Wednesday 13 June 2018

PART 3: PERTH 20 APRIL 2018

 20 APRIL 2018

Hari kedua ni akak dan family nak bertolak ke utara Perth..kali ni jauh perjalanan kira- kira 2 jam perjalanan drive dengan 130km lebih kurang. So kami semua takde la bangun awal sangat sebab taknak rushing. Tapi sebab lena awai so nak tidor lama2 pun tak mampu dah. Lepas subuh tu memang dah bangun masak- masak bekalan untuk sarapan dan tengahari. Masak nasi lauk sardin, then sambal bilis che nor tu, goreng sayur yang beli kat coles dan masak megi goreng dekat anak- anak. Pukul 8.30 pagi kami dah siap- siap nak keluar. Kami teruskan perjalanan ke  Yanchep National Park. Park ni sangat luar. Tapi sebab kami sampai dalam pukul 9.15 pagi, so tak boleh nak ikut perjalanan merantau dalam kawasan park tu. Kat sini boleh masuk tengok gua dalam park tu. So kami decide nak jalan- jalan dalam kawasan berdekatan ja. Memang cantik sangat dalam kawasan ini. Kami jenuh bergambar dan lupa kata jauh lagi nak jalan..hahahaha..Kat Yanchep ni kena bayar 12AUD untuk masuk 1 kereta. So lepas tu boleh jalan ikut suka kalau taknak tunggu tour punya trip. Tiket masuk ni korang kena simpan sebab satgi masa nak masuk ke The Pinnacle Deserts tu boleh guna tiket ni. 







So after bergambar 1 jam kami teruskan perjalanan ke Lancellin Sand Dunes sebab nak main papan luncur...perjalanan jauh jugak 1 jam jugak nak sampai ke sini, tapi berbaloi sebab dapat main pasir sejuk dan papan luncur. Tak pernah akak main weh..kali ni akak try sakan termasuk dengan mak akak. So sampai je sini kami boleh bawak masuk kereta terus. Ramai ja orang datang. mak sempat bersembang dengan 1 group Chinese dari Singapore. Kami pergi bayar dulu dekat van yang tunggu untuk sewa board tu 10AUD untuk 2 jam dan dia minta bg kad pengenalan untuk deposit. So kami main sepuas hati.. So kat sini korang kena ambik gambar dan nombor phone emergency dulu sebelum masuk, takut kereta benam pasir..hahaha..


Punya tinggi bukit ni..jenuh naik weh.lenguh kaki

mak tak naik sebab sakit lutut..





Lepas tu kami cari bukit rendah untuk mak cuba jugak naik papan luncur
Time dah pukul 1 lebih masa tu. Kami decide nak cari tempat makan dulu sebab budak- budak dah lapar sangat. Masa tu semua nak ke toilet. So ikut jawapan mat saleh tu katanya ada toilet awam atau cari dekat restoran berdekatan. Kami hentam je kat bar terdekat tapi muka penjaga restoran tu pelik semacam dan dia bagi jugak sebab nampak budak- budak.So lepas tu kami jalan depan skit terjumpa toilet awam dan tempat lepak makan tengahari. View cantik dan tepi laut.. So mudah cerita makan dulu..hahaha awatla tak jumpa awal- awal tempat tu...


Geng Chinese Singapore pun berkelah sama

Kami lepak makan kat sini..park yang sangat bersih siap ada tempat BBQ




Lepas makan kami siap2 dan nakbertolak..tapi sebelum tu jenguk ke belakang toilet rupanya ada pantai dan cantik sangat view. Nampak Lautan Hindi. Subhanallah..sangat la cantik kawasan ni. semua rumah dekat dengan pantai..air laut birunya...akak teruja sangat tengok kawasan- kawasan area Perth ni..Kalaula malaysia ada macam ni best sgt tapi culture Malaysia tak sama..Park ni sebersih- bersih nya...semua kemudahan jaga elok..Allahu...akak tak leh nak gambarkan sgt..pengalaman tu...korang kena pi sendri..





Lepas tu kami teruskan perjalanan nak ke Pinnacles tu.puas main pasir putih yang sejuk..habis seluar penuh ngan pasir..hahah takpe janji semua puas hati. Perjalanan ke pinnacles tu amik masa 45 minit. Perjalanan memang best sebab nampak view desert dan pasir..ada 1 kawasan tu memang nampak putih jer dari jauh. Mula ingatkan apa la tapi rupanya kawasan bukit pasir putih. Cantik sangat..subhanallah..perjalanan memang suami akak ja drive. kesian dia mengantuk tapi tak bg akak drive. Bawak kereta kat sana tak boleh lebih dari 100km/j. Tapi ada ja yang speed paling minimum 40km/j untuk kawasan perumahan..hahah korang bayangkan kena bawak slow camtu. kalau kat malaysia confirm kena marah. Tapi orang sana disiplin. Semua bawak speed yang sama ...kalau tulis 100km/j semua bawak speed tu.takder kurang takder laju..so susah nak memotong la kan..encik suami is stresssss. hahahaha

Sampai ja kat Pinnacles tu masuk free sebab kami dah bayar masa kat Yanchep park tu. So kami boleh bawak kereta memusing dalam pinnacles tu. Tempat tu katanya misteri sebab batu- batu naik dari pasir dan ada yang paling tinggi 4 meter tau.. kami pusing- pusing stop dan ambik gambar. Jumpa pulak orang Melaka datang ke situ..hahaha...mak la yang sembang dengan diaorang..kami banyak posing ja..






Penat pusing dalam pinnacles tu, kami semua dah nak patah balik ke Perth CBD. Tapi biasa..akak aturkan persinggahan di beberapa lokasi sebelum sampai homestay..Biasalakan dah lama drive kena la singgah rehat dan tengok view yang cantik. So on the way balik akak singgah di Moore river.(Guilderton Caravan Park). Ramai juga orang singgah kawasan ni. Pemisah antara sungai dan laut. Kisahnya dulu ada beting pasir yang besar pisahkan kawasan ni. Sekarang beting tu makin kecik dan dan nak bertemu dah air tawar dengan air masin tu...tapi cantik nya kawasan ini Allah saja yang tau..Masa ni aina dengan wafiq memang merajuk sakan dah sebab nak turun mandi air sungai dan air laut sebelah- sebelah tu. Tapi sebab kami rushing, baju spare apa pun tak bawak memang merajukla depa sepanjang kat situ....tapi apa pun memang lawa...siap ada pondok dari atas untuk tengok keadaan pemisah laut dan sungai tu...

Kat bawah.sebelum naik ke kawasan pondok untuk tengok view cantik

Budak merajuk nak mandi..

OTW ke pondok view

Pemisah sungai dan laut..ada budak2 mandi kat bawah tu


Lawa view..kena pi sendiri tengok tau

Aina ajak turun bawah..sakit tapak kaki la weh nak turun..

Wafiq merajuk..semua gambar kat sini dia lari
Kami singgah dalam 30 minit ja..sebab nak rushing pergi masjid untuk solat. So dalam perjalanan ni akak cadang singgah satu masjid yang orang Malaysia buat di sana.. Masjid ni terletak di kawasan tempat tinggal orang elite..orang kaya- kaya..Masjid Al-Majid Padbury ..Masjid yang lawa sangat..memang sgt bersih dan view cantik..akak terpegun kejap tengok masjid dalam kawasan elite perth. Jumpa pokok kaktus bentuk bunga ros..rare pokok kaktus ni...mak amik gmbr dekat..akak cuba tapi tak menjadi..hahahahaha


kaktus bentuk bunga rose




Lepas solat kami teruskan perjalanan balik ke homestay..semua pakat letih yang amat dah.. Malam cadang nak keluar pergi South Esplanade..Tapi rebah dah ..krem kaki jalan- jalan..so memang kami rehat ja ..tak keluar mana- mana dah..sebab esok nak turun ke selatan Perth pulak.. So kami semua just masak- masak makan dan rehat sahaja...

Ok kawan- kawan panjang cerita akak hari ni. banyak agenda kami dalam satu hari..so harap kawan- kawan amik peluang berjalan jugak yer..ataupun korang leh kongsi pengalaman korang jugak yang dah pergi ke sana..babai....

Tengok PERSEDIAAN KE PERTH 
nak tahu jugak aktiviti hari 1st di Perth klik



No comments:

Post a Comment