Sunday 18 February 2024

PERJALANAN KOREA MAC 2023 BERSAMA FAMILY

KALI KEDUA KE KOREA TAPI KALI NI BERSAMA FAMILY

Kami ke Seoul Korea buat kali kedua. Tapi kali ni bawa mak ayah. Namun begitu, family adik lelaki kami pun nak ikut. Jadinya percutian travel DIY kali ni disertai ramai.

Actually tiket air asia ni aku beli sebelum covid. Tahun 2018 aku beli tiket ke Busan, Tapi disebabkan tetiba mengandung dan bersalin pada 2019, aku minta refund sebab tiket masa ke Busan tu aku bersalin. So dapat balik duit refund 100%. Then hasil duit tu aku beli semula Tiket ke Tokyo pada tahun 2020. Namun begitu disebabkan covid melanda, duit tiket aku tu macam dah nak burn sebab airasia mengalami kejatuhan. Tapi aku apply refund sebab taknak burn.

Alhamdulillah dapat semula refund cuma melalui baucer, dan baucer pula harga pasaran. Memang masa tu burn juga la duit aku ke sana. Tapi dengan baucer berjumlah 8ribu lebih point tu aku beli la tiket ke Seoul Korea termasuk tiket makayah aku. Then adik aku sekeluarga nak iktu, so aku beli tiket tambah. 

Banyak yang aku lalui kali ni ke Korea. Perjalanan yang memenatkan tapi ada kenangan yang indah. Cumanya selepas balik dari korea aku jadi benci nak menjejak kaki ke sana sebab layanan dari mula sampai sehingga lah nak terbang balik pun di layan teruk seperti kami ini pendatang asing.

Dah macam kami ni bukan pelancong. Suasana di Korea kali pertama sampai tahun 2013 pun berbeza, rakyat korea masa dulu sangat baik dan beradab. Suka menolong dan prihatin. Tapi pada thau 2023 selepas 10 tahun memang budaya mereka sangat berbeza, yang tua sahaja okay skit tapi yang muda kurang prihatin dan beradab. perangai tak mengendah dan peduli hal orang tu nampak sangat. 

Masa tu aku rasa dah taknak menjejak kaki ke Korea dan aku benci tengok cerita korea. teruk aku punya sakit hati. Sememangnya semua tahu, visa ke Korea sangat strict sebab mereka dah target orang Malaysia yang pernah buat onar di negara mereka sebab tu mereka layan kita seperti nak masuk kerja di sana secara haram.

Dekat imigresen depa aku paling benci. dengan dukung aatiyah kecik masa tu..Allah ja tau..Tak leh nak describe. aku akan pause ke Korea sehingga aku rasa okay. So far takkan masuk dah. Tapi apapun pengalaman aku bercuti dengan family tu yang menjadi percutian kali ini sebagai kenangan yang paling gembira walaupun banyak waktu sukar kami ke sana..

aku kongsi itenary dan kos kami ke sana. Korang boleh ambil sebagai panduan. Gambar ni sebagai kenangan aku sahaja.




Banyak tempat juga kami tak sempat pergi sebab kesuntukan masa. Biasala berjalan ramai-ramai. Lepas tu mak pula sakit kaki. Jadinya banyak tempat menarik kami tak pergi. Apa pun kami tetap enjoy walaupun penat tu Allah ja tahu sebab anak- anak kecil dan kami pergi DIY. Semua buat sendiri. 

Guesthouse pula jauh sebab nak rasa duduk di kampung kononnya. haha padan muka.tapi kami enjoy sebab tak stay di pekan yang bising. Malam kami sunyi. Rumah kami selesa dan sangat cantik. sepanjang jalan kami lalui taman dan enjoy playground. Ada kedai runcit yang kami boleh beli barang masak hari-hari. 

Sebab tu kami suka trip DIY. harap adik dan makayah tak serik join trip kami. 







Guest house kami














Sampai je tunjuk susu pisang kat adik di kedah. ahaha nangis dia




Jalan nak pegi guesthouse. Jauh gila dengan heret beg berat. Semua letih

Hari kedua Jalan Gyeongbokgung Palace


















Namdaemun Market






Nami Island
















Taman nak balik ke guest house

Noryangjin Fisheries Market














Hangang River cruise






Masa suntuk. Lepak di airport je sementara nak balik. Burn duit hotel sebab semua dah malas nak pi sebab takda transport.

Wrap beg sebelum balik

Ini kos perbelanjaan kami semua. Kami kongsi  bayaran. So banyak bayaran aku dah bahagikan kepada 2 family. Korang boleh rujuk kalau untuk 1 family aku dah asingkan. Pandai- pandai la rujuk. Tak ingat sangat dah.  dah ramai memang mahal la sikit belanja.



Harap info ni membantu korang nak travel DIY. sekian