Showing posts with label air asia. Show all posts
Showing posts with label air asia. Show all posts

Sunday, 17 March 2019

TRAVEL MEDAN 21 FEB - 24 FEB 2019 PART 1

Assalamualaikum

Semua yang bijaksana..hari ni akak nak kongsi sikit travel ke Medan Indonesia untuk pertama kalinya. Trip ni akak booking tiket bersama kawan- kawan, mak dan adik. Tapi at last yang tinggalnya berempat ja yang pergi. Sepatutnya 6 orang tapi kawan akak tu ada masalah lain, so kami adik beradik je la yang pergi. Maklumlah booking tiket setahun yang lalu kan. Tiket murah, pergi balik Medan Indonesia cuma RM124 ja seorang. Memang nak murah harga camtu kena booking awal la kan. So akak pulak jenis yang dah biasa booking bertahun ni. Kalau ada rezeki sampai la ke tempat tu.

So kali ni memang planning semua last minit sebab harapkan adik yang buat. Akak pulak sibuk dan rasa macam takder la susah sangat nak planning pun. Tapi tu lah..kesannya planning last minit ni ada ja la yang tak kena kan...apapun kami enjoy the trip. Seronok jugak tempatnya.



Kami pergi naik kapalterbang dari Penang ja, sebab Medan dekat dari arah Penang berbanding Kuala Lumpur. So masa perjalanan pun cuma 45 minit ja. Tak sempat panas punggung pun duduk dalam kapal terbang.


Hari pertama pergi tu kami naik kapal terbang pukul 11.45 pagi dan apa lagi, drive la kereta dari rumah, letak kereta di Penang International Airport. Letak kereta di Zon B Penang Airport dan jalan kaki tak jauh sangat ke dalam. Kami sarapan dulu di gerai dekat dengan airport.

So perjalanan kejap sangat. Sampai sana pun 11.45 jugak...hihi..waktu Medan Indonesia cuma lewat 1 jam dari Malaysia. Jadi kami sampai Kualanamu Airport waktu 11.45 pagi juga la...

Sampai ja sana kami dah ada supir yang dibooking awal melalui travel agent company. Kami cuma booking supir sahaja untuk perjalanan 3 hari di sana. Kos tempah kereta, supir, bayaran tol dan bayaran hotel supir untuk 2 malam adalah RM605 untuk 4 orang kami. Yang lain- lain macam makan, hotel dan tiket masuk kami tempah sendiri. So supir akan bawak jer ke mana kami nak pergi. Tapi sebab kami tak study sangat jadi pak supir juga la yang guide kami jalan- jalan.

So sampai ja di sana, minta pak supir bawa kami singgah kedai phone dulu untuk beli simkad sana. Akak beli yang 6GB ja RP113,000. Mahal jugak sebenarnya sebab dok baca blog cuma RP90,000. Kami nak beli di airport tapi wakil supir tu kata mahal. Silap tak tanya dulu sebelum keluar dari airport situ. 1st time kan..hahah..Kami share ja 4 orang. Tak habis pun data sebab masing- masing bukak bila perlu..

Then pak supir bawa kami pergi makan dulu. Kami lunch dengan nasi ayam penyet pedas Cindelaras. Kedai yang selalu orang Malaysia pergi tu...Kos makan tengahari kami kat sini RP 187,000. Menu 3 nasi ayam penyet, 1 set ayam penyet sahaja dan 1 satay kerang, 4 air jeruk (Limau ais). sana banyak air jeruk. Manis- manis camtu.



Nasi Ayam Penyet pedas. memang pedas giler

Satay kerang
So lepas makan, kami solat di kedai makan tu jugak. Then kami teruskan perjalanan ke Parapat. Sebab perjalanan ke sana akan mengambil masa 6 jam. Hari pertama kami planning untuk tidur di Parapat dulu. So sepanjang perjalanan memang kami singgah dibeberapa tempat untuk tengok dan habiskan duit, Dalam perjalanan yang penuh sesak tu kami singgah di satu tempat akak tak ingat namanya tapi ada orang jual lemang bamboo sepanjang jalan. Dia jenis bakar siap- siap di rumah dan bawak tepi jalan tu cuma panaskan atas kaunter. Akak berhenti juga cuba beli. Harga 1 lemang dan jugak pencicah manis dia tu RP24,000. harganya lebih kurang Malaysia ja. Rasa pun sama juga. Bolehla nak rasa makanan yang Indonesia jual tu. hihi



Then kami teruskan perjalanan sehingga jumpa lagi perhentian yang nama dia Teng-teng, Ting- ting, Tang-tang, Tong-tong, Tung-tung, Pang-pang, Ping-ping. Pelik kan nama kedai dia. Kami beli jugak skit sebab pulun merasa masa sampai tu kan. Mak akak la beli paling banyak. Kawan- kawan dia ramai katanya. Satu kotak teng- teng tu RP30,000. 




So lepas tu kami teruskan lagi perjalanan ke Parapat. Keadaan jalan tu tak payah la nak kata sangat. Memang kereta banyak. lori banyak. So supir tu bawak punya laju dan memotong- motong la kau. Kalau tak buat camtu akak rasa 8 jam baru sampai. Jalan kecil, bengkang- bengkok, sempit, kenderaan banyak dan laluan tu ja ada. Kami pulak mendaki ke tempat yang sejuk dan di kawasan pulau, gunung- ganang, so memang macam tu la keadaan. Berbaloi nasi ayam penyet tu pedaih tadi. 

Bayangkan sepanjang perjalanan tu akak tekan brek ja la...lenguh kaki tolong tekan brek tepi pemandu. Akhirnya jam 6petang kami sampai dekat hotel kami nak tidur malam tu.kami ambil hotel berdekatan tasik sebab esoknya kami nak ke Samosir Island, Danau Toba.

Hotel tu nama Pandu Lakeside Parapat, Jumlah 1 malam RP 613,000.00 mahal jugak antara semua hotel. Kami tempah 1 bilik besar untuk 4 orang. Sekali sarapan. So kami sampai hotel, check in dan mandi- mandi. Siap semua pukul 8.00 malam baru kami keluar makan. Pak supir pun stay di situ juga. Malamnya kami makan makanan padang. Namanya Rumah Makan Islam Murni dekat area Parapat tu jugak. Kawasan tu banyak masakan padang dan minang. 

Apa yang kelakarnya, kami sampai ja kedai tu, sorang budak mencedok lauk punya la banyak. berpinggang- pinggan. Padahal kami tak tempah apa pun. 2 kali akak bangun cakap tak perlu bubuh semua lauk sebab kami nak makan sikit ja. Tapi dia tak kisah, cedok je semua lauk dalam pinggan. 

Lepas tu bos kedai tu datang hantar air, dia kata jenis itu rupanya, hidang kesemua dan pilih nak makan yang mana ambil ja. Nanti kira yang makan ja..ooooooo...hahahaha..sebab tu dalam gambar punya panjang lauk dari kami berempat. Kos makan malam tu RP 140,000

Cuba tengok tu lauknya

Muka tak tahan tengok makanan banyak

Lepas ja makan kami minta pak supir bawak ke kedai runcit sebelah kedai makan tu. Kami beli roti dan lain- lain makanan. Hahah bukan sebab tak kenyang tapi sebab nak mengunyah dalam kereta esok. So malam tu kami rehat ja. Sejuk nya biasa saja. Sejuk lagi Cameron Highland. Tapi sekitar hotel tu rupanya belambak hotel lain. Kami yang pilih ja ikut dalam gambar kat booking.com.

So malam tu lena dengan nyenyak sebab nak rehat dan esok teruskan perjalanan lagi. Jumpa esok ya akak story lagi. babai...




Wednesday, 13 June 2018

PART 4: PERTH 21 APRIL 2018

21 APRIL 2018

Assalamualaikum..hai pembaca setia akak..akak hargai korang baca coretan akak yang tak seberapa ni. Hari ketiga kami akan bertolak ke selatan Perth. Hari ni nak pergi tengok Dolphin dan naik cruise. Sentiasa doa adala dolphin kat situ. So pagi ni mak bangun awal. dia tak leh lena sangat so bangun awal, mak masak sarapan dan bekalan tengahari. Akak cuma buat roti bakar dan megi jer untuk anak- anak. Mak goreng sayur dengan lauk Brahim. Mak buat nasi goreng..sedappppp la pulak kalau dok menulis bulan- bulan puasa ni..hahahaha

So kami keluar awal sebab nak berjalan jauh. Kami akan singgah 3 tempat lawatan dulu untuk bergambar sebelum bertolak ke Mandhurah. Sebab akak dah booking semua dengan online. Beli tiket online lagi murah daripada kaunter. So akak bukak website Hello Perth, dapatkan nombor voucher dan tempah tiket cruise di website ni http://www.mandurahcruises.com.au/. Menggunakan tempahan ni akak amik family tiket untuk kami berempat dengan 82AUD dan untuk mak 32AUD. saja akak tempah online dan guna diskaun dari Hello Perth tu..jimat la 11.40AUD. Australia ada GST 10% tau..Cruise kami jalan pukul 11pagi so kami ada banyak masa. Keluar homestay jam 8.00 pagi. Kami decide nak singgah amik gambar di Bell Tower, Blue Boat House dan Rainbow Container dulu. Perjalanan ke Mandhurah amik masa 1 jam ja..

Bell tower ni selalunya orang masuk untuk tengok view Perth CBD. tapi kami tak naik sebab awal lagi dan bukak pukul 10pagi. Kami just amik gambar sekeliling bell tower tu. haha yang lawaknya orang amik gambar depan..tapi kami amik gambar belakang sebab tak tengok dah mana depan dan mana belakang. Kawasan ni jadi sesak sebab tengah construction. Mula- mula bayar parking dulu. Kat perth ni kalau kena bayar parking baik korang bayar je walaupun sekejap..kenala dalam 3AUD..haha 9 hinggit untuk 15 minit ja kami stay situ..




Then kami ke Blue Boat House Shed untuk ambil gambar. Blue Boat House ni memang ramai yang pergi mesti bergambar kat situ. Depan tu ada bukit dan rumah- rumah/ pejabat. Kami park ja kat atas bukit tu dan jalan turun ke bawah, time ni orang belum ramai sebab kami keluaq awai. Ramai pesan suruh keluar awal pagi sebab nak elak cahaya matahari menyilaukan gambar. Bila silau blue boat house tu jadi color putih tau..kira kena tukar nama jadi white boat house la..hahaa


Kamera akak semua blur orang belakang kalau selfie..stress sgt2..huu

View opposite blue boat house


Cubaan gagal sebab ada orang kata mcm gmbr akak tarik tgn husband akak...hahaha




Daki bukit nak ke kereta

rumah atas bukit..semua cantik dan bersih
Masa awal lagi so kami ke Rainbow Container dekat Fremantle dulu amik gambar. Lagipun tak jauh dari sini cuma 15 minit ja..Tempat ni cantik dan ada kawasan makan dan toilet awam..sengaja akak singgah tempat yang ada toilet sebab mak akak jenis yang kerap ke toilet sebab makan macam- macam jenis ubat. Anak2 pun kena paksa sebab jap lagi tengah jalan memang susah jumpa toilet dah..hiihi bab toilet pun cerita..sini parking kena bayar. 2 AUD kot..tak ingat dah akak..so kami jalan ke belakang. Area Fremantle ni pun ada cruise. boleh ja kalau nak naik cruise jalan- jalan sekitar Fremantle. So opposite dengan Rainbow Container tu ada kawasan sungai dan budak2 sempat bergambar dengan burung flamingo.. Besaq benau burung tu...











Gambar kecik sebab nak bg nampak penuh warna tu..cantik ngat


Cer tengok aina..dia sorang pandang belakang..adooiiii


Mak posing merata sebelum nak turun kat kereta..haha

Habis ja bergambar dalam 9.30 pagi kami bertolak ke Mandhurah. Kami target nak sampai 30  minit awal sebab nak tengok view on the way ke Mandhurah. So sepanjang perjalanan sejam tu akak lena..hahaha teruk..mulanya nak teman suami drive.alih2 akak lena....Sampai ja Mandhurah kami tunggu turn nak naik cruise..penuh cruise..rupanya jumpa lagi geng Chinese dari Singapore tu..diaorang datang dah seminggu ..balik sama dengan kami jugak...So naik cruise tu ada la sekor dua dolphin keluar. Tour guide tu kata musim ni dolphin jarang keluar sebab dia akan jaga anak yang baru lahir..So yang keluar tu skit ja..ada la rezeki jugak..Yang bestnya sepanjang pusing cruise tu kami nampak rumah- rumah jutawan dok sekitar kawasan tu..semua rumah ada pelantar dan boat masing- masing..kayoooooo kan depa ni...rumah semua cantik- cantik..akak kelu...sejuk jugak..tapi boleh tahan juga...











cantik rumah pakcik ni




Lepas turun dr cruise

Turun ja cruise semua pakat lapaq dah..jenuh habis semua biskut dalam beg budak- budak ni makan dalam cruise tadi..kami mula cari- cari tempat makan berdekatan kalau ada sebab nak lepak makan sambil tengok view..ada ja tapi jauh skit..so suami akak decide kita pergi solat dulu dan singgah makan area tu. Tapi sayangnya area Rockingham tu masjid diaorang tutup..dari luar lawa  masjid tu..kakak taktau kenapa tutup mungkin sebab dah lama lepas waktu zohor..So tok iman takmau ada orang masuk masjid tu la kot sbb tengok area tu macam ada pendatang asing tengah main skate board..So kami decide balik satgi singgah di masjid masa hari 1st tu nanti...Kami cari area makan dulu..ada park dekat situ nama Rockingham Foreshore..Allahuakbar lawa weh...ada tempat lepak makan smbil tengok view laut. Ramai pakcik tokwan tok rehat situ sambil bagi makan burung..Wafiq dengan aina sempat ligan burung situ lepas makan...

Sejuk....sebab dah nak petang..





Bersih dan terjaga...lawa sgt



On the way balik kami cadang nak singgah tengok haiwan lagi..banyak sungguh aih nak tengok haiwan..Pada mulanya akak cadang nak singga tengok  dan bergambar dengan koala. sebab dalam satu blog tu akak baca kat situ boleh pegang koala tapi akak taktau pulak kena bayar...sebab dalam blog tu tak cakap. So akak bawak ja budak2 masuk tengok..tiket masuk murah dari Coversham..tapi bila ko nak pegang koala dan bergambar kena bayar 30AUD...hoho idak ler...habis duit weh kalau gitu...so takperla..abaikan jer..kami ronda tengok haiwan jer dalam tu..budak- budak la yang suka..sampai takmau keluar..haha..jenuh2 .sebab dalam tu ada banyak lagi haiwan..cuma busuk jer la sebab dalam kandang kan...kangaroo dan lain- lain ada ja..wombat ja takdak...so kami ronda dalam 30 minit ja sebab nak pegi tempat lain lagi...







kami teruskan perjalanan sebab dalam agenda nak singgah kutip apple dan tengok ladang.. So memang jauh jugak nak sampai sebab kena redah kawasan pedalaman yang penuh dengan kawasan pokok- pokok hutan..mencabar..hhahaha tapi ladang ni dekat dengan rumah..10 minit ja kalau dari homestay...ladang tu nama Valley Fresh Produce Pickering Brook. Ladang kepunyaan orang Malaysia yang stay sana ..Dah lebih 7 tahun kerja sana dan berkahwin dengan orang sana..So kami cakap melayu ja dengan dia..Orang negeri sembilan..pick apple 25AUD sebaldi dan masuk tengok sorang dewasa 5AUD..so akak terlebih eksited amikla sebaldi..ingatkan ada pisang kaki..tapi buah baru nak jadi..hijau lagi...lemon pun ada cuma masih hijau..so satu baldi penuh apple...jenuh berangkut weh nak balik Malaysia...hahahaha tambah kilo la jawabnya...





Buah melambak..jatuh penuh tak kutip pun

eksited org belakang tu..punya la nak kutip apple

Pencarian pisang kaki tak dapat..jenuh pusing ladang..buah takder lagi...So kami dah letih jalan ronda ladang orang..last- last kami beli ja pisang kaki yang dah dikutipkan..hahahaha..then kami balik solat di Masjid Suleymaniye tu...baru la pergi nak makan Fish and Chip yang orang dok cerita sedap sangat tu...Kailis Fish & Chip

Kami amik set family 39 AUD..ingat nak share ja sebab katanya besaq2 saiz dia..mak aihhhhh memang pun..family set tu ada 4 ketul ikan..fries takyah cakap la selambak..dah la besaq..memang makan tak habis..tapau bawak balik fries tu...sos kena beli..kami lupa nak bawa sos...so tawakal ja...beli jugak..takleh nak makan dengan serbuk garam dan pepper ja...takleh telan...hahaha



Lepas tu balik homestay..mula cadang nak singgah tengok matahari terbenam tapi sebab dah lewat,..matahari pun tinggalkan kami dah...makan nak habiskan fish n chip tu punya pasal... Cottesloe Beach tiada dipandangan mata..hahaha..balik singgah coles kejap..beli barang makanan dan susu coklat tu..sedap sgt dan beli skit udang sebab nak jemu makan lauk abang brahim..takleh nak telan dah kami semua...so mak buat udang goreng sayur dan nasi goreng udang...malam tu makan udang la kami...

habiskan malam dengan basuh kain dan sidai...pastu main phone upload gambar..sementara tunggu nak ngantuk..sana awal isyak nya,...okay la..habis cerita hari ketiga di sini..akak akan cerita lagi.. kalau ada yang nak itenary boleh pm akak ya...komen ja kat bawah tu..nanti akak bg itenary....

klik link ni kalau nak baca