Sunday 11 March 2018

KENANGAN VISIT EUROPE -PART 4

22 Februari 2015

hai kengkawan semua..akak kena habiskan apa yang akak dah mulakan.hoho ayat mau power..

hari ni akak nak sembang bab Amsterdam ko...kelasss tau...kelas utk org macam akak yang sekali seumur hidup setakat 35 tahun la tau..pergi Europe..hihi..ok ok..hari ni tarikh 25 Feb 2015 akak dan geng PKNK bangun awai..kami nak jalan- jalan Amsterdam..tempat paling lawaaaa dan akak kagum..sampai hari ni akak dok google tgk tiket nak ke sana tapi masih lg tak mampu..sebab akak nak bawak semua pergi..tu yang tak mampu ..kalau akak pegi sorang boleh la..tapi akan jadi syok sendiri..haha..mana syok weehhhh....

6 hari dah akak tinggalkan anak2 weh...tetiba maksu diaorang hantar gambar anak2..luluh hati nak syok sat...cer korang tengok ni..tatap pi la buat kenangan korang..hahaha...akak saja masukkan utk kenangan akak di usia tua nanti...jgn marah tau.....pejam kejap mata kalau jemu...



kesian woo tgk muka ni kalau dah kena tinggal 6 hari


ni lagi la..berayaq mata akak wehhhhh

Hahaha..ok akak sambung...memandangkan hari ni hari Amsterdam akak memang naik bas kami ke Windmill Village (Zaanse Schans)..tempat paling havoc2..haha..memang tempat ni air di hitam...mcm cermin..byk betul windmill..Ya Allah..akak kagum..mcm nak pindah jer dok sini weh..cer korang tengok..memang korang kena pergi weh tempat ni..rugi tak pi...kat sini kami tengok tempat buat kasut terompah dan buat cheese..akak geram tgk cheese tapi tak berani beli...taktau apa diaorang letak..tapi akak beli gak nougat..menarik tengok...

Zaanse Schans adalah kawasan kediaman di mana abad ke-18 dan ke-19. Kat sini boleh jalan- jalan tengok muzium bakeri dan nikmati bau roti segar, atau lihat di gudang terompah dibuat, kilang keju, kilang pewter dan pelbagai kincir angin. Zaanse Schans adalah sebahagian tempat unik di Belanda, penuh dengan rumah kayu, kilang, barn dan bengkel. 






















Lepas tu kami naik bas  ke Volendam Fishing Village..memang tempat ni lawa jugak weh...rumah2 orang kaya dan comel  tepi laut...kami shopping gak kat sini..Allahuakbar..lawa yang amat..jap akak letak gambar..korang kena pi sini weh kalau ke amsterdam... Kat sini banyak gak akak shopping..beli beg yang tulis amsterdam tu...tapi semua akak bagi kat adik- adik dan mak mentua..yang akak guna sendri takder..hahaha lawak kan...

Volendam adalah lokasi pelabuhan Edam.. Pada 1357, penduduk Edam menggali saluran yang lebih pendek ke Zuiderzee dengan pelabuhannya yang tersendiri. Petani dan nelayan setempat menetap di sana, membentuk komuniti baru Vollendam, yang secara harfiah bermaksud sesuatu seperti 'Empangan yang dipenuhi'. Pada awal abad ke-20 ia menjadi sesuatu yang berundur artis, dengan Picasso dan Renoir menghabiskan masa di sini. Majoriti penduduk kepunyaan Gereja Roman Katolik, yang sangat berkaitan dengan budaya desa dan taman kampung.

Volendam adalah tarikan pelancongan popular di Belanda, terkenal dengan bot nelayan lama dan pakaian tradisional yang masih dipakai oleh sesetengah penduduk. Kostum wanita Volendam, dengan bonet yang tinggi dan tajam, adalah salah satu yang paling dikenali dari kostum tradisional Belanda, dan sering dipaparkan di poskad pelancongan dan poster (walaupun ada yang dipercayai kurang daripada 50 wanita kini memakai pakaian sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian mereka, kebanyakannya warga tua). Terdapat sambungan feri tetap ke Marken, sebuah semenanjung dekat. Volendam juga mempunyai sebuah muzium kecil mengenai sejarah dan gaya pakaiannya, dan pengunjung boleh mengambil gambar mereka dalam kostum tradisional Belanda.











Sepanjang perjalanan nak ke Volendam Fishing Village





ok lepas tu kami ke Amsterdam city ..Nama dia Damrak Square..kat sini kami jalan2 cari Hardrock Cafe Amsterdam..makan fries yang kata gedabak dan sedap tu..then jalan- jalan keliling Amsterdam city..

makan fries yang dok kata sedap tu..tak abih jugak..besaq2











Habis ja jalan kat sini kami semua balik ke hotel..mcm biasa la..masak makan..haha..esok adalah hari last kami kat amsterdam..lps tu kami akan bertolak ke Malaysia..perjalanan jauh lagi untuk sampai ke rumah kesayangan..so malamnya kami mula berkemas..dan makan semua makanan yang ada..tengok kat luar sejuk betul..air pun nampak mcm beku..ingatkan malam tu nak salji dah..rupanya tak..orang laki2 malam tu depa pi red market tu...kami tak dijemput ..so kami geng perempuan rehat ja la kat bilik...ok esok akak sambung yer yang last part..panjang betul..tapi akak rasa seronok sbb dapat tulis balik kisah ni.at least akak tau mana akak pergi hari tu..kalau tak dah lupa nama tempat tu..hahah..

ok

klik sini untuk part 3
klik sini untuk part 2
klik sini untuk part 1

No comments:

Post a Comment