Monday 9 October 2017

OSAKA PART 4- 26 September 2017

hai kengkawan...akak free skit nak habiskan cerita bab Osaka ni...dah hilang skit migrain ni..hmmm nasib baik masa pegi Osaka tak migrain..kalau tak jenuh telan panadol..

ok hari ni akak bangun pagi awal..lepas subuh pukul 5 pagi mmg akak tak tidor..sambung masak sarapan pagi..pagi ni masak megi sedap yang goreng tuu dan nasi lauk ayam Brahim..haha..pastu akak makan megi kuah pedas tomyam yang Thai tu..sedap sampai bengkak bibir kau..haha 

Lepas semua sarapan kami siap2 nak keluar jejalan..cuaca ok dan elok..pakai tshirt biasa jer sbb cuaca panas dan dingin angin..so kami keluar lebih kurang pukul 8.30 pagi sebab pagi ni nak pergi ke Arashiyama Bamboo Grove dan Osaka Castle...Arashiyama tu perjalanan jauh sejam jugak la..naik dr Osaka Namba- Katsura (Hankyu -Kyoto Line) then kami turun amik subway dr Katsura ke Arashiyama..Sebenarnya ada lg 1 station dekat dengan bamboo groove tu tapi kami sengaja tak amik sbb nak jalan sejauh 1.4 km ke Arashiyama Bamboo Groove tu sambil menikmati suasana indah sepanjang jalan tu..mmg best..nampak sungai..cantik..dengan deretan rumah jepun..kedai2 dan jugak wanita jepun jalan pakai kimono..en suami kata diaorg dibayar untuk pakai kimono dan jalan2 area situ untuk kekalkan budaya pakaian diaorg..haha xtau la betul ke tak sbb aku tengok diaorg patah balik jalan sana sini..maybe la kot...






masa sampai station Katsura tu aku terima whatsapp dr group family sebelah mak aku di Kedah yang menyatakan 'assalam..chu dam dah meninggal'...Allahuakbar..mmg aku tersentap dan menangis sepanjang perjalanan train ke Arashiyama..dan aku rasa sgt terkilan sbb berada di Jepun..tak dapat balik support family di sana..aku call mak aku..mmg suasana di sana sgt pilu..tangisan semua org aku dengar..padahal hari Jumaat sebelum aku bertolak ke Osaka tu aku dah pergi jenguk arwah Chu aku..dia sihat ja..dapat sembang dgn aku elok..laporan kematian katanya kerosakan buah pinggan secara mendadak..dan tak tulis sbb apa..yg aku tahu sbb virus kencing tikus..mmg pemergian arwah mengejut..episod aku kat arashiyama mmg hari yang sedihla..alfatihah untuk arwah chu dam...dia pergi mengejut tinggalkan tokwan, maksu dan anak 3 org...di usia 43 tahun...

Moga Arwah Chu di tempatkan dalam kalangan org beriman..Amin

Mujurlah pemandangan sepanjang jalan tu buat aku tenang dan rasa sgt yang ciptaan semua ni hanya sementara dan Allah hanya pinjamkan sekejap ja utk kita semua..keindahan sepanjang hidup dunia ni hanya pinjaman dan untuk kita nikmati dan mensyukuri..suatu hari nanti aku pun aku pergi jugak..harap keluarga kami tabah hadapi...lepas je jalan dalam bamboo groove sepanjang 2km kami decide untuk naik train keliling sungai yang cantik..nama dia Sagano Romantic Train..harga train kalau tak silap 620JPY one way..kami amik return sbb dah xmau masuk semula dlm bamboo groove tu ..train turun di tempat dengan kawasan membeli souvenir Saga Arashiyama..tapi sebelum tu aku nak ingatkan korang..kat tempat tunggu nak naik Sagano train tu ada kedai jual beg dan baju japan..murah sgt..aku cekau la beg utk kengkawan aku..tp sayang aku tak amik byk..rugi sgt..tshirt budak tu pun rugi tak amik..850JPY jer..xjumpa tempat lain murah..huhu lps tu jalan kat luar kedai2 tu mmg xjumpa dah yang murah tau..nyesal..huhu


view cantik..kalau musim sakura dgn autumn penuh lg lawa





rumah cantik lepas turun train saga arashiyama

beg yang murah 3 (1080JPY) souvenir kawan2

Lepas tu kami turun dan jalan ke station Arashiyama dan amik train nak ke Osaka Castle sbb hari 1st tak sempat ke sana..dari Arashiyama kami ke katsura..katsura ke station Tanimachi Chome...so kami jalan kaki ke Osaka Castle..walaupun penat dan letih..gagah jugak pegi sbb tempat wajib pegi kalau dah sampai Osaka..kami cuma amik gambar kat luar sebab xlarat jalan dah...okla asalkan dapat tengok keindahan istana diaorg...


Makan epal sedap gila ...beli kat kedai sebelum balik dr Katsura Station

Lepak lunch sebelum sampai ke Osaka Castle
Anak2 main bila makbapak makan







Cantik bangunan depan tu..

Habis jalan tu mmg penatla ooi..total jalan kaki 14km jugak..lepas tu kami balik homestay..malam rest dan kemas barang sbb esok dah nak check out..sad and hepi day..end the day di homestay dengan megi panaih dan nasi lauk sardin dan teluq goreng...

Baca jugak Osaka Part 2

No comments:

Post a Comment