Monday 26 March 2018

TIROID DUGAAN HIDUPKU UNTUK PREGNANT!!

hai kengkawan semua...



hari ni akak nak story skit macam mana dugaan kecil Allah bagi dekat akak...selama 5 tahun akak menghidap dan diuji dengan sakit tiroid..walaupun sakit tu hanyalah nampak biasa tapi tetap jugak boleh jadi sakit yang boleh membunuh..

Apa itu tiroid???

Tiroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama di bahagian depan leher. Ia menghasilkan hormon yang mengawal kelajuan metabolisme anda iaitu sistem yang membantu badan menggunakan tenaga. Kelenjar tiroid (thyroid gland) melalui hormon yang dihasilkannya mempengaruhi hampir kesemua proses metabolik di dalam badan kita. 

Kerapkali berlaku gangguan atau masalah tiroid yang bermula daripada masalah yang kecil iaitu kehadiran bengkak kelenjar tiroid (goiter) yang tidak membawa bahaya serta tidak memerlukan rawatan seperti penyakit kanser yang mengancam nyawa.

Jenis-jenis Penyakit Tiroid
Penyakit tiroid yang umum ditemukan di antaranya adalah:

1) Hipotiroidisme
2) Hipertiroidisme
3) Penyakit gondok
4) Nodul tiroid

Antara penyakit tiroid yang paling kerap dialami adalah pengeluaran hormon tiroid yang TIDAK NORMAL. Terlalu banyak hormon tiroid akan membawa kepada penyakit yang dipanggil sebagai hipertiroid (hyperthyroidism), sebaliknya terlalu  sedikit pengeluaran hormon tiroid pula akan menyebabkan masalah hipotiroid (hypothyroidism). Jom kita tengok apakah simptom-simptom dan cara rawatan penyakit tiroid.

Banyak lagi info pasal penyakit tiroid nih..so kalau korang semua nak baca lebih lanjut boleh terus klik ke link ni http://www.syireenhalim.com/2016/04.. akak nak cerita kisah akak..

Akak mula kena tiroid ni masa anak akak Nur Aina Delisha umur 1 tahun..pada mulanya memang tak tahu macam mana boleh kena sebab ingatkan simptom menggeletar tangan tu sebab LAPAR..haha lawak kan...boleh pulak pikir camtu..memang teruk simptom tu..sampai tak boleh tulis langsung..habis kucar kacir tulisan..so akak biar ja..lepas tu rambut makin gugur banyak..tak kisah jugak sebab ingat simptom Aina main air liur..hihi ..then akak mula jadi seorang yang sangat pemarah dan emosi tak terkawal..kejap sedih ..kejap happy kejap rasa kosong je..then akak balik kampung cerita kat mak akak..mak kata tu simptom TIROID...kena pi check..adoi...lepas tu akak pergi check la..memang teruk..akak kena jenis HIPERTIROIDISME...

Bermula la episod ulang alik klinik swasta ambil darah dan makan ubat tiroid..selepas setahun tinggi jugak caj bil klinik swasta ni dekat company akak..then akak ambil keputusan untuk check di klinik kesihatan terdekat dengan office ja..rutin la setiap bulan kena pi klinik ambil darah dan pantau...lepas tu doktor advice untuk rancang pregnant sebab tiroid ni kata nya tak boleh pregnant sehingga akak betul- betul stabil hormon tiroid..akak ambil keputusan untuk pakai IUCD sebab akak ada migrain ..so doktor nasihat pakai IUCD memandangkan akak pernah try guna perancang yang cucuk 3 bulan tu...tapi lgi teruk migrainnya...hurmm

So macam biasa keputusan tiroid masih sama dan hormon tak stabil..so akak continue makan ubat tiroid yang nama camazol tu..so pengambilan tu seingat akak sehari 1 biji ja..akak memang orang yang konsisten makan ubat..selama 3 tahun tau...kalau result darah masih tak ok kena teruskan makan ubat...Doktor pesan jangan ambil sebarang ubat herba sebab akan effect akak punya hormon taroid..

So akak pun ada kedegilan jugak..memandangkan akak rasa badan sentiasa letih dan takder tenaga so akak mula ambil balik akak punya herb (sejenis herba yang dirahsiakan) ..tapi akak ambil dalam kuantiti yang skit jer..sebab akak yakin akak punya tiroid dah stabil result nya ..cuma kena pantau..then tetiba rasa lain macam selepas sebulan..tangan akak mula menggeletar dan emosi kacau bilau..haha padan muka..akak dah tau macam mana akak mula2 kena tiroid..semenjak tu la akak stop semua ubat herba ataupun sebarang makjun kecuali ubat farmasi..

So nampak kat sini ..hormon akak dah ok tapi akak sengaja kacau bilaukan balik hormon akak dengan ..haha..then akak stop semua ubat atau jamu atau produk nak cantik ni..akak hanya ambil camazol dan teruskan ..alhamdulillah selama 3 tahun ambil pil ni memang hormon stabil sepenuhnya..lepas cukup 3 tahun doktor nasihatkan akak stop pengambilan camazol dan checkup 3 bulan sekali ja..then apabila check up tu result akak tak stabil..kejap hyper ke hipotiroid..haha doktor pun celaru tengok..tahla..maybe ada skit2 lagi sakit kot..padahal akak cuma ambil vitamin c ja dari farmasi..

So selepas setahun setengah stop pengambilan ubat dan rutin check up setiap 3 bulan..then check up 6 bulan result akak stabil dan semalam adalah hari gembira akak..akak dah stabil sepenuhnya dan doktor minta akak check up 1 tahun sekali ja..alhamdulillah ..cuma akak berhati- hati dan beringat tentang pengambilan ubat herba ataupun sebarang produk kesihatan..

Nampaknya kat sini disebabkan tiroid tu la akak rest untuk mengandung dan hanya fokus kepada penyakit yang akak alami..sebab akak mmg target untuk pulihkan kesihatan akak..sebab seksanya lawatan klinik tu la kan..dalam tempoh tu pun akak buat macam2 check up sampai ke tahap ada penyakit fungsi hati la..macam ada kerosakan hati..2 kali akak kena ..result ambil kali pertama memang boom...doktor terkejut sampai kena scan..haha..ambik result darah kedua semua ok pulak..hurmmm..kira tak takut dahla tengok nurse dok cucuk lengan tu..

Bulan 6 ni akak kena buang IUCD sebab dah 3 tahun pakai..doktor bagi peluang akak sambung pakai IUCD yang baru ataupun pikirkan perancangan untuk pregnant..tapi sampai hari ni akak masih takder jawapan lagi ..sebab sangat takut nak lalui rekod buku merah yang bertanda MERAH...means kat sini, ibu mengandung yang ada masalah kritikal sakitnya..hurmmm...kalau kawan2 yang membaca ada pendapat bolehla komen yer...akak masih mencari pintu untuk dibukakan hati sebab dah 6 tahun rehat..anak2 pun dah besar,,aina dah 6 tahun dan sebut2 nak ada adik..tapi akak memikirkan apa yang akan dilalui tu jadi 50-50 nak preggy balik..




Cuba tengok gambar atas tu...banyak dugaan nak kena lalui bila ada kes mcm ni...selain tu akak juga berat hati sebabnya akak lalui banyak kepahitan masa mengandungkan aina dan amshar wafiq dulu..banyak sangat kesakitan dan dugaan...Allahuakbar..




No comments:

Post a Comment