Monday, 11 June 2018

DAY 1 & 2: TRIP PERTH 18 APRIL DAN 19 APRIL 2018

DAY 1 : 18 April 2018

Hari 1st ni memang xder apa sangat aktiviti..encik suami dan anak2 pi sekolah lagi.  Flight dari AOR ke KUL pun petang pukul 5.20 petang. Tinggal akak jer tak keje sebab memang tak boleh amik cuti sekerat hari pun..so menengung la kat rumah.barang semua kemas dah..So petang tu pukul 3.30 kami baru bertolak ke airport Alor Setar.Kali ni ayah hantar sebab mak join kami sekali ke Perth...Petang tu kami bertolak ke KUL dan flight ke Perth Jam 12.00 malam. So kami ada masa makan, solat dan melepak di KLIA2 dulu. Korang leh tengok barang akak..nampak skit ja kan??hahaha dlm beg kelabu tu semua makanan tau..sebelah lg kosong sebab nak masukkan barang- barang shopping masa balik..





Tempat lepak di Lounge KLIA2



Makan siap2 sampai kenyang..so kami dah tak makan dalam flight sebab target nak lena ja..sebab esoknya 19hb kami nak jalan2 di Perth. Tapi akak tak lena sangat sbb memikirkan barang makanan yang akak bawak tu melambak kalau nak kena soal di airport Perth nanti..hahaha macam nak pi exam tau dak akak rasa..haru sgt2.....

So kami sampai di Perth Airport jam 6.00 pagi dan cuaca biasa2 ja..sampai ja kat sana memang kami declare semua barang akak dan memang kena la tanya sepanjang jalan dan terus kena pi kaunter 1..senarai yang akak buat tu encik suami tak bukak dan tunjuk so memang kena soal siasat la..jenuh bgtau dia suruh keluarkan..last masa kena bukak beg tu baru la encik suami bukak list tu..sebabnya dia tengok pegawai imigresen tu dah pening sebab makanan sebiji beg weh..hahaha...

Lepas je bawak kuar senarai tu..pegawai tu terkejut then lepas ja kami..sempat lagi pegawai tu puji kami 'excellent job & do so much work like u are travelling before this'..haha alhamdulillah lepas tanpa kena check 1-1 barang. Semua selesai dan kami bersedia keluar dari pemeriksaan tu....


ni muka lepas pemeriksaan ..lain kan dari sebelum travel tu...Allah ja yang tau..hahaha


DAY 2: 19 April 2018

So lepas ja semua tu. kami cari surau dulu untuk solat subuh..surau dalam airport perth tu sangat mudah nak cari. Ada tempat amik air sembahyang tapi open untuk lelaki dan perempuan. So akak amik wuduk di dalam toilet dan basuh kaki ja dalam surau..Then selesai solat subuh kami pegi beli simkad untuk travel di sana.. beli satu ja untuk semua orang guna. 1 simkad untuk 7 hari RM60 dekat kedai nama OPTUS.  Kami semua hotspot ja dengan simkad tu..balik rumah ada wifi..tuan rumah bagi wifi lajuuuuu...

So sementara tunggu selesai beli simkad kami tunggu Pak Jubaidi datang bawak kereta. Sampai ja Pak Jubaidi dan wakil dia kami amik kereta dan guna GPS yang dia bagi..kereta pun ada siap GPS..tapi memandangkan kami xreti sgt guna GPS dan keliru tengok kami guna ja Waze..sebab dah beli simkad kan...so dalam pukul 7 pagi semua settle dan naik kereta ke Victoria Park.

Pukul 7.30 pagi kami semua sampai homestay..tuan rumah dah bg semua pin lock dan kunci. So kami masuk ja dalam rumah dengan selamat..Mulanya ingat nak drop ja beg,...tapi memikirkan badan rasa lemau dan nak fresh kami semua mandi dulu..mak akak masak juga yang simple2 untuk bekalan tengahari. untung mak join..hihi mak masak sambil kami semua bersiap2.




muka segar lepas mandi


ready nak travel lepas dah kenyang
So lepas ja semua selesai kami nak keluar sarapan dulu. Cadang nak makan di Selera Malaysia dekat dengan rumah jugak... Saje cari pasal makan nasi lemak RM30 sepinggan..hahaha amik kau...sentot kejap akak..tapi ok ja sebab memang dah masuk dalam bajet..Kedai orang Malaysia dah 8 tahun lebih dok sana..Kedai kecik ja..tapi kat bangunan tu ada tempat shopping dan ramai orang dari Gym turun..orang situ minum kopi ja..kami hentam nasi lemak awai pagi..hahahaha lantak la kan..selera orang Malaysia kau..nasi lemak awai ooooo..pukul 8.30 pagi....



Lepas je makan kami bertolak ke Caversham wild park perth.. Tempat luas..bawak anak2 tengok kangaroo, koala dan binatang lain yang anak2 selalu tengok dalam TV jer..So masa dihabiskan dalam kawasan tu lama gak sampai pukul 2.00 petang la kira..tgk kangaroo makan..amik gambar koala..tengok wombat dan lain2..anak suka kami pun ok ja..







Rare punya ..jauh kami mai nak tgk kangaroo nih...hahahahaa



muka masam sebab xleh bergambar dgn koala..panjang org beratur

Then kami bergerak ke kilang buat coklat..dah orang pegi kami pun masukkan juga tempat ni dalam itenari. katanya coklat test free dan yang letak macadamia tu sedap..so kami pegi ke The Margaret River Chocolate Company. Memang banyak coklat..wafiq dgn aina kaut 2 kali coklat test yang  bg free tu..hahaha..tapi beli jugak yang ada kacang salut coklat tu...yg tu ja nampak cam ok..hat lain takut tak halal..sedap rupanya coklat ni weh...alahai mahai..makan jugak la sebab nak rasa....

aina nangis time ni.kena pukul dengan abang wafiq..terus huduh gambar

tengok penuh tangan coklat free..nak keluar boh dalam tisu terus..

beli yang bulat belakang tu..sedap sgt2
Area tu memang dinamakan Swan Valley..so kami keluar ja dari Margaret tu kami nampak ladang anggur luas sangat depan jalan tu..siap ada bunga rose yang ditanam setiap row depan anggur tu. So kami lintas ja amik gambar.. area tu tak byk anggur..kalau jalan depan lagi ada anggur hitam tapi kami semua dah malas..ajak suami masuk kereta dalam ladang pun takmau gara2 nampak signboard kilang arak..hahaha...





Lawa kan ladang anggur ni..depan je kilang coklat tu tau..korang pegi tau..


Mak ja berani bergambar dgn kuda ni..kami takmau takut kena tendang..hihi

So lepas ja kami semua ambil gambar kami cadang jugak nak jelajah masjid2 dalam Perth. Akak masukkan masjid2 yang boleh kami lawati sambil2 sembahyang. So kami pergi solat dekat Canning Masjid Queens Park/ Suleymaniye Masjid ..Masjid yang tenang..takder orang..sejuk je cuaca ..rasa nak lepak lam kat situ..tapi apakan daya banyak lagi program lain nak jalan..


Lepas ja solat kami akan ke Pasaraya Coles dekat dengan Victoria Park..Shopping makanan segar dan barang dapuq...








Sedap dan manis..mak beli 6 bungkus..murah sgt..

Kacang coklat kat kilang Margaret tu.

Susu coklat paling sedap..tak jumpa kat Malaysia
Then kami balik homestay sebab dah penat shopping..kami balik mandi dan masak2 makan malam..so malamnya kami keluar ke Kings park & Botanic Garden perth night. siang tempat ni lawa..so ada kata malam pun lawa..so kami pilih untuk pi malam..sejuk gedik  weh...ramai gak mat salleh lepak dan borak area tu...kami stay kejap ja sebab tak tahan sejuk..


view Perth dari park ni.lawa...sejukkkkkk 
So malamnya kami semua lena awai..pukul 8 malam dah lena..hahaha ngantuk punya pasai..lagipun Perth Maghrib pukul 5.50 petang..so cepat gelap dan malam pun orang jarang keluar..kedai2 pun banyak dah tutup..yang ada kedai orang lepak minum mabuk2..so kami perlukan tiduq yang cukup untuk jalan jauh esoknya...

babai.jumpa lagi 20hb April 2018 na....letih menaip...


Sunday, 10 June 2018

PERSEDIAAN CUTI- CUTI PERTH 2018 -PART 1

Hai kawan2..lama betul tak menulis..merepek..dalam ni..haha ..busy yang amat dengan tanggungjawab ofis dan jugak pelajar..tapi dalam kesibukan tu sempat gak akak planning pergi bercuti dengan anak- anak, suami dan mak..



So kali ini akak nak kongsi dengan korang macam mana akak planning dan pergi berjalan ke Perth Australia..mana la tau kan lepas ni korang nak pergi pulak kan...seperti biasa akak akan pergi trip bercuti tanpa travel agent dan semuanya akak planning sendiri..daripada tempahan tiket kapal terbang sampaila tahap ada di Perth pun akak buat sendiri..

Kisah bermula bila AirAsia buat promosi la kan...akak biasanya akan terpengaruh dengan promosi AirAsia ni..sebab berdasarkan kajian akak..perbandingan dengan semua tiket lain hanya AirAsia dan MAS saja yang murah sebab currency kita drop banyak..so kalau nak beli tiket flight lain sure harga ada jugak beza..tapi kalau rajin korang kena la cari lagi..akak tak cukup rajin dah nak booking and jelajah dah bab tiket nih..so tiket Perth ni akak booking masa promosi AA pada bulan Jun 2017.. hihi AOR-KUL-PERTH-KUL-AOR baru RM685.00 untuk seorang..so sangatla murah..

Cuma untuk tiket mak ja harga lain. Sebab tiba- tiba mak bagitahu yang dia nak ikut jugak..so akak beli tiket asing untuk mak pada bulan Feb 2018. So total tiket untuk mak RM 1,126 untuk AOR-KUL-PERTH-KUL-AOR. Takperla ..janji mak bahagia..memang mak nampak sgt seronok dapat pergi luar negara dengan kami..asyik kami ja jalan2..bila lagi nak bawak mak..ayah tak dapat ikut sebab kena jaga tokwan..

So lepas ja booking tiket akak lupakan semua tu dan bersiap sedia ke Jepun dulu untuk bulan September 2017 tu..haha..start bulan Januari 2018 barula akak mulakan study untuk ke Perth..banyak persediaan nak dibuat kali ni sebab dengar cerita macam- macam hal di Imigresen Perth ni..Sebelum akak mulakan semua penceritaan akak untuk ke Perth ni akak nak maklum kat korang yang perbelanjaan akak keseluruhan ke Perth ni adalah sebanyak RM 12,531.00 untuk 5 orang ke sana selama 6 hari 4 malam..so pada akak kos tu berbaloi sebab baru sahaja RM 2,500/orang termasuk kos untuk shopping ok...daripada kena bayar travel agen so akak rajinkan diri buat segala homework...so lepas ni korang tak payah dah buat homework sebab akak dah buat kan untuk korang..korang follow ja homework akak ni..asalkan korang ada duit..hihi...

Akak pun bukan banyak duit..tapi prinsip akak satu jer...kau kena kumpul duit dan buat tabung berjalan ni sebab memang korang kena mula mencari nikmat kecantikan alam ciptaan Allah..sebab nikmat tu hanya sementara..kalau ko tunggu duit ada ..sampai bila pun taktau bila boleh pergi tengok negara orang...banyak korang boleh belajar..akak takut jugak akak tak sempat dah pegi tengok keindahan dunia ni nanti sebab akak pun taktau bila nak jadi kayo...haha..so akak kumpul duit untuk pergi berjalan2..so kat sini akak akan story perjalanan akak selama 6 hari ke Perth..banyak yang akak study untuk pastikan semua dalam keadaan tersusun dan lancar.

2 bulan lagi nak travel ke Perth akak dah mula google untuk dapatkan homestay dan sewa kereta di Perth. Untuk homestay akak guna website airbnb (https://www.airbnb.com/) sebab kat sini banyak lokasi hotel/ homestay luar negara yang korang boleh cari. Website ni jugak ada gambar rumah yang sewa termasuk jugak komen- komen dari pengguna yang dah pernah menginap di sana. So kalau ada komen- komen latest yang memang baik dan berstar2 memang korang boleh booking. Korang jugak boleh contact terus host rumah tu untuk tahu keadaan free atau lain- lain kemudahan yang disediakan. So sangatla selamat. Website ni korang kena daftar ahli dulu dan kalau korang selesai guna perkhidmatan diaorang pun akan ada review dari host tentang keadaan rumah tu lepas kita check out. So akan mudahkan kita lepas ni kalau nak booking kat tempat lain. Host pun pilih jugak yer penyewa yang kemas dan jaga kebersihan..hahaha





Akak pilih homestay area Victoria Park sebab teringin sangat nak rasa macam mana tinggal di rumah- rumah kawasan taman di Perth. Walaupun ada lagi homestay lain yang memang dekat dengan pekan dan laut. Tapi sebab nak rasa life di sana akak amik di sini, 97, Basinghall Street WA Australia, Victoria Park Homestay. Komen dari penyewa sebelum ni pun semua ok dan banyak orang Malaysia pergi Perth akan stay di situ.

Untuk sewa kereta di sana, memang kami plan nak drive sendiri ja sebab pencarian google akak menyatakan kat sana lebih murah sewa kereta dan lesen dari Malaysia boleh guna. Lagipun drive kat sana sama cam Malaysia sebelah kanan..so sangat mudah. akak guna perkhidmatan daripada Pak Jubaidi.. orang Indonesia yang dah menginap di sana selama 8 tahun. sempat berkenalan hihi..Pak Jubaidi bagi kami kereta untuk 5 seater dengan harga RM884 untuk 5 hari 4 malam. Kereta jenis toyota camry. Selesa dan makan minyak kuat..hahaha jemmmmm....

Then untuk VISA pun akak apply sendiri seminggu sebelum bertolak ke Perth. Akak apply kat website sini https://www.applyaustraliavisa.com.my/ .. RM 22.00 untuk seorang. So lagi murah sebab sekarang semua apply guna sistem elektronik atau Electronic Travel Authority (ETA) dan murah. Antara kelebihan ETA ialah, passport anda tidak perlu ada dokumen kertas maklumat visa. Maksudnya, segala maklumat visa anda ada dalam sistem database mereka. Bila anda sudah tiba di airport Australia, pegawai imigresen hanya perlu memasukkan nombor passport anda untuk memeriksa status visa anda. So untuk harga RM22/ orang ni akan amik masa 24 jam untuk approval. Kalau nak segera harga RM55/ orang. Memandangkan akak nak pegi lagi seminggu so akak amik yang murah ja..tapi kejap sangat dah approve VISA tu, tak sampai 24 jam pun..haha ni contoh Visa yang akak dapat..korang pun nanti akan dapat mcm ni jugak..pastikan print ataupun simpan softcopy Visa ni..tapi masa akak bawak tak guna pun sebab semua dah rekod dalam kita punya ETA tu..



Persediaan bekal makanan memang akak buat. Walaupun memang banyak blog cerita benda menakutkan kata makanan tak boleh bawak masuk la..nanti kena scan dengan anjing la..lepas tu makanan semua kena buang la..kena soal siasat macam- macam soalan la..so akak pun jadi takut..tapi bila tak bawak stok makanan jenuh jugak nak beli kat sana..bukan semua ada barang halal kat sana..so akak decide untuk buat senarai bahan makanan yang nak dibawak dan bawak yang mana boleh..nanti senarai akak bagi contoh yer..so memang lebih mudah nak lepas kat imigresen bila korang buat senarai complete apa makanan dan ubat yang korang bawa..memang Australia dan New Zealand negara yang strict bab bahan yang masuk ke negara. So setiap makanan yang nak bawak kena declare..ikut senarai yang dibenarkan. Kalau bahan yang tak dibenarkan jangan la nak bawak..cari kat sana ja..akak bawak makanan yang mudah dan siap packaging dan ada sticker bahan- bahan dari makanan tu..





ok so akak akan cerita part jalan2 akak lepas ni yer..jenuh akak dah ni..penat menaip..hihi
babai