Sunday 29 October 2017

TRIP AUCKLAND NEW ZEALAND 2010 PART 2

Orait aku sambung hari yang sama..20 Oktober 2010..kami jalan2 sekitar kawasan kilang tu jugak..tp aku xtau area tu nama apa..rasanya auckland ni besar..tapi mmg perjalanan jauh gak dr hotel kami stay...

Then kami pergi satu tempat yang mmg aku tak lupa..cantik sgt..Ya Allah..nama tempat tu Archilles Point..atas tu berdiri nampak la kawasan laut yang cantik..dan ada kawasan perumahan org kaya..kami jalan2 tengok syurga dunia..rumah tepi laut yang memang lawa..jalan2 sepanjang tu cantik dan bersih...subhanaALLAH..


Achilles Point atau, Te Pane o Horoiwi ni maksudnya 'Kepala Horoiwi'. korang boleh tinjau keindahan laut indah yang terdapat di sepanjang Cliff Road, dekat dengan Mission Bay dan St Heliers Bay. Achilles Point di ambil nama dari kapal HMNZS Achilles yang pada tahun 1939 mengalahkan kapal perang Jerman, Admiral Graf Spee. Achilles Point  ni ada pelantar untuk tengok pemandangan hebat Teluk Hauraki, Pulau Brown, Pulau Rangitoto dan pemandangan jauh dari Bandaraya Auckland. 

Ni la kepala Horoiwi tu..



Nak terbaring dah atas tu weh..haha
Lepas  tu kami balik dan singgah makan kat sepanjang pelabuhan tu..kedai- kedai yang cantik..jumpa kedai nasi beriyani..Allah lama betul tak makan nasi..jumpa nasi beriyani pulak..makan nasi la ..lauk kari sayur je la..haha..tak amik pulak gambar time tu..sabor je la..

sampai hotel malam tu kami balik rehat..tapi aku dgn put beranikan diri jalan- jalan area hotel..kami pegi cari kedai- kedai yang dah kami survey awal- awal tu..byk jugak fridge magnet dan t-shirt kami beli..masa tu mmg tak ingat shopping..haha...

Keesokannya 21 Oktober 2010, kami nak pegi naik feri dekat Queen Street. jalan2 area Queen Street. jugak..so jalan2 sekitar kawasan tu..memang lawa laut dia ..bersih..dan sejuk..then kami shopping.. byk tempat shopping area ni...then jalan2 sekitar kawasan tu..Queens Wharf dibina antara 1906 dan 1913. The Queens Wharf Gates dan Pagar Merah didirikan antara 1913 dan 1923.








Queens Wharf Red Gates 


Britomert at lower Queen St



tinggi sgt..xmuat frame..apatah nama patung ni




Ferry Building from Princes Wharf


Balik dari naik feri tu kami pusing jauh skit tengok pemandangan Auckland..singgah jugak tengok kedai- kedai ..nampak jambatan yang lawa sgt..nama tempat dia Hamilton, Auckland..









Lepas tu kami balik hotel..malam tu kami jalan shopping lagi sebelum balik..hahah time ni pegi cari tshirt ragbi yang tulis NZ..sbb baki duit tu last..ada lebih so belila tshirt kat encik suami....shopping lagik..hihi..time ni duit Malaysia xderla mahal mcm sekarang...tp kopak gak la..hihi







Alhamdulillah selesai shopping..balik jer kemas beg untuk keesokan hari nya...22 Oktober 2010 kami nak balik Malaysia..yeayyyy..sebelum balik sepanjang perjalanan ke airport kami singgah jugak beberapa kawasan perumahan yang tersusun dan jumpa pokok magnolia..amik gmbr la apa lagi..tu jer pokok yang kami jumpa warna lain...hihi..



then kami ke airport dan sampai Malaysia 23 Oktober 2010 selepas melalui perjalanan 12 jam...Alhamdulillah trip kerja yang best..tu la kali pertama keluar paling jauh...semasa muda- mudi dulu....

Bukan kapal kami nak balik




Kat sini kami

Ha ni dia kapal kami..hahah jom balik...rindu anak dah


okla panjang aku bebel ...sbb aku nak korang tau tempat mana kami pegi..dan jugak review kenangan aku ngan bff aku put....tp tak byk sgt lokasi..sbbnya org yang bawak tu xtahu sgt jalan..hahah tp okla for 1st trip...inshaAllah target 2019 aku nak bawak suami dan anak2 ke NZ jugak..jom menyimpan...ok babai..see you...tq2 yg sudi membaca..

Baca Trip Auckland New Zealand Part 1

No comments:

Post a Comment