Sunday 8 October 2017

OSAKA PART 2- 24 September 2017

Disebabkan aku xlena dan tidur pada malam kat airport tu..so aku la yang membilang jam untuk solat subuh dan kaunter Kansai Tourist Information Center tu bukak..Subuh kat sini pukul 4.20 pagi..so mmg aku tunggu jer time tu dan pegi solat subuh dan tukar baju..kat surau..sementara anak2 masih lg tidor terbaring atas kerusi  tu..tp time tu org dah mula masuk airport..Then anak2 bangun pukul 6.00 pagi aku pegi toilet siap2kan diaorg untuk jalan2..kaunter belian tiket tu bukak pukul 7 pagi..kat level 1 bawah sekali dalam Kansai Airport tu jugak..So planning kami hari ni nak pegi ronda area Osaka dulu..



Kat sini kami beli 2 jenis pass yang boleh jalan sekitar Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara..Kalau Jepun ni mmg negara yang mesra dengan pelancong..so kalau korang pi sana memang kena beli pass sbb lebih jimat sgt kalau nak dibandingkan dengan beli pass dari station ke station..diaorg bagi sekali dengan peta laluan train untuk panduan. Kami beli Osaka Amazing Pass untuk 1 hari (boleh study di link ni..Osaka Amazing Pass)  dan Kansai Thru Pass untuk 3 hari (boleh study website sini dulu untuk map dan harga tiket Kansai Thru Pass) .. Sebab plan kami 1 hari jalan2 sekitar Osaka, Hari kedua ke Nara, Hari ke-3 ke Kobe dan Hari Ke-4 jalan2 Kat area Osaka jer sebelum balik.. So Osaka Amazing Pass ni untuk korang guna masa naik train dan entrance tempat lawatan. Ada lebih kurang 35 tempat lawatan area Osaka yang korang boleh masuk. Harga Osaka Amazing Pass untuk sehari 2700JPY untuk dewasa dan takder untuk kanak2..so untuk anak lebih 5 tahun kami beli untuk tiket dewasa..so kat sini total 8100JPY.

Akak nasihatkan korang study dulu route train nak naik yer sebelum pegi ke mana2..sbb jepun ni sibuk sungguh..train diaorang sentiasa penuh..kalau korang hilang station jenuh pulak jd budak sesat..haha..map kena sentiasa kat tangan...so korang sampai je kaunter Kansai Information ni beli pass dia akan bg map..amik dan study sebelum tidor..plan your trip kalau nak backpackers atau tak amik tour guide...
Osaka Amazing Pass

Kansai Thru Pass

Nankai Line Kaiyukan Pass

Tiket untuk Kansai Thru Pass kami beli jugak sbb nak naik train area Kyoto, Kobe dan Nara selama 3 hari. So kat sini kami beli 2 dewasa (5200 JPY) dan 1 kanak2 (2600JPY).. so kat sini total 13,000JPY. Kansai Thru Pass ni hanya bagi diskaun jer untuk tiket masuk ke lawatan.. So dah settle pembelian dan tanya tourist guide tu jalan ke Osaka kami ke kaunter Nangkai Line Pass pulak sebab nak naik train terus ke Namba Station..Banyak betul pass kena beli..haha sebab penjimatan..Osaka Amazing Pass dan Kansai Thru Pass ni xder diskaun kalau nak naik train ke Namba Station..kecuali subway la kot..kalau kau sanggup berhenti2 dan habiskan masa perjalanan ko. 

Nankai Line Pass (link website untuk rujukan Nankai Line Pass) ni kena beli dekat bangunan sebelah dengan airport..dekat Aeroplaza dan naik train pun kat situ..korang kena tengok line merah....haha so kelebihan Nankai All Line Pass ni dapat diskaun naik train ekspress dan masuk ke Osaka Akuarium Kaiyukan.. dengan tiket ni ko boleh masuk free ke akuarium tu dan jugak naik train..penjimatan dalam 300JPY kalau tak silap aku la untuk seorang..So kat sini kami amik 3 jugak Nankai Pass 2 dewasa (3010JPY) dan 1 kanak2 (1660JPY). train budak2 bawah 5 tahun free jer..tapi ada gak tempat masuk lawatan kena bayar sbb dah lebih 3 tahun..so aku suggest beli jer Osaka Amazing Pass untuk anak lebih dr 3 tahun sbb lagi jimat untuk masuk ke tempat lawatan.

Pintu masuk ke Nankai Line Station - Namba station

So kami naik Nankai Line ke Namba Station selama 1 jam..jauh gak..
muka hepi walaupun ngantuk ya amat..haha 

ok ..lepas sejam lebih kami sampai kat Namba Station..Disebabkan homestay boleh check in pukul 3petang..so kami amik locker dulu untuk letak beg yang banyak2 tu ..Namba Station ni adalah station center dan semua train ada disini..sebab tu kami pilih untuk stay di sini ..so locker tu boleh muat semua beg kami..sewa cuma 600JPY untuk sehari..aku lupa nak amik gambar locker tu ..lokasi cuma bawah pada eskalator Nankai Line station tu..ataupun sama level dengan Information Center Namba..
Memang tempat ni la yang kami akan tuju dulu awal2 pagi sbb nak tau route train..sebab wifi disini sgt slow..yang sewa dr KLIA2 dan homestay semua slow..kecuali keluar dr Osaka..



Then lepas tu baru la kami set untuk ke Osaka Aquarium Kaiyukan, Legoland Centre Osaka, Tempozan Giant Ferris Wheel dan Osaka Castle pada hari ni..24hb September 2017.. So masa ni kena guna Osaka Amazing Pass.

Osaka Aquarium Kaiyukan, Legoland Centre Osaka, Tempozan Giant Ferris Wheel --->> korang kena naik train Line Merah ( Osaka Namba ke Hommachi) then turun tukar train line Hijau (Hommachi ke Osakako) ..so dekat station ni jalan skit akan jumpa la ketiga- tiga tempat ni..semua dekat..kami singgah jugak ke 7eleven dia beli Onigiri Tuna sebab masing2  sarapan roti jer ..sedap rupanya Onigiri ni..rugi tak try kalau pegi Jepun..


Makan Onogiri Tuna dulu sebelum masuk tengok ikan

Posing dulu sebelum masuk tengok ikan

Landmark sebelum masuk area tempat lawatan

Beratur jugak beli tiket masuk kat Aina (5 tahun) sbb tak free..Habis jugak 600JPY




Kat legoland Osaka


Naik Tempozan Ferris Wheel..naik yang biasa bukan yang see through bawah..gayat

 Setengah hari dah kat sini...time ni dah selesai dalam pukul 2.00 petang..so kami nak kena pegi ke Osaka Castle lagi..then amik train ke Osaka Castle..Kat sini la berlakunya kejadian yang kami semua tak nak jadi..ceritanya encik suami penat dah..so masa naik train ke Osaka Castle..( Osakako - Tanimachi Chome (Line Hijau))..then turun ja train..encik suami buat terkejut..rupanya tertinggal beg atas rak train tu..Allahuakbar..habis jem idea..dalam tu ada Wifi KLIA2, adapter, Jaket pink aina, payung, Charger Iphone..huhu merana kami xder wifi..hilang tu kena ganti la duit..aiyakkk..then pegi la tanya kaunter train tu..tp pakcik kaunter tu xpaham cakap english..habis...gabra aku...lepas tu kami cadang nak tunggu trin tu pusing balik selepas melalui beberapa station..dengan harapan adalah beg tu..selepas sejam lebih tungguu sampai baju pun bau minyak train..xder..hmmm putus asa dah la..lebih 20 train ikut line tu semua xder beg..so kami decide tak jadi pegi ke Osaka Castle..Balik ke Namba Station dan buat aduan.. Sampai je kat station Namba tu..Kaunter yang sama la kami buat aduan..sebab mmg diaorg cekap cakap english..mmg xjumpa beg tu..so dia suruh datang lagi hari esoknya...dengan harapan putus asa..kami amik beg dan balik ke homestay..masa tu dah pukul 4.30 petang..semua maklumat pasal homestay dan tiket flight hilang..termasuk jalan ke homestay..haha 

alhamdulillah sampai namba tu ada wifi free ..sempat hubungi pemilik homestay bgtau nak check in dan download route yang homestay tu bg termasuk nombor kunci..sedih la jugak sbb hilang beg tu dan dah tentu kena ganti duit la wifi tu..huhu...balik homestay..rehat..masak..basuh baju..makan..rehat..so kami semua nak lupanya kejadian td dan nak pegi jalan Dotonbori pulak malamnya...cadang nak naik cruise..

So malam tu kami jalan kaki je ke Dotonbori..jauhnya mak aihh..20 minit jalan kot..dahla letih kaki dah..ku gagahi jua demi Glico..so kami cari dulu tempat nak naik cruise..tp malangnya xjumpa..luas betul sungai diaorg..last sekali amik gambr je kat org Glico tu...



Korang tengok Org kat situ...merenyut..mcm semut..




sebelum lewat malam kami pun balik ke homestay..berjalan kecewa sbb xdpt naik cruise..okla settle jalan 24 September 2017. Total jalan kaki hari ni rekod 14km..hihi kena stamina kuat...banyak betul pengalaman kami kat sana..mcm2 dugaan..hopefully ada skit info dapat bantu korang semua...maaf la byk betul cerita dan gambar..sengaja aku coretkan untuk ingatan aku masa akan datang...

muahhh...

Nak baca sebelumnya Osaka Part 1

No comments:

Post a Comment