Sunday 10 June 2018

PERSEDIAAN CUTI- CUTI PERTH 2018 -PART 1

Hai kawan2..lama betul tak menulis..merepek..dalam ni..haha ..busy yang amat dengan tanggungjawab ofis dan jugak pelajar..tapi dalam kesibukan tu sempat gak akak planning pergi bercuti dengan anak- anak, suami dan mak..



So kali ini akak nak kongsi dengan korang macam mana akak planning dan pergi berjalan ke Perth Australia..mana la tau kan lepas ni korang nak pergi pulak kan...seperti biasa akak akan pergi trip bercuti tanpa travel agent dan semuanya akak planning sendiri..daripada tempahan tiket kapal terbang sampaila tahap ada di Perth pun akak buat sendiri..

Kisah bermula bila AirAsia buat promosi la kan...akak biasanya akan terpengaruh dengan promosi AirAsia ni..sebab berdasarkan kajian akak..perbandingan dengan semua tiket lain hanya AirAsia dan MAS saja yang murah sebab currency kita drop banyak..so kalau nak beli tiket flight lain sure harga ada jugak beza..tapi kalau rajin korang kena la cari lagi..akak tak cukup rajin dah nak booking and jelajah dah bab tiket nih..so tiket Perth ni akak booking masa promosi AA pada bulan Jun 2017.. hihi AOR-KUL-PERTH-KUL-AOR baru RM685.00 untuk seorang..so sangatla murah..

Cuma untuk tiket mak ja harga lain. Sebab tiba- tiba mak bagitahu yang dia nak ikut jugak..so akak beli tiket asing untuk mak pada bulan Feb 2018. So total tiket untuk mak RM 1,126 untuk AOR-KUL-PERTH-KUL-AOR. Takperla ..janji mak bahagia..memang mak nampak sgt seronok dapat pergi luar negara dengan kami..asyik kami ja jalan2..bila lagi nak bawak mak..ayah tak dapat ikut sebab kena jaga tokwan..

So lepas ja booking tiket akak lupakan semua tu dan bersiap sedia ke Jepun dulu untuk bulan September 2017 tu..haha..start bulan Januari 2018 barula akak mulakan study untuk ke Perth..banyak persediaan nak dibuat kali ni sebab dengar cerita macam- macam hal di Imigresen Perth ni..Sebelum akak mulakan semua penceritaan akak untuk ke Perth ni akak nak maklum kat korang yang perbelanjaan akak keseluruhan ke Perth ni adalah sebanyak RM 12,531.00 untuk 5 orang ke sana selama 6 hari 4 malam..so pada akak kos tu berbaloi sebab baru sahaja RM 2,500/orang termasuk kos untuk shopping ok...daripada kena bayar travel agen so akak rajinkan diri buat segala homework...so lepas ni korang tak payah dah buat homework sebab akak dah buat kan untuk korang..korang follow ja homework akak ni..asalkan korang ada duit..hihi...

Akak pun bukan banyak duit..tapi prinsip akak satu jer...kau kena kumpul duit dan buat tabung berjalan ni sebab memang korang kena mula mencari nikmat kecantikan alam ciptaan Allah..sebab nikmat tu hanya sementara..kalau ko tunggu duit ada ..sampai bila pun taktau bila boleh pergi tengok negara orang...banyak korang boleh belajar..akak takut jugak akak tak sempat dah pegi tengok keindahan dunia ni nanti sebab akak pun taktau bila nak jadi kayo...haha..so akak kumpul duit untuk pergi berjalan2..so kat sini akak akan story perjalanan akak selama 6 hari ke Perth..banyak yang akak study untuk pastikan semua dalam keadaan tersusun dan lancar.

2 bulan lagi nak travel ke Perth akak dah mula google untuk dapatkan homestay dan sewa kereta di Perth. Untuk homestay akak guna website airbnb (https://www.airbnb.com/) sebab kat sini banyak lokasi hotel/ homestay luar negara yang korang boleh cari. Website ni jugak ada gambar rumah yang sewa termasuk jugak komen- komen dari pengguna yang dah pernah menginap di sana. So kalau ada komen- komen latest yang memang baik dan berstar2 memang korang boleh booking. Korang jugak boleh contact terus host rumah tu untuk tahu keadaan free atau lain- lain kemudahan yang disediakan. So sangatla selamat. Website ni korang kena daftar ahli dulu dan kalau korang selesai guna perkhidmatan diaorang pun akan ada review dari host tentang keadaan rumah tu lepas kita check out. So akan mudahkan kita lepas ni kalau nak booking kat tempat lain. Host pun pilih jugak yer penyewa yang kemas dan jaga kebersihan..hahaha





Akak pilih homestay area Victoria Park sebab teringin sangat nak rasa macam mana tinggal di rumah- rumah kawasan taman di Perth. Walaupun ada lagi homestay lain yang memang dekat dengan pekan dan laut. Tapi sebab nak rasa life di sana akak amik di sini, 97, Basinghall Street WA Australia, Victoria Park Homestay. Komen dari penyewa sebelum ni pun semua ok dan banyak orang Malaysia pergi Perth akan stay di situ.

Untuk sewa kereta di sana, memang kami plan nak drive sendiri ja sebab pencarian google akak menyatakan kat sana lebih murah sewa kereta dan lesen dari Malaysia boleh guna. Lagipun drive kat sana sama cam Malaysia sebelah kanan..so sangat mudah. akak guna perkhidmatan daripada Pak Jubaidi.. orang Indonesia yang dah menginap di sana selama 8 tahun. sempat berkenalan hihi..Pak Jubaidi bagi kami kereta untuk 5 seater dengan harga RM884 untuk 5 hari 4 malam. Kereta jenis toyota camry. Selesa dan makan minyak kuat..hahaha jemmmmm....

Then untuk VISA pun akak apply sendiri seminggu sebelum bertolak ke Perth. Akak apply kat website sini https://www.applyaustraliavisa.com.my/ .. RM 22.00 untuk seorang. So lagi murah sebab sekarang semua apply guna sistem elektronik atau Electronic Travel Authority (ETA) dan murah. Antara kelebihan ETA ialah, passport anda tidak perlu ada dokumen kertas maklumat visa. Maksudnya, segala maklumat visa anda ada dalam sistem database mereka. Bila anda sudah tiba di airport Australia, pegawai imigresen hanya perlu memasukkan nombor passport anda untuk memeriksa status visa anda. So untuk harga RM22/ orang ni akan amik masa 24 jam untuk approval. Kalau nak segera harga RM55/ orang. Memandangkan akak nak pegi lagi seminggu so akak amik yang murah ja..tapi kejap sangat dah approve VISA tu, tak sampai 24 jam pun..haha ni contoh Visa yang akak dapat..korang pun nanti akan dapat mcm ni jugak..pastikan print ataupun simpan softcopy Visa ni..tapi masa akak bawak tak guna pun sebab semua dah rekod dalam kita punya ETA tu..



Persediaan bekal makanan memang akak buat. Walaupun memang banyak blog cerita benda menakutkan kata makanan tak boleh bawak masuk la..nanti kena scan dengan anjing la..lepas tu makanan semua kena buang la..kena soal siasat macam- macam soalan la..so akak pun jadi takut..tapi bila tak bawak stok makanan jenuh jugak nak beli kat sana..bukan semua ada barang halal kat sana..so akak decide untuk buat senarai bahan makanan yang nak dibawak dan bawak yang mana boleh..nanti senarai akak bagi contoh yer..so memang lebih mudah nak lepas kat imigresen bila korang buat senarai complete apa makanan dan ubat yang korang bawa..memang Australia dan New Zealand negara yang strict bab bahan yang masuk ke negara. So setiap makanan yang nak bawak kena declare..ikut senarai yang dibenarkan. Kalau bahan yang tak dibenarkan jangan la nak bawak..cari kat sana ja..akak bawak makanan yang mudah dan siap packaging dan ada sticker bahan- bahan dari makanan tu..





ok so akak akan cerita part jalan2 akak lepas ni yer..jenuh akak dah ni..penat menaip..hihi
babai



No comments:

Post a Comment