Wednesday 8 April 2020

RESEPI ROTI HOMEMADE MUDAH

Assalamualaikum

Hai ...hari  ni ummi rosa nak tunjuk resepi buat roti atau bun atau roti putih ..almaklumlah sekarang waktu PKP semua resepi muncul kat facebook.. lepas tu kena pulak roti putih ala- ala Gardenia tu habis memanjang kat pasaran. Macam emas pulak kan..

So ummi Rosa pujuk suami pi cari tepung roti kat kedai barang kek JH Bakery Ingridients kat Cmart BDI tu..ha..suami ummi Rosa bawak balik 2kilo tepung roti.. mau tak mau kena la rajin uli tepung..

Ok jom ummi Rosa ajar cara nak buat roti..ummi jugak tulis sini supaya ummi tak lupa bila nak buat semula resepi ni.. lagipun ummi pun google ja resepi.. kawan kawan boleh google jer untuk tengok resepi ya.. sebab ummi pun sejenis ingkar resepi..asalkan jadi dan boleh makan plus suami puji sedap...😅😅

Ini bun ummi rosa yang dah siap


Sarapan anak anak ummi dengan bun sosej

Ummi cuba kaedah water roux atau ibu roti atau TangZhong atau nama lain Yu- dane sebab water roux ni melembutkan roti dan buat roti tahan lama lembutnya dan jadi anjal. Teknik ni digunakan oleh orang China dulu untuk buat mee dan kulit dumpling.

Bahan untuk buat water roux

1/3 cawan tepung roti
3/4 cawan air atau susu

Ummi guna air jer sebab susu habis aina minum sembunyi..ummi beli untuk buat kek, tapi dia suka..so habis dia minum..

Cara buat water roux

1. Masukkan air atau susu dan tepung dalam kuali 
2. Kacau dulu bagi adunan bercampur elok
3. Letakkan atas api perlahan dan kacau sehingga pekat dan nampak nak jernih tu..jernih ala berkilat tu. Tapi ummi punya dah tak jernih ..sebab ummi malas 😅😅
4. Biarkan adunan ni sejuk suhu bilik yer
5. Adunan ni boleh simpan dalam peti selama 3 hari selagi tak bertukar warna.
6. Bila nak guna semula keluarkan dan biar lembut skit dan boleh masukkan dalam adunan roti

Water roux yang ummi buat

Bahan buat roti atau bun

1. 3 cawan tepung roti
2. 1 biji telur saiz A
3. 1 1/2 sudu teh yis
4. 1/3 cawan gula castor
5. 1 cawan air/susu
6. 2 sudu besar water roux
7. 2 sudu besar susu tepung
8. 2 sudu besar mentega
9. 1 sudu teh garam

Caranya

1. Campur semua bahan kat atas tu dan mixer sampai adunan sebati
2. Adunan memang melekat dengan tangan yer..roti akan jadi lembut dan gebu
3. Tutup adunan dengan kain lembap atau plastik wrap selama 1 jam untuk doh kembang
4. Selepas 1 jam doh kembang..tumbuk doh dan uli jadi bulat atau boleh buat ikut suka bentuk
5. Leperkan doh dan gulung bagi sama untuk pastikan doh tak berlubang dalam

Buat mcm ni dan gulung

Sebelum doh kembang

Doh yang kembang masuk oven untuk bakar


6. Susun dalam tray dan bertutup selam 40 minit untuk roti tadi kembang skit lagik
7. Sapukan atas roti dengan telur yang dicampur dengan susu untuk cantikkan roti dan jadi lembut
8. Bakar roti tu dengan suhu 180° celcius selama 20minit. Api oven atas bawah yer buka. Suhu dan masa ikut jenis oven korang yer..kena kenal oven korang jenis camner
9. Untuk make sure jadi gelap atas tu..bila dah nk masak korang bukak api atas 2 minit
10. Angkat roti dan glaze atas roti dengan butter untuk kilatkan roti dan roti lembut di bahagian atas
11. Tunggu roti sejuk dulu baru potong yer. Kalau tidak roti jadi berderai atau kasar bahagian dalam
12. Siap dah boleh makan..homemade roti anak mesti suka..

Ni semua pelbagai roti yang ummi buat guna doh yang sama. Buat petang keesokannya pun masih kekal lembut dan anjal.







Ok semua..jangan lupa cuba na..kalau tak takkan jadi ler roti sedap camni..kedai pun tak dapat tau roti sedap camni..😅😅😅






No comments:

Post a Comment