Showing posts with label september. Show all posts
Showing posts with label september. Show all posts

Wednesday, 11 October 2017

OSAKA PART 5- 27 September 2017

Hari ni kami dah packing untuk balik..homestay kena check out pukul 11am..memandangkan byk jugak souvenir kami tak beli..so kami decide untuk kembali ke tempat nama dia Nara..haha...mula2 ingat nak ke Arashiyama ja..tp takut tak sempat..sebab lg jauh dr Nara..So kami decide untuk tak pergi ke Rinku Premium Outlet sbb nak kena beli jugak brg2 untuk kawan2..so pagi tu kami check out awal..tapi sebelum balik kami gagahkan juga tanya kat kaunter Namba tu minta dia call kot2 la terjumpa jugak barang kami yang hilang dalam train tu..kecewa sbb mmg tak jumpa..

Ok ..kami teruskan letak beg2 semua dalam locker seperti biasa..kami naik train line Kintetsu- Nara..sejam jugak nak sampai sana..kami naik Limited Ekspress terus..sampai jer sana mmg dah target kedai2 yang kami tau untuk beli barang..mmg mahal skit dr Arashiyama..tp apa boleh buat..tu la nasibnya kalau tangguhkan beli souvenir ni..haha sbb nak riki2 harga dulu punya pasal..so mmg mahal gak baju budak yang tulis JAPAN tu..lebih kurang 1400JPY..lagi mahal dr baju JAPAN org dewasa 1080JPY jer..haha tapi apa nak buat..xder choice..so kami beli je..

Then kami decide untuk balik terus sbb nak makesure sampai airport sebelum pukul 1.00petang..flight pukul 4..sbb byk lg urusan di Kansai Airport..then pukul 11.30 pagi camtu kami naik train balik ke Osaka- Namba untuk amik beg dan say goodbye kat Namba..Sampai di aiport lebih kurang pukul 1.30 petang..kami terus check in beg2 dan pegi solat di surau airport...then kami lunch kat kedai halal di airport..sedap gak makanan dia..level 2F dalam airport tu..nama kedai tu The Udon..

kitty besaq xleh bawak balik

aina jumpa pikachu..wafiq dah mula nak suruh beli mainan dah tu..

makan set mini kat dalam kapal

main dalam kapal..pemadam bentuk sushi dan org kimono ..

perut kenyang hati senang

lunch Udon sebelum balik Malaysia

lorong nak jalan masuk homestay..ada 7e kat situ

Alhamdulillah semua selesai kami masuk dan selamat sampai ke Malaysia jam 11malam..dan esok nya baru naik flight ke Kedah..jam 7.20 pagi..alhamdulillah seronok sgt dapat ke jepun..inshaAllah ada duit simpanan lebih akan terbang lagi ke Jepun...

Tapi sebelum aku tamatkan cerita aku nih..aku nak story lagi satu kisah sedih..sampainya aku ke airport KLIA2 aku bukak jer whatsapp group..berita buruk aku terima..kawan aku Shakirah Mohd Amin telah pergi menghadap Ilahi..jam 8.57malam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar..Arwah meninggalkan 2 org anak..sorang tu OKU dan sorang perempuan usia 6 tahun..Jiran aku dan juga geng kelas master ..Arwah hidap kanser tahap 4..mmg arwah org yang sgt baik..sgt kuat hadapi kanser..arwah pernah cerita dia hidap kanser payu dara pada tahun 2015 dan disahkan sihat pada tahun 2016..selepas dah operate buang semua sel kanser..tapi masa kami cuti semester 2 bulan Mei 2017, arwah mula batuk dan beberapa kali operate untuk buang air dalam paru2.katanya kanser tu datang balik dan serang dengan cepat...arwah sempatla tunjukkan rumah dia..aku pegi melawat rumah dia..jiran setaman..kanser tu buat dia lagi kuat dan hadapi dengan tabah..orang beriman..baik sgt..tp tu la Allah sayangkan arwah..dia pergi jugak selepas bertarung nyawa..moga Allah tempatkan arwah di kalangan org beriman...alfatihah...amin

Alfatihah untuk Arwah Shakirah..kenangan akhir melawat arwah di KMC

Baca Osaka Part 4


Monday, 9 October 2017

OSAKA PART 4- 26 September 2017

hai kengkawan...akak free skit nak habiskan cerita bab Osaka ni...dah hilang skit migrain ni..hmmm nasib baik masa pegi Osaka tak migrain..kalau tak jenuh telan panadol..

ok hari ni akak bangun pagi awal..lepas subuh pukul 5 pagi mmg akak tak tidor..sambung masak sarapan pagi..pagi ni masak megi sedap yang goreng tuu dan nasi lauk ayam Brahim..haha..pastu akak makan megi kuah pedas tomyam yang Thai tu..sedap sampai bengkak bibir kau..haha 

Lepas semua sarapan kami siap2 nak keluar jejalan..cuaca ok dan elok..pakai tshirt biasa jer sbb cuaca panas dan dingin angin..so kami keluar lebih kurang pukul 8.30 pagi sebab pagi ni nak pergi ke Arashiyama Bamboo Grove dan Osaka Castle...Arashiyama tu perjalanan jauh sejam jugak la..naik dr Osaka Namba- Katsura (Hankyu -Kyoto Line) then kami turun amik subway dr Katsura ke Arashiyama..Sebenarnya ada lg 1 station dekat dengan bamboo groove tu tapi kami sengaja tak amik sbb nak jalan sejauh 1.4 km ke Arashiyama Bamboo Groove tu sambil menikmati suasana indah sepanjang jalan tu..mmg best..nampak sungai..cantik..dengan deretan rumah jepun..kedai2 dan jugak wanita jepun jalan pakai kimono..en suami kata diaorg dibayar untuk pakai kimono dan jalan2 area situ untuk kekalkan budaya pakaian diaorg..haha xtau la betul ke tak sbb aku tengok diaorg patah balik jalan sana sini..maybe la kot...






masa sampai station Katsura tu aku terima whatsapp dr group family sebelah mak aku di Kedah yang menyatakan 'assalam..chu dam dah meninggal'...Allahuakbar..mmg aku tersentap dan menangis sepanjang perjalanan train ke Arashiyama..dan aku rasa sgt terkilan sbb berada di Jepun..tak dapat balik support family di sana..aku call mak aku..mmg suasana di sana sgt pilu..tangisan semua org aku dengar..padahal hari Jumaat sebelum aku bertolak ke Osaka tu aku dah pergi jenguk arwah Chu aku..dia sihat ja..dapat sembang dgn aku elok..laporan kematian katanya kerosakan buah pinggan secara mendadak..dan tak tulis sbb apa..yg aku tahu sbb virus kencing tikus..mmg pemergian arwah mengejut..episod aku kat arashiyama mmg hari yang sedihla..alfatihah untuk arwah chu dam...dia pergi mengejut tinggalkan tokwan, maksu dan anak 3 org...di usia 43 tahun...

Moga Arwah Chu di tempatkan dalam kalangan org beriman..Amin

Mujurlah pemandangan sepanjang jalan tu buat aku tenang dan rasa sgt yang ciptaan semua ni hanya sementara dan Allah hanya pinjamkan sekejap ja utk kita semua..keindahan sepanjang hidup dunia ni hanya pinjaman dan untuk kita nikmati dan mensyukuri..suatu hari nanti aku pun aku pergi jugak..harap keluarga kami tabah hadapi...lepas je jalan dalam bamboo groove sepanjang 2km kami decide untuk naik train keliling sungai yang cantik..nama dia Sagano Romantic Train..harga train kalau tak silap 620JPY one way..kami amik return sbb dah xmau masuk semula dlm bamboo groove tu ..train turun di tempat dengan kawasan membeli souvenir Saga Arashiyama..tapi sebelum tu aku nak ingatkan korang..kat tempat tunggu nak naik Sagano train tu ada kedai jual beg dan baju japan..murah sgt..aku cekau la beg utk kengkawan aku..tp sayang aku tak amik byk..rugi sgt..tshirt budak tu pun rugi tak amik..850JPY jer..xjumpa tempat lain murah..huhu lps tu jalan kat luar kedai2 tu mmg xjumpa dah yang murah tau..nyesal..huhu


view cantik..kalau musim sakura dgn autumn penuh lg lawa





rumah cantik lepas turun train saga arashiyama

beg yang murah 3 (1080JPY) souvenir kawan2

Lepas tu kami turun dan jalan ke station Arashiyama dan amik train nak ke Osaka Castle sbb hari 1st tak sempat ke sana..dari Arashiyama kami ke katsura..katsura ke station Tanimachi Chome...so kami jalan kaki ke Osaka Castle..walaupun penat dan letih..gagah jugak pegi sbb tempat wajib pegi kalau dah sampai Osaka..kami cuma amik gambar kat luar sebab xlarat jalan dah...okla asalkan dapat tengok keindahan istana diaorg...


Makan epal sedap gila ...beli kat kedai sebelum balik dr Katsura Station

Lepak lunch sebelum sampai ke Osaka Castle
Anak2 main bila makbapak makan







Cantik bangunan depan tu..

Habis jalan tu mmg penatla ooi..total jalan kaki 14km jugak..lepas tu kami balik homestay..malam rest dan kemas barang sbb esok dah nak check out..sad and hepi day..end the day di homestay dengan megi panaih dan nasi lauk sardin dan teluq goreng...

Baca jugak Osaka Part 2

Sunday, 8 October 2017

OSAKA PART 3 - 25 September 2017

Assalamualaikum

Sementara ingatan aku masih segar..so aku paksa diri tulis gak pasal Osaka Part 3 ni..hihi maap..
so hari ni kami cadang nak ke Nara..tempat org kata tengok rusa dalam pekan tu..so hari ni mmg nak pakai Kansai Thru Pass dah sbb luar dari Osaka..Jauh sejam gak perjalanan train...kat sana punya la moden ..train tu ada jenis subway (henti2 station), express (laju tapi stop gak station) , limited express (laju dan stop 1/2 station ja),  dan banyak lagi la...basement diaorg mcm ada kehidupan lain..bertingkat2 train diaorng..lapis2 tu xleh nak cerita..hoho moden gaban....so kami bangun pagi aku masakkan sarapan dulu..kami makan nasi lauk Brahim, ikan bilis kering, sardin dan roti jem kaya untuk aina..so aku buat lebih untuk kami makan tengahari jugak...

Pagi tu kami keluar jam 9.00 pagi..tak awal sgt sbb kami xnak rushing dan relax2 jer jalan2...Dari Osaka Namba Station ke Nara kami naik train (Kintetsu Line warna Biru) .. sejam perjalanan..campur dengan encik suami buat suspen turun 2 station terakhir gara- gara tak paham announcement in Japan language..haha..sib baik abg train paham dan ajar kami...alhamdulillah sampai Nara...cantik betul pekan diaorg..wlupun ramai org tapi sgt bersih..kagum aku dengan sifat bersih diaorg...rusa pun bersih..hihi wlupun byk rusa dilepaskan tapi taman diaorg bersih...

Depan homestay..bina bangunan..senam dulu sebelum mula kerja

Jalan kaki ke Namba Station


Rusa relax



So lepas jalan kami shopping skit ja sbb ingatkan kat tempat lain boleh la beli lagi..tapi rupanya kat Nara lagi murah..fridge magnet boleh dapat 172JPY..kalau tempat lain 300++JPY..baju 1080JPY...cuma baju budak jer mahal sbb xder jual...nyesal aku xbeli awal barang2 survenior .. so kami jalan2 dan makan aiskrim ja kat sini..xberani nak lunch sbb byk rusa lapar.. hahaha

Tapi kawasan sgt cantik ...tepi station train tu skit ada kawasan gerai yang comel2..ala2 english punya kawasan..aku suka sgt..tp aku xamik gambar pulak..uhuhuhu...lepas tu kami naik train sbb nak pegi Kobe ..yang mana kawasan tu jauhnya 1 jam 20 minit gak dr Nara..Kami naik Kintetsu Line Biru (Nara- Kobe Sanomiya) Train ni limited express terus dr Nara ke Kobe..guna Kansai Thru Pass..jauh gak..jenuhla lena dalam train..So sampai je Kobe kami ke Kobe Nunobiki Herb Garden & Ropeway dan Masjid Kobe..

Kat sini kami ke herb garden dekat dengan station sanomiya tu..naik cable car ke atas dan turun bawah jalan kaki ke level 1 punya cable car..cantik..kalau musim bunga dgn betul2 autumn lagi cantik rasanya..so kami berkelah dengan bekal kami bawak tu di garden ni la...lawa sgt pemandangan..subhanallah...cantik...












So lepas ni kami nak ke Masjid Kobe..sebab dah lewat malam..dan belum lagi solat jamak..then kami bergegas la nak ke masjid kobe ni..kansai thru pass ni sebenarnya boleh guna bas dalam kawasan kobe..tapi sbb internet slow dan xtau mana nak cari station bas ke Masjid Kobe kami decide untuk jalan kaki ja sejauh 1.4km...jauh kan..haha demi solat jamak asar dan zohor kami..tp alhamdulillah sepanjang perjalanan tu indahnya kobe ni..rumah..kedai..jalan bersih dan ala2 english..mmg xjemu jalan..Allahuakbar...best sgt xleh nak gambarkan...dapat solat zohor- asar-magrib dan isyak..kami tunggu dlam masjid sampai magrib..sempat juga org Malaysia yng dtg ke Kobe..dr negeri Sembilan..mmg borak lama gak dlm masjid tu dengan diaorg...


Macam pokok zaitun..siap ada buah








Lepas tu kami dah plan nak gi cari makanan jepun..takoyaki..rugi la kan datang jepun tp tak rasa makanan diaorg..so kami pilih nak ke Matsuri Japanese Food di Fukushima ..lokasi aku tak ingat..encik suami yang search dan kami ke sana jalan kaki dr station ..yang ingat kami naik dari Shinkobe Station ke station apa tah..then tukar train Hanshin Line hijau yang otw ke Namba Osaka..restoran ni serve halal food..so kami gagahkan diri juga pergi..berbaloi makan...sedap giler..ramen curry pun sedap...takoyaki dia punya la melt..tak jumpa cari kat Kedah ..hihi



Ramen Curry

Handmade Takoyaki Ball

Seafood okonomiyaki
Choya Ume Soda

Selesai makan..sedap..kenyang..best..so kami decide untuk balik terusla..dah lewat..pukul 10 malam dah time tu..letihla ..jarak jalan 14km...kurang skit sbb byk naik train..hihi..

Nak baca sebelumnya Osaka Part 1