Sunday 18 February 2024

ALLAH MERANCANG SEGALANYA- KISAH AATIYAH SAKIT

 Assalamualaikum.

Lama sangat tak menulis. Tapi kena kongsi juga untuk pastikan memori ini tak hilang dari ingatan kami semua. Siapa sangka pengalaman tahun 2023 kena menginapdi hospital selama 30 hari disebabkan Aatiyah sakit. Kenangan yang paling ummi takkan lupa.

Kisahnya seperti dibawah. Ummi tulis semasa di hospital dan selepas keluar hospital. Panjang dan susah nak ingat semula kalau tak tulis cerita hari ni. 

16/10/2023 

- Aatiyah demam. Ummi di Langkawi. Abah bagi ubat demam dari farmasi ja..sebab biasanya Aatiyah demam 3 hari dah lega. Tapi keadaan aatiyah masih lesu dan takmau makan.

- Sepanjang ummi di Langkawi memang ummi tak senang hati. Ummi nak balik ja dari Langkawi tapi abah kata abah boleh handle.Abah cuti 3 hari dan jaga Aatiyah. Memang ummi sedih tengok keadaan aatiyah melalui CCTV rumah. Tak pernah dia demam macam tu dan nampak sangat letih. 


Masa abah jaga aatiyah di rumah

19/10/2023

- Aatiyah nampak sihat dan badan tak panas. Abah decide hantar aatiyah ke tadika sebab dah ok dan abah pun kena kerja. Ummi dalam perjalanan balik dari Langkawi. Ummi sampai di tadika jam 4 petang. Keadaan badan Aatiyah masih suam dan nampak lemah.

Teacher mesej  Aatiyah makan dan ummi lega skit selepas 3 hari dia takmau
makan. Maybe sebab ada kawan- kawan

- malamnya decide bawa Aatiyah ke klinik Dr Dzakirin Jitra. Doktor bagi ubat demam dan antibiotik

- Aatiyah makan ubat baru dan masih demam. Belum cukup 6 jam, badan panas balik. Tidur dengan ummi..mengerang ja. Makan minum masih takda selera. Tak lalu makan apa pun.



Keadaan lemah dan tidur ja

22/10/2023

- Keadaan Aatiyah masih lesu. Ummi pun tak sanggup nak hantar tadika. Ummi sambung cuti lagi. Petangnya ummi abah decide nak bawa Aatiyah ke KMC. Doktor check biasa ja dan suggest tukar antibiotik. Wad di KMC penuh. Makan ubat selama 3 hari, kalau masih tak ok, kena datang semula

24/10/2023

- keadaan Aatiyah masih sama..so datang KMC dan buat xray serta ujian darah. Lepas tu memang kena warded la sbb bacaan xray tunjuk paru- paru dah penuh dengan kuman..

- Ujian darah juga ada bakteria microplasma dan pneumonia complicated.. bacaan WBA hematology darah tiyah 36.5 sepatutnya kurang dr 15.5

- Bacaan white blood cell sepatutnya kurang dr 60 tapi bacaan 85.1 dan bacaan CRP serology sepatutnya kurang dr 5, tp result dia 407.7..

- Dalam masa 2 jam tiyah dah masuk ward KMC..

- Warded la Aatiyah di ward KMC..dari hari ke hari aatiyah kena masuk 2 jenis ubat antibiotik dan makan ubat demam..keadaan tiyah masih sama..belum habis ubat dia demam balik dan suhu 37.5-38 degree ja..cumanya dia dah ada selera makan selepas 2 hari warded..then lepas tu dia mula boring dan nak balik la..tp keadaan bacaan darah aatiyah tak ok…menurun dengan sangat perlahan..


Bacaan darah aatiyah

- Ada sekali tu doktor tukar ke ubat antibiotik jenis makan..rasa mcm hari ke 5 di KMC. sebab tangan tiyah dah bengkak dengan ubat antibiotik..ubat antibiotik pekat dan pedih..setiap kali masuk tangan tiyah akan nangis pedih

- 2 hari ja tiyah makan ubat dan tengok bacaan darah tak stabil..nampak mcm bacaan tu spike balik. Lepas tu doktor kata kena pasang blk jarum di tangan..tiyah nangis lagi la dgn jarum dan ubat tu.



31/10/2023

- Hari ke 8 di KMC doktor buat test dan cadangkan buat CT Scan..sebab nampak mcm demam masih tak kebah. 

- Result CT Scan 1hb November petang menunjukkan dalam paru-paru Aatiyah ada nanah dan bakteria tu dah makan sebahagian paru2 sebelah kiri. Ada juga lompong bulat yg dikelilingi nanah

- So petang tu doktor maklum akan contact doktor pakar paru-paru, Datuk Dr Abu Yamin dari GH Penang untuk mai tgk keadaan Aatiyah.











1/11/2023

- Pagi ni Dr Abu Yamin mai hospital bagi penerangan pasal keadaan nanah Aatiyah dan bakteria tu sangat kuat dan memakan paru2 kiri Aatiyah dan membentuk nanah.

- Doktor mencadangkan nanah tu dibuang melalui pembedahan dan dibuat di hospital swasta penang atau GH Penang. Keputusan ditangan kami masa ini dan selepas perbincangan kami decide nak buat di hospital swasta. Doktor tolong kami mencari hospital swasta yang boleh buat pembedahan paru2 dan ada fasiliti icu kanak2..malangnya tak jumpa hospital yg dihandle oleh Doktor Abu Yamin dan petangnya kami decide untuk ke GH sahaja..Susah hati kami sebab nak kena warded di GH Penang. Jauh abah nak ulang alik dan kakak aina masih bersekolah.

- Kami minta Dr Razif KMC untuk semak dengan GH HSB Alor Setar jika boleh buat prosedur ni dan ada fasiliti icu kanak2.

2/11/2023

- Doktor Razif maklum GH HSB ada fasiliti dan doktor pakar paru2. Makanya jam 12 tengahari kami ditransfer ke GH HSB dan pukul 2.30petang Aatiyah dapat masuk wad 5A katil 28. 

    Keputusan CT Scan KMC

Aatiyah tengok jer luar KMC. Hari ke 10 di wad

Pukul 12 tengahari Aatiyah dihantar ambulan KMC ke HSB

- Berehatla di GH pula memandangkan dah khamis dan semua doktor pakar bercuti dan masih dalam perbincangan tentang keadaan aatiyah

- Aatiyah sihat dan badan panas pun tak teruk. Dia makan dan minum macam biasa sahaja.

- So doktor2 decide untuk pasang PICC di lengan aatiyah sebab antibiotik yang dimasukkan akan terus ke jantung dan tidak menyakitkan aatiyah seperti antibiotik di tangan.

- Picc tu guna pun pada hari jumaat pagi sebab masih dalam fasa check dan dibetulkan selepas 2 kali xray

- Doktor juga cucuk di lengan kiri aatiyh untuk detect samada Aatiyh ada tibi atau tidak

- Aatiyah juga kena ambil kahak melalui hidung selama 3 hari setiap 6pagi. Sakit tu la dia menangis sakan. Tangan pun tak bagi pegang sebab fobia dengan doktor2 yg masukkan picc kat tangan dia tu. Sejam juga dia teriak masa pasang picc tu.




Mesin PICC

Masih on oksigen sebab aatiyah diberi ubat pelali masa pasang tiub PICC td


Mood dah okay.


Paginya dah bukak mesin oksigen

5/11/2023

- Doktor dari pelbagai bidang mai jumpa kami dari pakar bedah, pakar kanak2, pakar radiology dan ultrasound mai tgk keadaan Aatiyah

- Kami juga minta Doktor check biji dibawah lutut aatiyah samada ada kaitan dengan nanah diparu2.

- Doktor ultrasound check keadaan biji dilutut aatiyah dan keputusan menunjukkan aatiyah tiada tibi..alhamdulillah

- Doktor pakar paru2, Dr Amanil Ula yang kendalikan kes Aatiyah dah adakan perbincangan dan terangkan keadaan Aatiyah pada ummi.

- Ada beberapa option untuk keluarkan nanah dr paru2 Aatiyah

1. Pembedahan buang nanah- surgery 

2. Tebuk dan masukkan tiub untuk keluarkan nanah- radiology

3. Gunakan antibiotik selama 4 minggu supaya dapat penetrate nanah tersebut dan kecutkan nanah dan paru2 akan mengembang semula tanpa sebarang tebukan

- Disebabkan keadaan Aatiyah sangat sihat Dr cadangkan Option 3 sebab ada kes yang berjaya dan simptom aatiyah tak teruk. So aatiyah diberi masa dan masukkan antibiotik terus ke jantung berbanding secara makan atau di tangan.dengan harapan antibiotik tu dapat bunuh bakteria dan tidak terus membesar

- Aatiyah juga stop makan ubat demam sebab badan dah tak panas


Sekali tok changlun bagi lauk, Sedapnya. Ummi dah jemu makan lauk hospital


Along mai tengok aatiyah



Tugasan ummi setiap hari timbang pampers tiyah

Tempat cuci berak dan tukaq pamper

Lega lepas basuh berak






Habis jemu

6/11/2023

- keputusan darah aatiyah menunjukkan bacaan yang menurun dan baik sepanjang minggu tu. Aatiyah pun ceria ja cumanya disebabkan mesin picc tu aatiyah tak boleh mandi dan hanya lap badan ja

- Aatiyah juga kena basuh berak dengan guna wipes ja.Lega juga bila guna ubat melalui mesin picc tu sebab aatiyah tak sakit dan pedih dan keadaan dia sangat ok bila guna ubat antibiotik melalui kaedah ni

-Cuma yang susah Aaatiyah tak boleh ke toilet mandi dan bergerak jauh sebab mesin tu tak boleh jauh dengan sumber letrik dan risau berlakunya blockage dan kena bukak semula PICC tu. So disebab itu, aatiyah tak mandi selama 2 minggu dan hanya lap badan. atiyah juga pakai pampers dan memang merah dibahagian bawah dia sebab jangkitan kuman, sebab dia dah besar dan jarang pakai pampers. Setiap kali kencing dia akan nangis sebab sakit. Dah sapu ubat pun masih tak lega.

- Keputusan ujian ultrasound di lutut aatiyah juga tunjukkan hanya ketulan minyak yang lebihan dan tak perlu buat apa2. Ketulan ni akan hilang nanti dan tiada kesan mudharat. Hanya follow up ja selepas ni

7/11/2023

- malamnya tengok aatiyah macam lesu dan keadaan badan semakin panas. Dia mula tak lalu makan dan kena on semula ubat demam. Dr Amanil minta antibiotik ditukar kepada yang lebih kuat

- Dan Doktor cadang dibuang nanah guna option 2 sebab bakteria tu tak berubah dan menganggu aatiyah lagi

- So malam tu xray dibuat semula dan ujian darah diambil lagi

- keadaan aatiyah makin teruk pada malamnya. Aatiyah juga ada fungus pada tekak dan kena makan ubat fungus.

- Pukul 3pagi dan 7 pagi MO datang ambil darah aatiyah

Ready ke bilik radiology untuk proses buang nanah

8/11/2023

- Pagi tu juga aatiyah kena puasa dari jam 3pagi hingga 10am. So kami kena sign semua borang untuk buat tebuk di badan aatiyah tu. Risiko yang doktor terang adalah

1. Nanah ada berdekatan dengan saluran pernafasan. Jadi kemungkinan oksigen yang masuk ke salur pernafasan aatiyah akan keluar ikut tiub tu dan akan menyebabkan aatiyah sesak nafas. Pemakaian tiub juga bergantung kepada nanah tu samada 3 hari atau berminggu sebab nanah tu perlu keluar sendiri tanpa sedutan. So aatiyah akan pakai tiub dan balang tu lama. 

2. Boleh berlaku pnuemorax atau oksigen akan memasuki kantung paru2 (selaput luar paru2) dan akan memberi kesan jangka panjang kepada aatiyah.perlu penyembuhan sendiri dan ambil masa untuk sembuh

- kami terima ja cadangan tebuk tu sebab tengok keadaan aatiyah dan bakteria masih ada dan tak dapat dilawan oleh antibiotik. 

- 10pagi kami turun ke bilik radiology untuk tebuk paru2 melalui mesin ultrasound ja. Aatiyah diberi ubat lali tapi malangnya dia tak lena dan hanya lali. Nangis ja sepanjang di bilik tu sebab ramai doktor dan dia takut. Tak lena juga sebab doktor dok bincang depan dia.

- Lama menunggu dan Dr2 semak dan mencari keadaan nanah dalam paru2 dan bahagian yang nak tebuk tu. Selepas semak dan bincang doktor maklum tebukan tak boleh dibuat dan kwsn nak tebuk tu kecik dan tak sesuai dengan tiub dan kalau nak masukkan perlu guna mesin CT Scan yang lebih tepat. So tebukan ditangguhkan sehingga petang sebab mesin CT Scan belum kosong dan perlu booking. Petangnya tak boleh buat juga dan nak cuti deepavali..so mungkin isnin sahaja prosedur tu.

- Petangnya Dr Amanil datang dan check keadaan Aatiyah. Aatiyah dah ok dan suhu badan pun normal.

- Dr maklum akan tangguh dahulu sehingga isnin. Sebab keadaan aatiyah dah normal dan kalau sehingga isnin dia ok, option 2 ditangguhkan dan hanya guna antibiotik 

- Antibiotik yang dimasukkan juga adalah yg terakhir dan dose yang tinggi. Dengan harapan aatiyah tiada simptom demam atau sesak nafas. So aatiyah hanya perlu antibiotik ni sahaja utk penetrate nanah tu. 

Hadiah dari kawan aatiyah

hadiah dari teacher aatiyah





13/11/2023

- keadaan aatiyah sangat ok dan option 2 ditangguhkan dan hanya follow option 3

- Dr amanil jumpa dan explain keadaan bacaan darah aatiyah improved dan semasa scan ultrasound hari tu nampak mcm nanah tu semakin mengecil sebab tu susah nak buat prosedur tu. 



15/11/2023 (Rabu)

- keadaan aatiyah semakin ok dan mula sembuh. 

- Dr Amanil mai jumpa dan maklum en suami mcm ni:-

1)Xray hari ahad ni nk tgk progress.

2) kalau semua ok, selasa tukaq antibiotik makan. Jarum maintain lagi.

3) kalau semua ok, rabu cabut jarum dan balik rumah.

4) dua minggu lepas balik kena follow up semula Dr Amani.

- Alhamdulillah lega dengar. Seminggu lagi nak tunggu untuk on antibiotik.



16/11/2023

- abah jaga tiyah. Cuti ummi dah habis dan ummi kena kerja. Tapi tiyah teriak sejam masa masukkan ubat cloxa yg panas dan pedih tu..

- Rupanya bila check saluran picc tiyah dah block dgn ubat tu..

- So aatiyh kena bukak picc yg block tu dan petangnya tiyah kena keluar dr bilik 28 sebab ada baby yg ada sakit tibi dan perlukan isolation



19/11/2023

- Staf xray mai awal..6 pagi depa mai xray dah..tiyah masuk bilik 3 katil 12..sebelah kaunter nurse sbb masih pakai picc mesin..

- Petangnya doktor amanil pakar paru2  mai jumpa abah dan maklum result aatiyah ok dan nanah semakin kecik. So habiskan ubat sehingga 22hb lepas tu boleh balik. Ubat oral akan diberi utk tgk kesan kat nanah tu dan kesesuaian tiyah makan ubat



20/11/2023

- tp keesokan paginya picc tu tersumbat dan tiyah kena tukaq pakai jarum biasa ja kat kaki..masuk ubat ikut jarum di kaki ja..teriak lagi la tiyah bila kena pakai jarum..fobia dah dia kena cucuk 

- Setiap kali masuk ubat cloxa dan antibiotik akan masa 4 jam..ubat cloxa tu paling sakit dan akan buat urat tiyah makin kecik dan makin sakit bila ubat masuk. Hari ni ok lagi..tiyah tak sakit sangat tp jenuh pujuk dia..

pasang jarum di kaki kanan



Aatiyah mandi selepas 2 minggu tak mandi

Tukar di kaki kiri pula


21/11/2023

- hari ni tiyah sakit sangat bila ubat tu masuk. Teriak berjam sehingga ubat habis..bengkak kaki dia .nurse pun tak sanggup tengok dia teriak


- Doktor tengok dah bengkak dan bukak jarum tu..tukaq pula pasang jarum di tangan. Sebab ubat dia belum habis. 

- Lepas tu sebab tiyah dah tak guna mesin picc. Tiyah kena tukaq ke katil no 1 bilik 1. Dah dekat pintu keluaq hospital..ummi dgn harapan esok blh la balik adik..dekat dah ni pintu masuk..haha



- Elok pagi jam 12pagi tiyah teriak lagi sbb saluran tangan dah tersumbat..aduhhh..nurse dan org sebelah katil pun terganggu takleh tiduq..tak mampu nak pujuk tiyah

- Nurse tanya ummi nak buka ka jarum ni..??ummi tak sanggup lagi tgk tiyah nangis berjam2..nurse cabut n tak pasang dah ubat. Sebab esoknya dah boleh balik kot

- Aatiyah cuma makan ubat antibiotik oral. Fobia tiyah dgn jarum dan doktor

happy dah boleh discharge




22/11/2023

- cukup sebulan tidur di hospital adik..tak sabaq tunggu doktor mai awai pagi

- Doktor wad mai sini dan benarkan kami discharge..yeayyy kita boleh discaj dah adik.. 30 hari kita dihospital dan ummi ulang alik kerja dari hospital.

- kadang- kadang masa ummi kerja tok ipoh dan wan ipoh datang tunggu adik. ummi kerja on off adik, cuti ummi 16hari habis. gilir- gilir dengan abah. Abah dah kena potong gaji sebab cuti dah abis.Nasibla tok dan wan nak mai jaga adik. 

- Pukul 12.30 kami discaj dan ummi order kek hokaido utk edarkan dekat nurse2 dan makcik guard..seronok rasanya dpt balik rumah

- Tiyah dpt tarikh follow up dan masih kena makan ubat antibiotik sehingga 14/12/2023






sampai ja rumah dapat hadiah

Kawan ummi hantar bunga kat aatiyah




26/11/2023-27/11/2023

- tiba2 aatiyah demam dan ummi abah sgt risau..tapi masih makan ubat demam yg ada dirumah..jadi sama mcm hari tu..demam on off



28/11/2023

- tiyah masih demam dan tak lega sepenuhnya

- jadinya ummi abah decide nak bwk tiyah ke hospital 

- Selepas explain kat doktor ..doktor decide masukkan adik ke wad selepas tu check darah dan xray

- Tidoq lagi kat wad adikk aiii

- Malamnya doktor bgtau result adik ok ja..bacaan darah ok dan xray pun ok..

29/11/2023

- Doktor amanil mai jumpa dan kata ok ja semua dan doktor wad pun decide utk bagi adik balik hari yg sama

- Cuma nya doktor bagi ubat demam dan adik sambung makan antibiotik

- Ubat antibiotik tu berkesan utk paru2 adik

- Alhamdulillah dok 1 malam ja..jarum pun xpakai..yg peliknya lepas masuk wad..suhu badan adik ok ja tak demam..hahaaha..alhamdulillah tiyah dpt tarikh baru follow up dgn doktor amanil dan sihat sehingga hari ini..kejadian yg mengajar ummi tentang segalanya..hanya Allah tempat kita memohon dan berserah..

12/12/2023

- Aatiyah kena follow up doktor..dia punya fobia dengan doktor tu masih ada. Aatiyah cuma perlu xray sahaja.. ramainya orang dihospital tu la. Nasib la abah dia kenal sorang kawan kerja di bahagian lab. Cepat dapat xray dan yang lama hanya tunggu doktor pakar, Dr Amanil Ula sahaja

- Alhamdulillah selepas jumpa doktor keadaan paru- paru aatiyah semakin baik. Nanah tu masih ada tapi dah jadi kecil.

- Tunggu paru- paru Aatiyah kembali besar dan normal sahaja. Doktor tak benarkan aatiyah mandi menyelam dan naik kapal terbang dalam masa 6 bulan

- Sebab kantung paru- paru Aatiyah masih nipis dan perlukan masa untuk sembuh

- Perjumpaan dengan pakar surgical kami tak pergi pun. Malas dah sebab aatiyah tak kena buat pembedahan pun. Sekadar follow up sahaja

- Tunggu pertemuan dan ambil darah pada 25/2/2024 sahaja

- Aatiyah kena sambung makan antibiotik sahaja sehingga hujung bulan Disember 2023.


Pengalaman yang banyak sangat mengajar kami semasa kejadian ini. Sebulan dan ummi hanya balik beberapa kali ke rumah. Hari- hari abah bawa baju untuk ummi dan adik untuk tukar. Keadaan rumah ummi cuma sempat balik 3 kali dan cuci rumah. Kebanyakan kerja di ambil alih oleh abah dan kakak aina.

Kakak aina yang lipat kain setiap malam. sunyi rumah rasanya tanpa kami. Ummi dan aatiyah hanya boleh tengok dr tingkap hospital ja. Tapi lagi kesian dekat aatiyah cuma boleh bergerak dalam bilik hospital saja. Boleh dikatakan mainan aatiyah banyak sebab lama warded.

Masa ini juga ummi abah hanya terus berdoa moga aatiyah diberi keajaiban dan memang Allah bagi. Berkat doa semua orang sekeliling. Aatiyah sembuh tanpa perlu pembedahan. Hanya dengan antibiotik sahaja. Syukur sangat. Sekarang ummi fobia kalau badan adik panas.

Alhamdulillah kuasa Allah semuanya. Kita hanya merancang dan yang menjadikannya adalah Allah. Terima kasih Allah atas dugaan ini dan aku tahu Kau mahu uji kami supaya lebih kuat.

No comments:

Post a Comment