Wednesday 11 October 2017

OSAKA PART 5- 27 September 2017

Hari ni kami dah packing untuk balik..homestay kena check out pukul 11am..memandangkan byk jugak souvenir kami tak beli..so kami decide untuk kembali ke tempat nama dia Nara..haha...mula2 ingat nak ke Arashiyama ja..tp takut tak sempat..sebab lg jauh dr Nara..So kami decide untuk tak pergi ke Rinku Premium Outlet sbb nak kena beli jugak brg2 untuk kawan2..so pagi tu kami check out awal..tapi sebelum balik kami gagahkan juga tanya kat kaunter Namba tu minta dia call kot2 la terjumpa jugak barang kami yang hilang dalam train tu..kecewa sbb mmg tak jumpa..

Ok ..kami teruskan letak beg2 semua dalam locker seperti biasa..kami naik train line Kintetsu- Nara..sejam jugak nak sampai sana..kami naik Limited Ekspress terus..sampai jer sana mmg dah target kedai2 yang kami tau untuk beli barang..mmg mahal skit dr Arashiyama..tp apa boleh buat..tu la nasibnya kalau tangguhkan beli souvenir ni..haha sbb nak riki2 harga dulu punya pasal..so mmg mahal gak baju budak yang tulis JAPAN tu..lebih kurang 1400JPY..lagi mahal dr baju JAPAN org dewasa 1080JPY jer..haha tapi apa nak buat..xder choice..so kami beli je..

Then kami decide untuk balik terus sbb nak makesure sampai airport sebelum pukul 1.00petang..flight pukul 4..sbb byk lg urusan di Kansai Airport..then pukul 11.30 pagi camtu kami naik train balik ke Osaka- Namba untuk amik beg dan say goodbye kat Namba..Sampai di aiport lebih kurang pukul 1.30 petang..kami terus check in beg2 dan pegi solat di surau airport...then kami lunch kat kedai halal di airport..sedap gak makanan dia..level 2F dalam airport tu..nama kedai tu The Udon..

kitty besaq xleh bawak balik

aina jumpa pikachu..wafiq dah mula nak suruh beli mainan dah tu..

makan set mini kat dalam kapal

main dalam kapal..pemadam bentuk sushi dan org kimono ..

perut kenyang hati senang

lunch Udon sebelum balik Malaysia

lorong nak jalan masuk homestay..ada 7e kat situ

Alhamdulillah semua selesai kami masuk dan selamat sampai ke Malaysia jam 11malam..dan esok nya baru naik flight ke Kedah..jam 7.20 pagi..alhamdulillah seronok sgt dapat ke jepun..inshaAllah ada duit simpanan lebih akan terbang lagi ke Jepun...

Tapi sebelum aku tamatkan cerita aku nih..aku nak story lagi satu kisah sedih..sampainya aku ke airport KLIA2 aku bukak jer whatsapp group..berita buruk aku terima..kawan aku Shakirah Mohd Amin telah pergi menghadap Ilahi..jam 8.57malam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar..Arwah meninggalkan 2 org anak..sorang tu OKU dan sorang perempuan usia 6 tahun..Jiran aku dan juga geng kelas master ..Arwah hidap kanser tahap 4..mmg arwah org yang sgt baik..sgt kuat hadapi kanser..arwah pernah cerita dia hidap kanser payu dara pada tahun 2015 dan disahkan sihat pada tahun 2016..selepas dah operate buang semua sel kanser..tapi masa kami cuti semester 2 bulan Mei 2017, arwah mula batuk dan beberapa kali operate untuk buang air dalam paru2.katanya kanser tu datang balik dan serang dengan cepat...arwah sempatla tunjukkan rumah dia..aku pegi melawat rumah dia..jiran setaman..kanser tu buat dia lagi kuat dan hadapi dengan tabah..orang beriman..baik sgt..tp tu la Allah sayangkan arwah..dia pergi jugak selepas bertarung nyawa..moga Allah tempatkan arwah di kalangan org beriman...alfatihah...amin

Alfatihah untuk Arwah Shakirah..kenangan akhir melawat arwah di KMC

Baca Osaka Part 4


No comments:

Post a Comment