yang tak seberapa ni. Hari ketiga kami akan bertolak ke selatan Perth. Hari ni nak pergi tengok Dolphin dan naik cruise. Sentiasa doa adala dolphin kat situ. So pagi ni mak bangun awal. dia tak leh lena sangat so bangun awal, mak masak sarapan dan bekalan tengahari. Akak cuma buat roti bakar dan megi jer untuk anak- anak. Mak goreng sayur dengan lauk Brahim. Mak buat nasi goreng..sedappppp la pulak kalau dok menulis bulan- bulan puasa ni..hahahaha

So kami keluar awal sebab nak berjalan jauh. Kami akan singgah 3 tempat lawatan dulu untuk bergambar sebelum bertolak ke Mandhurah. Sebab akak dah booking semua dengan online. Beli tiket online lagi murah daripada kaunter. So akak bukak website Hello Perth, dapatkan nombor voucher dan tempah tiket cruise di website ni http://www.mandurahcruises.com.au/. Menggunakan tempahan ni akak amik family tiket untuk kami berempat dengan 82AUD dan untuk mak 32AUD. saja akak tempah online dan guna diskaun dari Hello Perth tu..jimat la 11.40AUD. Australia ada GST 10% tau..Cruise kami jalan pukul 11pagi so kami ada banyak masa. Keluar homestay jam 8.00 pagi. Kami decide nak singgah amik gambar di Bell Tower, Blue Boat House dan Rainbow Container dulu. Perjalanan ke Mandhurah amik masa 1 jam ja..

Bell tower ni selalunya orang masuk untuk tengok view Perth CBD. tapi kami tak naik sebab awal lagi dan bukak pukul 10pagi. Kami just amik gambar sekeliling bell tower tu. haha yang lawaknya orang amik gambar depan..tapi kami amik gambar belakang sebab tak tengok dah mana depan dan mana belakang. Kawasan ni jadi sesak sebab tengah construction. Mula- mula bayar parking dulu. Kat perth ni kalau kena bayar parking baik korang bayar je walaupun sekejap..kenala dalam 3AUD..haha 9 hinggit untuk 15 minit ja kami stay situ..




Then kami ke Blue Boat House Shed untuk ambil gambar. Blue Boat House ni memang ramai yang pergi mesti bergambar kat situ. Depan tu ada bukit dan rumah- rumah/ pejabat. Kami park ja kat atas bukit tu dan jalan turun ke bawah, time ni orang belum ramai sebab kami keluaq awai. Ramai pesan suruh keluar awal pagi sebab nak elak cahaya matahari menyilaukan gambar. Bila silau blue boat house tu jadi color putih tau..kira kena tukar nama jadi white boat house la..hahaa


Kamera akak semua blur orang belakang kalau selfie..stress sgt2..huu

View opposite blue boat house


Cubaan gagal sebab ada orang kata mcm gmbr akak tarik tgn husband akak...hahaha




Daki bukit nak ke kereta

rumah atas bukit..semua cantik dan bersih
Masa awal lagi so kami ke Rainbow Container dekat Fremantle dulu amik gambar. Lagipun tak jauh dari sini cuma 15 minit ja..Tempat ni cantik dan ada kawasan makan dan toilet awam..sengaja akak singgah tempat yang ada toilet sebab mak akak jenis yang kerap ke toilet sebab makan macam- macam jenis ubat. Anak2 pun kena paksa sebab jap lagi tengah jalan memang susah jumpa toilet dah..hiihi bab toilet pun cerita..sini parking kena bayar. 2 AUD kot..tak ingat dah akak..so kami jalan ke belakang. Area Fremantle ni pun ada cruise. boleh ja kalau nak naik cruise jalan- jalan sekitar Fremantle. So opposite dengan Rainbow Container tu ada kawasan sungai dan budak2 sempat bergambar dengan burung flamingo.. Besaq benau burung tu...











Gambar kecik sebab nak bg nampak penuh warna tu..cantik ngat


Cer tengok aina..dia sorang pandang belakang..adooiiii


Mak posing merata sebelum nak turun kat kereta..haha

Habis ja bergambar dalam 9.30 pagi kami bertolak ke Mandhurah. Kami target nak sampai 30  minit awal sebab nak tengok view on the way ke Mandhurah. So sepanjang perjalanan sejam tu akak lena..hahaha teruk..mulanya nak teman suami drive.alih2 akak lena....Sampai ja Mandhurah kami tunggu turn nak naik cruise..penuh cruise..rupanya jumpa lagi geng Chinese dari Singapore tu..diaorang datang dah seminggu ..balik sama dengan kami jugak...So naik cruise tu ada la sekor dua dolphin keluar. Tour guide tu kata musim ni dolphin jarang keluar sebab dia akan jaga anak yang baru lahir..So yang keluar tu skit ja..ada la rezeki jugak..Yang bestnya sepanjang pusing cruise tu kami nampak rumah- rumah jutawan dok sekitar kawasan tu..semua rumah ada pelantar dan boat masing- masing..kayoooooo kan depa ni...rumah semua cantik- cantik..akak kelu...sejuk jugak..tapi boleh tahan juga...











cantik rumah pakcik ni




Lepas turun dr cruise

Turun ja cruise semua pakat lapaq dah..jenuh habis semua biskut dalam beg budak- budak ni makan dalam cruise tadi..kami mula cari- cari tempat makan berdekatan kalau ada sebab nak lepak makan sambil tengok view..ada ja tapi jauh skit..so suami akak decide kita pergi solat dulu dan singgah makan area tu. Tapi sayangnya area Rockingham tu masjid diaorang tutup..dari luar lawa  masjid tu..kakak taktau kenapa tutup mungkin sebab dah lama lepas waktu zohor..So tok iman takmau ada orang masuk masjid tu la kot sbb tengok area tu macam ada pendatang asing tengah main skate board..So kami decide balik satgi singgah di masjid masa hari 1st tu nanti...Kami cari area makan dulu..ada park dekat situ nama Rockingham Foreshore..Allahuakbar lawa weh...ada tempat lepak makan smbil tengok view laut. Ramai pakcik tokwan tok rehat situ sambil bagi makan burung..Wafiq dengan aina sempat ligan burung situ lepas makan...

Sejuk....sebab dah nak petang..





Bersih dan terjaga...lawa sgt



On the way balik kami cadang nak singgah tengok haiwan lagi..banyak sungguh aih nak tengok haiwan..Pada mulanya akak cadang nak singga tengok  dan bergambar dengan koala. sebab dalam satu blog tu akak baca kat situ boleh pegang koala tapi akak taktau pulak kena bayar...sebab dalam blog tu tak cakap. So akak bawak ja budak2 masuk tengok..tiket masuk murah dari Coversham..tapi bila ko nak pegang koala dan bergambar kena bayar 30AUD...hoho idak ler...habis duit weh kalau gitu...so takperla..abaikan jer..kami ronda tengok haiwan jer dalam tu..budak- budak la yang suka..sampai takmau keluar..haha..jenuh2 .sebab dalam tu ada banyak lagi haiwan..cuma busuk jer la sebab dalam kandang kan...kangaroo dan lain- lain ada ja..wombat ja takdak...so kami ronda dalam 30 minit ja sebab nak pegi tempat lain lagi...







kami teruskan perjalanan sebab dalam agenda nak singgah kutip apple dan tengok ladang.. So memang jauh jugak nak sampai sebab kena redah kawasan pedalaman yang penuh dengan kawasan pokok- pokok hutan..mencabar..hhahaha tapi ladang ni dekat dengan rumah..10 minit ja kalau dari homestay...ladang tu nama Valley Fresh Produce Pickering Brook. Ladang kepunyaan orang Malaysia yang stay sana ..Dah lebih 7 tahun kerja sana dan berkahwin dengan orang sana..So kami cakap melayu ja dengan dia..Orang negeri sembilan..pick apple 25AUD sebaldi dan masuk tengok sorang dewasa 5AUD..so akak terlebih eksited amikla sebaldi..ingatkan ada pisang kaki..tapi buah baru nak jadi..hijau lagi...lemon pun ada cuma masih hijau..so satu baldi penuh apple...jenuh berangkut weh nak balik Malaysia...hahahaha tambah kilo la jawabnya...





Buah melambak..jatuh penuh tak kutip pun

eksited org belakang tu..punya la nak kutip apple

Pencarian pisang kaki tak dapat..jenuh pusing ladang..buah takder lagi...So kami dah letih jalan ronda ladang orang..last- last kami beli ja pisang kaki yang dah dikutipkan..hahahaha..then kami balik solat di Masjid Suleymaniye tu...baru la pergi nak makan Fish and Chip yang orang dok cerita sedap sangat tu...Kailis Fish & Chip

Kami amik set family 39 AUD..ingat nak share ja sebab katanya besaq2 saiz dia..mak aihhhhh memang pun..family set tu ada 4 ketul ikan..fries takyah cakap la selambak..dah la besaq..memang makan tak habis..tapau bawak balik fries tu...sos kena beli..kami lupa nak bawa sos...so tawakal ja...beli jugak..takleh nak makan dengan serbuk garam dan pepper ja...takleh telan...hahaha



Lepas tu balik homestay..mula cadang nak singgah tengok matahari terbenam tapi sebab dah lewat,..matahari pun tinggalkan kami dah...makan nak habiskan fish n chip tu punya pasal... Cottesloe Beach tiada dipandangan mata..hahaha..balik singgah coles kejap..beli barang makanan dan susu coklat tu..sedap sgt dan beli skit udang sebab nak jemu makan lauk abang brahim..takleh nak telan dah kami semua...so mak buat udang goreng sayur dan nasi goreng udang...malam tu makan udang la kami...

habiskan malam dengan basuh kain dan sidai...pastu main phone upload gambar..sementara tunggu nak ngantuk..sana awal isyak nya,...okay la..habis cerita hari ketiga di sini..akak akan cerita lagi.. kalau ada yang nak itenary boleh pm akak ya...komen ja kat bawah tu..nanti akak bg itenary....

klik link ni kalau nak baca