Sunday 17 March 2019

TRAVEL MEDAN 21 FEB - 24 FEB 2019 PART 1

Assalamualaikum

Semua yang bijaksana..hari ni akak nak kongsi sikit travel ke Medan Indonesia untuk pertama kalinya. Trip ni akak booking tiket bersama kawan- kawan, mak dan adik. Tapi at last yang tinggalnya berempat ja yang pergi. Sepatutnya 6 orang tapi kawan akak tu ada masalah lain, so kami adik beradik je la yang pergi. Maklumlah booking tiket setahun yang lalu kan. Tiket murah, pergi balik Medan Indonesia cuma RM124 ja seorang. Memang nak murah harga camtu kena booking awal la kan. So akak pulak jenis yang dah biasa booking bertahun ni. Kalau ada rezeki sampai la ke tempat tu.

So kali ni memang planning semua last minit sebab harapkan adik yang buat. Akak pulak sibuk dan rasa macam takder la susah sangat nak planning pun. Tapi tu lah..kesannya planning last minit ni ada ja la yang tak kena kan...apapun kami enjoy the trip. Seronok jugak tempatnya.



Kami pergi naik kapalterbang dari Penang ja, sebab Medan dekat dari arah Penang berbanding Kuala Lumpur. So masa perjalanan pun cuma 45 minit ja. Tak sempat panas punggung pun duduk dalam kapal terbang.


Hari pertama pergi tu kami naik kapal terbang pukul 11.45 pagi dan apa lagi, drive la kereta dari rumah, letak kereta di Penang International Airport. Letak kereta di Zon B Penang Airport dan jalan kaki tak jauh sangat ke dalam. Kami sarapan dulu di gerai dekat dengan airport.

So perjalanan kejap sangat. Sampai sana pun 11.45 jugak...hihi..waktu Medan Indonesia cuma lewat 1 jam dari Malaysia. Jadi kami sampai Kualanamu Airport waktu 11.45 pagi juga la...

Sampai ja sana kami dah ada supir yang dibooking awal melalui travel agent company. Kami cuma booking supir sahaja untuk perjalanan 3 hari di sana. Kos tempah kereta, supir, bayaran tol dan bayaran hotel supir untuk 2 malam adalah RM605 untuk 4 orang kami. Yang lain- lain macam makan, hotel dan tiket masuk kami tempah sendiri. So supir akan bawak jer ke mana kami nak pergi. Tapi sebab kami tak study sangat jadi pak supir juga la yang guide kami jalan- jalan.

So sampai ja di sana, minta pak supir bawa kami singgah kedai phone dulu untuk beli simkad sana. Akak beli yang 6GB ja RP113,000. Mahal jugak sebenarnya sebab dok baca blog cuma RP90,000. Kami nak beli di airport tapi wakil supir tu kata mahal. Silap tak tanya dulu sebelum keluar dari airport situ. 1st time kan..hahah..Kami share ja 4 orang. Tak habis pun data sebab masing- masing bukak bila perlu..

Then pak supir bawa kami pergi makan dulu. Kami lunch dengan nasi ayam penyet pedas Cindelaras. Kedai yang selalu orang Malaysia pergi tu...Kos makan tengahari kami kat sini RP 187,000. Menu 3 nasi ayam penyet, 1 set ayam penyet sahaja dan 1 satay kerang, 4 air jeruk (Limau ais). sana banyak air jeruk. Manis- manis camtu.



Nasi Ayam Penyet pedas. memang pedas giler

Satay kerang
So lepas makan, kami solat di kedai makan tu jugak. Then kami teruskan perjalanan ke Parapat. Sebab perjalanan ke sana akan mengambil masa 6 jam. Hari pertama kami planning untuk tidur di Parapat dulu. So sepanjang perjalanan memang kami singgah dibeberapa tempat untuk tengok dan habiskan duit, Dalam perjalanan yang penuh sesak tu kami singgah di satu tempat akak tak ingat namanya tapi ada orang jual lemang bamboo sepanjang jalan. Dia jenis bakar siap- siap di rumah dan bawak tepi jalan tu cuma panaskan atas kaunter. Akak berhenti juga cuba beli. Harga 1 lemang dan jugak pencicah manis dia tu RP24,000. harganya lebih kurang Malaysia ja. Rasa pun sama juga. Bolehla nak rasa makanan yang Indonesia jual tu. hihi



Then kami teruskan perjalanan sehingga jumpa lagi perhentian yang nama dia Teng-teng, Ting- ting, Tang-tang, Tong-tong, Tung-tung, Pang-pang, Ping-ping. Pelik kan nama kedai dia. Kami beli jugak skit sebab pulun merasa masa sampai tu kan. Mak akak la beli paling banyak. Kawan- kawan dia ramai katanya. Satu kotak teng- teng tu RP30,000. 




So lepas tu kami teruskan lagi perjalanan ke Parapat. Keadaan jalan tu tak payah la nak kata sangat. Memang kereta banyak. lori banyak. So supir tu bawak punya laju dan memotong- motong la kau. Kalau tak buat camtu akak rasa 8 jam baru sampai. Jalan kecil, bengkang- bengkok, sempit, kenderaan banyak dan laluan tu ja ada. Kami pulak mendaki ke tempat yang sejuk dan di kawasan pulau, gunung- ganang, so memang macam tu la keadaan. Berbaloi nasi ayam penyet tu pedaih tadi. 

Bayangkan sepanjang perjalanan tu akak tekan brek ja la...lenguh kaki tolong tekan brek tepi pemandu. Akhirnya jam 6petang kami sampai dekat hotel kami nak tidur malam tu.kami ambil hotel berdekatan tasik sebab esoknya kami nak ke Samosir Island, Danau Toba.

Hotel tu nama Pandu Lakeside Parapat, Jumlah 1 malam RP 613,000.00 mahal jugak antara semua hotel. Kami tempah 1 bilik besar untuk 4 orang. Sekali sarapan. So kami sampai hotel, check in dan mandi- mandi. Siap semua pukul 8.00 malam baru kami keluar makan. Pak supir pun stay di situ juga. Malamnya kami makan makanan padang. Namanya Rumah Makan Islam Murni dekat area Parapat tu jugak. Kawasan tu banyak masakan padang dan minang. 

Apa yang kelakarnya, kami sampai ja kedai tu, sorang budak mencedok lauk punya la banyak. berpinggang- pinggan. Padahal kami tak tempah apa pun. 2 kali akak bangun cakap tak perlu bubuh semua lauk sebab kami nak makan sikit ja. Tapi dia tak kisah, cedok je semua lauk dalam pinggan. 

Lepas tu bos kedai tu datang hantar air, dia kata jenis itu rupanya, hidang kesemua dan pilih nak makan yang mana ambil ja. Nanti kira yang makan ja..ooooooo...hahahaha..sebab tu dalam gambar punya panjang lauk dari kami berempat. Kos makan malam tu RP 140,000

Cuba tengok tu lauknya

Muka tak tahan tengok makanan banyak

Lepas ja makan kami minta pak supir bawak ke kedai runcit sebelah kedai makan tu. Kami beli roti dan lain- lain makanan. Hahah bukan sebab tak kenyang tapi sebab nak mengunyah dalam kereta esok. So malam tu kami rehat ja. Sejuk nya biasa saja. Sejuk lagi Cameron Highland. Tapi sekitar hotel tu rupanya belambak hotel lain. Kami yang pilih ja ikut dalam gambar kat booking.com.

So malam tu lena dengan nyenyak sebab nak rehat dan esok teruskan perjalanan lagi. Jumpa esok ya akak story lagi. babai...




Thursday 28 February 2019

Sisfel Bisnes Terbaik Untuk Part Time Income

 Assalamualaikum

Hai kawan- kawan semua..lama betul tak update blog ni..maklumla dah lama sangat tak travel..
memang ada travel tapi baru sangat..nanti akak story ya.. tapi untuk kali ni akak nak story pasal bisnes akak..

Kalau sesiapa pernah baca blog akak sebelum ni memang akak story sikit kisah dan pengalaman akak berbisnes. Memang akak mengakui dengan seikhlas hati sisfel adalah yang terbaik antara semua bisnes. Bukanla nak kata yang lain tu tak baik tapi dari segi kelebihan dan keuntungan tu sisfel telah direkabentuk untuk memudahkan semua berbisnes secara relax dan santai.

Sisfel ini apa???sebenarnya sisfel adalah salah satu brand yang dikeluarkan oleh Rafellina Sdn Bhd.. Yang mana company ni dah lama ditubuhkan semenjak 7 tahun lalu. Puan Felinna Fattah dan Rafie Ramli yang pernah melalui pahit getir berniaga dan banyak pengalaman. Mereka jugak ada produk lain seperti Jus Caliph yang telah ada di beratus outlet di Malaysia. Puan Felinna jugak ada Felinna Boutique yang menjual pakaian patuh syariah.

So sisfel ni diberikan nama dan mengandungi beberapa produk. Antaranya adalah :

1. Felinna Hot Lotion
2. Teatox
3. Jamu Hormony
4. Serum Rambut Argany
5. Serum Rambut Krasna

So produk ni dibrand dengan nama sisfel. So akak joinla sisfel ini dengan pelbagai kelebihan. Akak menjadi agen sah Sisfel. Kenapa akak jadi agen sisfel????cuba korang tengok kelebihan yang akak nak ceritakan ini..

1. Modal kecil dan seumur hidup
2. Dapat sistem online (SSS) untuk digunakan. Sistem ni kalau nak ditempah berharga RM2999.
3. Agen tidak perlu pergi pejabat pos untuk pos barang. Semua diuruskan oleh HQ Sisfel
4. Agen tidak perlu simpan stok
5. Untung runcit berbaloi.. Pernah join kan? Untung runcit tu berbaloi
6. Untung bonus tengah bulan. Ada slip gaji tau..
7. Ada reward gold bar. Setiap jualan individu RM1500 sebulan akan dapat 999 gold bar 0.5 grm.
8. Ada suprise reward setiap bulan
9. Prestige reward ke Umrah untuk tahun 2019. Tiket umrah tu bernilai RM8k++
10. Kelas online percuma setiap minggu dalam group rahsia
11. Kelas offline setiap bulan di Baling, Kedah
12. Pelbagai strategi telah dibuat untuk bantu agen bergerak dan capai sales
13. Ada penasihat syariah. Dr Sheikh Kaleel
 dan banyak lagi la...korang tengok gambar ni



Sebenarnya akak tak pernah ikuti cara berbisnes macam ni sebelum ni, sebab banyak betul yang diberi setiap bulan..setiap minggu. Sangat berbaloi dengan modal yang dikeluarkan. Ini bulan ke empat akak join sisfel. Macam2 jugak la akak dah dapat. Team akak kecik tapi akak cuba bantu semua agen akak capai target Gold Bar setiap bulan. Akak cuma support dari belakang, tunjukkan cara, dan beri semnagat. Yang laksana mereka..usaha mereka.selebihnya Allah la penentu segalanya. So akak banyak belajar dari sisfel. Bisnes yang utamakan Allah. Suami akak selalu kata, kita cuma perlu berusaha. selebihnya kena tawakal bila dah berusaha. Sebab hasil usaha kita tu kerja Allah s.w.t. Bukan kerja kita untuk fikir hasilnya..

So puan Felinna juga banyak mengajar kami semua sebagai agen untuk meletakkan Allah sebagai nombor 1 dalam apa jua yang kita buat. So bisnes macam ni yang membawa kita ke arah kebaikan. Kita kena cari bisnes yang membawa kita ke arah kebaikan. InshaAllah amin2.

So kepada yang masih mencari part time income boleh bersama akak. Just wassap saja ke 012- 4372801. Akak sedia membantu kawan- kawan yang nak keluar dari kepompong kesusahan dan kalau dah senang pun, buat la sesuatu untuk membantu yang memerlukan. InshaAllah jalannya mudah dan tenang.

ni kelebihan lain yg akak nak tunjuk..percaya "AWAK BOLEH" itu la akak..akak banyak berubah kerana ini. Ajaran diberi tu buat akak redho dan seronok berniaga.



















So inilah kelebihan bila join sisfel. modal serendah RM274 sahaja. tapi layak untuk dapat 20 kelebihan. Memang akak akui sisfel yang terbaik.. Produk berkesan dan selamat.

Kat bawah ni kisah kejayaan akak semenjak 3 bulan yang lalu..






Bersama Ibu Hanim.

Ini reward akak pada bulan Disember 2018









 So inilah serba sedikit tentang sisfel. nanti akak sambung lagi ya...inshaAllha bersama kita usaha untuk naikkan ekonomi ummah...

Kalau nak tahu info lanjut boleh wassap akak ya 0124372801.