Thursday, 16 April 2020

COVID -19 DI TAHUN 2020

Nak simpan jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk dibaca di tahun² hadapan 😬
Dan Tak lupa untk diceritakan kepada anak anak..


Takkan sesekali di lupa ....

18 MAC -  31 MAC 2020  fasa 1
01 APR - 14 APR2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾...

📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan

📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. 

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta 

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.

📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.

📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.

📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
🤗🤗🤗

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

#copyNpaste
#forMyReference
#KitaJagaKita
#StayATHome
#2020

Wednesday, 8 April 2020

RESEPI ROTI HOMEMADE MUDAH

Assalamualaikum

Hai ...hari  ni ummi rosa nak tunjuk resepi buat roti atau bun atau roti putih ..almaklumlah sekarang waktu PKP semua resepi muncul kat facebook.. lepas tu kena pulak roti putih ala- ala Gardenia tu habis memanjang kat pasaran. Macam emas pulak kan..

So ummi Rosa pujuk suami pi cari tepung roti kat kedai barang kek JH Bakery Ingridients kat Cmart BDI tu..ha..suami ummi Rosa bawak balik 2kilo tepung roti.. mau tak mau kena la rajin uli tepung..

Ok jom ummi Rosa ajar cara nak buat roti..ummi jugak tulis sini supaya ummi tak lupa bila nak buat semula resepi ni.. lagipun ummi pun google ja resepi.. kawan kawan boleh google jer untuk tengok resepi ya.. sebab ummi pun sejenis ingkar resepi..asalkan jadi dan boleh makan plus suami puji sedap...😅😅

Ini bun ummi rosa yang dah siap


Sarapan anak anak ummi dengan bun sosej

Ummi cuba kaedah water roux atau ibu roti atau TangZhong atau nama lain Yu- dane sebab water roux ni melembutkan roti dan buat roti tahan lama lembutnya dan jadi anjal. Teknik ni digunakan oleh orang China dulu untuk buat mee dan kulit dumpling.

Bahan untuk buat water roux

1/3 cawan tepung roti
3/4 cawan air atau susu

Ummi guna air jer sebab susu habis aina minum sembunyi..ummi beli untuk buat kek, tapi dia suka..so habis dia minum..

Cara buat water roux

1. Masukkan air atau susu dan tepung dalam kuali 
2. Kacau dulu bagi adunan bercampur elok
3. Letakkan atas api perlahan dan kacau sehingga pekat dan nampak nak jernih tu..jernih ala berkilat tu. Tapi ummi punya dah tak jernih ..sebab ummi malas 😅😅
4. Biarkan adunan ni sejuk suhu bilik yer
5. Adunan ni boleh simpan dalam peti selama 3 hari selagi tak bertukar warna.
6. Bila nak guna semula keluarkan dan biar lembut skit dan boleh masukkan dalam adunan roti

Water roux yang ummi buat

Bahan buat roti atau bun

1. 3 cawan tepung roti
2. 1 biji telur saiz A
3. 1 1/2 sudu teh yis
4. 1/3 cawan gula castor
5. 1 cawan air/susu
6. 2 sudu besar water roux
7. 2 sudu besar susu tepung
8. 2 sudu besar mentega
9. 1 sudu teh garam

Caranya

1. Campur semua bahan kat atas tu dan mixer sampai adunan sebati
2. Adunan memang melekat dengan tangan yer..roti akan jadi lembut dan gebu
3. Tutup adunan dengan kain lembap atau plastik wrap selama 1 jam untuk doh kembang
4. Selepas 1 jam doh kembang..tumbuk doh dan uli jadi bulat atau boleh buat ikut suka bentuk
5. Leperkan doh dan gulung bagi sama untuk pastikan doh tak berlubang dalam

Buat mcm ni dan gulung

Sebelum doh kembang

Doh yang kembang masuk oven untuk bakar


6. Susun dalam tray dan bertutup selam 40 minit untuk roti tadi kembang skit lagik
7. Sapukan atas roti dengan telur yang dicampur dengan susu untuk cantikkan roti dan jadi lembut
8. Bakar roti tu dengan suhu 180° celcius selama 20minit. Api oven atas bawah yer buka. Suhu dan masa ikut jenis oven korang yer..kena kenal oven korang jenis camner
9. Untuk make sure jadi gelap atas tu..bila dah nk masak korang bukak api atas 2 minit
10. Angkat roti dan glaze atas roti dengan butter untuk kilatkan roti dan roti lembut di bahagian atas
11. Tunggu roti sejuk dulu baru potong yer. Kalau tidak roti jadi berderai atau kasar bahagian dalam
12. Siap dah boleh makan..homemade roti anak mesti suka..

Ni semua pelbagai roti yang ummi buat guna doh yang sama. Buat petang keesokannya pun masih kekal lembut dan anjal.







Ok semua..jangan lupa cuba na..kalau tak takkan jadi ler roti sedap camni..kedai pun tak dapat tau roti sedap camni..😅😅😅






Saturday, 4 April 2020

RESEPI APAM BALIK PASAR MALAM

Hai kawan- kawan..dah masuk fasa 2 dah ni untuk PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Masih berbaki lagi 11 hari kita kat rumah. Semoga wabak covid 19 ni berakhir dalam fasa 2 kita berkurung ni la kawan- kawan.
Kalau tidak berpuasa dan beraya di rumah la gamaknya tahun 2020 ni. Dah 17 hari jugak la ibu- ibu memasak macam- macam resepi. Kalau scroll facebook tu resepi segala mak nenek keluar. 

So ibu ibu mencuba macam- macam resepi termasuk la ummi rosa..haha..setiap hari ummi akan buat sarapan dengan cubaan pelbagai resepi termasukla desert minum petang. 

So pagi ni ummi rosa cuba buat apam balik versi pasar malam..ummi memang suka makan apam balik pun..letak jagung banyak..jom tengok cara ummi buat apam balik

Yang hangit tu biasala..ummi buat kerja dengan aatiyah..so sentiasa lajak masa ..haha

Resepi apam balik versi ummi rosa

Bahan- bahan

1. 2 cawan tepung gandum
2. 1 sudu kecil baking powder
3. 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
4. 1 biji telur 
5. 1 1/2 cawan air
6. 1/2 cawan gula pasir
7. 2 sudu besar marjerin yang dicairkan
8. Kacang hancur ikut suka 
9. Jagung manis dalam tin

Cara- cara

1. Campur semua bahan iaitu tepung gandum, gula, soda bikarbonat, baking powder, air, telur dan marjerin 
2. Kacau rata bahan- bahan atas tu
3. Panaskan kuali non stick
4. Tuangkan adunan tadi dalam kuali, adunan tu kena bagi sebesar kuali tau
5. Lepas tu bila nampak adunan tadi muncul buble tu..boleh letak topping
6. Sapu sedikit marjerin, 1 sudu gula tabur atas tu, then tabur lagi 1 sudu kacang dan last letak jagung manis..kalau suka letak lebih. Pastikan jangan letak jagung banyak sangat nanti melebeh apam balik kiter
7. Lipat adunan yg dah masak.
8. Angkat dan boleh makan 

Yang ni ummi tak letak kacang sebab aina tak suka makan kacang

Abaikan kuali ummi yang buruk tu..yang ini ummi lipat tak tunggu dah warna gelap sikit sebab ummi lenguh berdiri dah..😅😅

Hati hati panas tu..melecur lidah

Adunan ni ummi dapat 5 biji apam balik sebab kuali ummi kecik jer..

Sedappp..selamat mencuba tau...

Saturday, 28 March 2020

RESEPI CAPATI GANDUM MUDAH

Resepi capati gandum ni ummi rosa ambil dari facebook Kak MJ.. memang ummi kena share sebab ummi sejenis yang lupa cara nak buat makanan tu bila nak buat pula kali kedua..haha..sejenis pelupa...

So ummi letak sini untuk rujukan akan datang..siapa nak buat pun boleh..


Bahan- bahan:

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar buttercup atau marjerin
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air panas mendidih
Tepung untuk dusting

Cara- caranya :

1. Ummi campur bahan tepung, marjerin dan garam.
2. Kacau atau gaul sampai sebati
3. Masukkan air panas didih tadi tu
4. Gaul sampai sebati adunan dan tak melekat tangan..gaul dengan senduk tau..sebab panas sangat..hihi
5. Buat semua doh jadi bentuk bulat bg saiz sama
6. Dapat dalam 10 ketul.
7. Canai bagi nipis setiap satu
8. Bakar atas kuali dengan api sederhana
9. Boleh makan panas- panas dengan sambal bilis/ sardin atau susu pekat..

Semasa doh panas jadi macam ni.memang doh tak melekat kat tangan sebab guna air panas didih

Buat bulat. Ummi dapat 8 ketul jer sebab ummi malas buat banyak 

Canai jadi nipis macam ni sambil letakkan tepung 

Ummi dapat camni..bentuk tak elok bulat..rupa tak cantik asalkan boleh makan😁🤤

Tadaaaa...siap dah..ummi makan dengan sambal bilis dan sardin semalam yang tak habis..dappppp...🤤

Jangan lupa buat tau...sedap dan tak berminyak sangat...




Cara buat boleh tgk video ye 😸😘🥰

Friday, 27 March 2020

RESEPI PAU LABU BY UMMI ROSA

Ummi suka buat pau sepanjang cuti 90 hari jaga aatiyah ni. Tiba tiba ummi rasa nak sangat makan pau labu..so ummi mula google cara resepi pau labu dan ummi ubah ikut suka ummi..

Macam biasa..ummi sejenis yang suka ingkar resepi..haha ummi akan buat ikut suka ummi..sukatan pun korang jangan percaya sangat .kalau nak tiru boleh tapi jangan marah ummi bila tak jadi tau..

Ummi suka campak campak ja bahan..kalau tak jadi ummi campak terus semua belakang rumah..tanpa siapa sedar pun yang ummi buat tu...haha..

Resepi ummi sama ja dengan pau coklat dan pau pandan sebelum ini. Yang beza ummi tukar dengan pureee labu..gantikan semua dengan labu....


Jom tengok resepi ummi ya  ..

Resepi pau labu 

4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil mauripan
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula
1 cawan pure labu
1 sudu besar shortening

Cara caranya:

- Belah labu jadi 2 bahagian..buang biji labu...lepas tu kukus labu tu sehingga lembut. Korek isi labu tadi dan kisar jadi halus
- Gaul smua bahan di atas
- Uli jadi doh.. Uli lama sehingga doh tak melekat di tangan...nak mudah guna food processor ja..ummi malas nak uli lama lama dengan tangan
- Buat bulat- bulat bagi sama saiz.
(Ummi buat jenis letak inti dan sejenis lagi jadi bentuk bunga ros takder inti)
- Letak inti..ummi buat inti pure labu dan letak dalam doh bulat tu..
- Peram 1 jam.. kalau yang bentuk bunga ros tu ummi suggest takyah peram lama sebab nanti hilang bentuk bunga..lepas bentukkan terus kukus ya..
- Kukus 7 ke 8 minit
- siap angkat..sejukkan dan boleh makan..sedap dan gebu sebab pure labu tu tau..

Dalam resepi ni ummi tak letak air sebab pure labu tu pun dah banyak air masa kukus..

Resepi Inti puree labu

Bahan-bahan :

- 1 tin susu sejat jenama apa pun takper
- 1 cawan puree labu
- 1 cawan gula halus atau gula kastor. boleh tambah sedikit jika nak manis
- 3 sudu besar mentega
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

- Campurkan semua bahan dan kacau
- Kacau dan pekatkan diatas api..guna api perlahan
- Kacau sampai pekat
- Kacau sebati dan tutup api..sejukkan

Pau frozen yang ummi nak kukus

Hasilnya....tadaaaaaa...lembut dan gebusss

Jom makan..


Pau labu bentuk bunga ros..yang ni ummi tak letak inti..ummi lapik ja dengan kertas minyak..apa yang ada ka ummi sambar.. takder masa nak membeli yang baru

Kuning semua kan..sebab labu ..ummi tak letak pewarna sebab ummi suka bahan semulajadi..khasiat dan selamat..dah nama homemade kan..nasib baik ummi tak tanam pokok labu sekali..haha 😅😅


Jangan lupa buat tau pau ni tau..

Thursday, 26 March 2020

RESEPI PAU SIMPLE BY UMMI ROSA

Cuti cuti ni ummi rajin memasak..segala jenis resepi ummi google tengok..tapi ummi pilih resepi yang mudah mudah ja..

Asalkan jadi dan boleh makan..anak anak ummi rosa makan ja apa ummi rosa buat..selebihnya ummi akan simpan untuk frozen dan boleh makan banyak kali...

Nah ummi bagi resepi.. 😊

Resepi Pau
3 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil mauripan
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula

Cara caranya:

- Gaul smua bahan di atas
- Masukkan air 1 cawan
- Uli jadi doh.. Uli lama sikit.. Tu yang buat pau jadi gebu tu
- Buat bulat- bulat bagi sama saiz.
- Letak inti..ummi buat inti coklat dan letak. 
- Peram 1 jam.. 
- Kukus 7 ke 8 minit

Resepi Inti coklat 

Bahan-bahan :

- 1 tin susu sejat jenama apa pun takper
- 1 cawan air suam
- 1 cawan gula halus atau gula kastor. boleh tambah sedikit jika nak manis
- 3 sudu besar mentega
- 4 sudu besar serbuk koko..jangan letak banyak..nanti pahit..
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

- Campurkan susu,koko, gula, air suam dan tepung jagung dan kacau
- Kacau dan pekatkan diatas api..guna api perlahan
- Kacau sampai pekat
- Campurkan mentega dan esen vanilla
- Kacau sebati dan tutup api..sejukkan
  
Untuk makan ummi terus hidangkan..selebihnya ummi rosa masukkan dalam plastik dan frozenkan dalam peti sejuk..kalau nak makan nanti kukus jer semula 

Hasilnya..ummi delete dah semua gambar asal..tinggal yang edit jer..phone cabuk ummi tak boleh simpan data banyak..huhu...

Jangan lupa buat tau pau ni..selamat mencuba..


NUGGET HOMEMADE BY UMMI ROSSA

Homemade nugget ayam + carrot utk minum petang dan bekal sekolah esok..buat frozen ..puas hati buat sendri..anak makan pun puas hati..besaq gedabak..lain kali buat bentuk2 pulak..😂😂😂kat bawah ni sj share resepi sbb takut nnti nak buat pulak ummi rosa yg lupa..😓

Blender semua bahan ni:
1) ayam part dada 1kg (cincang halus)
2) bawang holland 1 biji
3) carrot 1 batang (potong2)
4) garam 1 sudu kecik
5) gula 1 sudu kecik
6) lada putih skit
7) telur 4 biji
8) roti gardenia 4 keping (racik2)

-lepas blender ..masuk dlm bekas dan kukus 1 jam..
- lepas tu biar sejuk kejap..potong ikut suka
- then celup dlm tepung gandum--> telur putih--> bread crumbs--> goreng..boleh makan la ..

   
Hasilnya...tadaaaaa
...

Nugget sihat untuk anak- anak ummi..

Jom makan...